Monday, March 16, 2009

Mengapa Islam merendahkan wanita dengan menyembunyikan mereka di sebalik tudung?

JAWAPAN

5. Hijab mengelakkan pencabulan.

engapa hijab dianjurkan untuk wanita disebut di dalam Al-Qur’an dalam ayat berikut yang terkandung di dalam Surah Al-Ahzab:

“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[Al-Ahzab 33:59]

Al-Qur’an menyebut bahawa hijab dianjurkan kepada wanita agar mereka dikenali sebagai wanita bersopan dan juga mengelakkan mereka daripada pencabulan.

6. Saudara kembar perempuan sebagai contoh.

Katakan terdapat dua saudara perempuan kembar yang sama-sama cantik sedang berjalan. Salah seorang daripada mereka berpakaian hijab Islam; iaitu menutupi keseluruhan tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan sehingga pergelangan tangan. Seorang lagi berpakaian skirt mini atau berseluar pendek. Sekiranya terdapat pengacau atau samseng sedang menanti mangsa, ingin mengusik gadis. Siapakah yang akan diusiknya? Gadis yang berpakaian hijab Islam ataupun gadis yang berpakaian skirt mini atau seluar pendek? Secara tabii dia akan mengusik gadis yang berpakaian skirt mini atau seluar pendek. Pakaian sedemikian secara tidak langsung mengundang kaum lelaki untuk mengusik dan mencabul. Al-Qur’an dengan kebenarannya menyatakan bahawa hijab menghalang wanita daripada dicabul.

7. Hukum bunuh untuk perogol

Di bawah syariah Islam, seseorang lelaki yang disabitkan kesalahan merogol wanita akan dijatuhi hukuman mati. Ramai yang terkejut dengan hukuman ‘berat’ ini, Ada juga yang berkata bahawa Islam adalah agama yang kejam dan tidak bertamadun! Saya telah bertanyakan satu soalan yang mudah kepada beratus lelaki bukan Islam. Katakan, dijauhkan Allah, seseorang merogol isteri, ibu atau saudara perempuan anda. Anda dilantik sebagai hakim dan perogol itu dibawa ke hadapan anda. Apakah hukuman yang akan anda jatuhkan? Kesemua mereka berkata bahawa mereka akan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya. Ada juga yang sanggup berkata mereka akan menyeksanya hingga mati. Kepada mereka saya bertanya, jika seseorang merogol isteri atau ibu anda, anda mahukan hukuman mati dijatuhkan. Tetapi jika jenayah sama dilakukan terhadap isteri atau anak perempuan orang lain, anda mengatakan hukuman mati adalah tidak bertamadun. Mengapa perlu ada dwistandard?

8. Masyarakat barat membuat dakwaan palsu terhadap menaikkan martabat wanita.

Laungan barat tentang kebebasan wanita hanyalah sekadar suatu bentuk eksploitasi tubuh wanita, penghinaan terhadap maruahnya dan kehilangan kehormatan diri. Masyarakat barat mendakwa telah menaikkan martabat wanita. Tetapi sebaliknya, mereka sebenarnya telah merendahkan wanita kepada status perempuan simpanan dan pelacur yang hanya menjadi alat memuskan nafsu lelaki yang mencari hiburan dan pedagang seks yang bersembunyi di sebalik tirai berwarna-warni ‘seni’ dan ‘budaya’.

9. A.S. merupakan salah satu negara paling tinggi kadar jenayah rogol.

Amerika Syarikat sepatutnya merupakan salah satu negara termaju di dunia. Ia juga merupakan salah satu negara yang mempunyai kadar jenayah rogol tertinggi di dunia. Menurut laporan FBI, pada tahun 1990, di Amerika Syarikat, purata kes rogol setiap hari berjumlah 1756. Laporan lain pula kemudiannya melaporkan bahawa purata 1900 kes rogol berlaku di Amerika Syarikat. Tahunnya tidak dinyatakan. Mungkin rakyat Amerika semakin ‘berani’ pada tahun-tahun berikutnya.

Bayangkan senario jika hijab Islam dilaksanakan di Amerika. Setiap kali seorang lelaki memandang seorang wanita dengan pemikiran yang kurang baik atau mengaibkan, dia menahan pandangannya. Setiap wanita memakai hijab Islam, iaitu menutup keseluruhan tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan hingga ke pergelangan. Selepas itu, jika mana-mana lelaki melakukan jenayah rogol, dia akan dijatuhkan hukuman mati. Saya bertanya, dalam senario demikian, apakah kadar jenayah rogol di Amerika Syarikat akan bertambah, kekal sama ataupun berkurangan?

10. Perlaksanaan syariah Islam akan mengurangkan kadar jenayah rogol.

Semestinya, sebaik sahaja syariah Islam dilaksanakan, hasil positif pasti akan diperolehi. Jika syariah Islam dilaksanakan di mana-mana sahaja di dunia, sama ada di Amerika atau Eropah, masyarakat akan dapat bernafas lagi. Hijab tidak merendahkan wanita tetapi meningkatkan martabat wanita dan melindungi kemuliaan dan kesuciannya.

Petikan daripada buku: 20 Persoalan Paling Lazim Tentang Islam (Tulisan Dr. Zakir Naik)(Terbitan Saba Islamic Media 2006)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP