Thursday, March 26, 2009

Relevankah mahasiswa berpolitik..




Sejak akhir-akhir ini sering kedengaran seruan agar mahasiswa tidak terlibat dengan politik. Tujuan datang datang ke Universiti untuk belajar bukannya berpolitik.. Dengan situasi politik yang agak kelam-kabut, menguatkan gesaan tersebut. Tapi bagi penulis mahasiswa perlu melibatkan dalam politik sekurang-kurangnya mengetahui politik semasa. Antara hujah yang penulis perolehi dan agak relevan ialah:

1-Ilmu tidak akan berkembang baik dan luas jika hanya didapati dalam bilik-bilik kuliah atau seminar-seminar sahaja. Sebaliknya penglibatan dalam dunia yang lebih luas akan meluaskan ufuk pemikiran kita dan mengembangkan horizon kecerdikan kita.

2-Politik bagi ialah satu perjuangan mendaulatkan islam dengan menggunakan uslub-uslub yang terbaik. Maka alangkah ruginya jika kita hanya menghabiskan masa dengan belajar sedangkan meninggalkan gerak kerja dakwah dan tarbiah dalam melahirkan golongan muda-mudi yang mempunyai integriti yang bersepadu.

3-Menjadi tugas kita untuk memperbaiki keadaan ummah yang kian bobrok dan dihinggap candu hiburan melampau. Dakwah merupakan satau kewajipan dan kita beranggapan bahawa dakwah ialah satu proses menganjak pemikiran dan kehidupan manusia ke satu sistem dimensi yang lebih berkualiti. Sekiranya kita hanya menunggu masa belajar tamat, maka kita akan mendapati akan lahirlah sebilangan besar mahasiswa yang tidak mempunyai nilai dan wawasan.

4-Berjinak-jinak dalam bidang politik seawal mungkin adalah satu pendedahan yang baik. Mahasiswa yang masih lagi baru dan boleh dilentur-lentur perlu dididik dalam dunia politik dalam keadaan terpandu supaya pimpinan masa depan bukannya pimpinan yang kaku dan kelu serta tidak berani.

5-Keadaan mahasiswa yang bacul dan pengecut serta hanya bertindak sebagai pak angguk sebenarnya merugikan kerajaan masa depan. Biasanya yang berani bersuara dan berani membantah, mereka muncul sebagai pemimpinan yang tegar dan tegas mempertahankan maruah negara.

Jika dilihat pada mahasiswa pada masa kini bukannya dididik tetapi diternak dan bukannya ditarbiah tertapi dibela. Justeru dengan adanya artikel ini sedikit sebanyak dapat membuka minda sahabat sekalian agar berfikir. kalau tidak berminat untuk terlibat dengan politik paling tidak tahu menegenai isu semasa. Penulis mengharapkan mahasiswa kini tidak dijadikan alat mana-mana parti politik tidak kira pembangkang atau kerajaan. Biarlah ahli politik mengambil manfaat daripada mahasiswa untuk memartabatkan agama Allah bukannya menjadikan Alat. renung-renunglah firman Allah:

“Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai mereka menurut kembali pada perintah Allah. kalau dia Telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil”

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP