Wednesday, April 1, 2009

APRIL FOOL antara hiburan dan sejarah


Si B berkata kepada si A: Tengok kasut kau

Lalu si A pun beralih. Dan kemudian mengeruk dahi, tidak kelihatan sesuatu yang ganjil pada kasutnya.

Lalu si B pun berkata: APRIL FOOL….

Ini antara contoh peristiwa yang sering dilakukan oleh umat islam sendiri bagi meraikan April fool. Mengikut apa yang dilakukan oleh barat atas alas an hiburan.. atas alas an tidak jumud dan pelbagai alas an yang diutara. Tetapi sedarkah kita setiap perayaan yang disambut oleh mereka mempunyai makna sendiri.malahan perayaan APRIL FOOL itu sendiri merayakan kematian umat Islam. Di sini ana bawa satu artikel yang menceritakan sejarah April fool:

.Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


Petikan drpd Risalah Fikrah


Cuba kita renung selama ini.. kita asyik gembira meraikan apa yang orang barat lakukan. Dengan keadaan bangga kita member alas an bila ditegur. Tetapi sejarah telah membuktikan bahawa setiap perayaan yang diraikan mereka mempunyai makna sendiri bagi mereka. Walaupun ada yang cuba menyangah tentang fakta sejarah tersebut, tapi kita sedia maklum kebanyakan sejarah didominasi oleh mereka, justeru mereka sudah tertentu bias terhadap Islam. Malahan kita sendiri tahu bagaimana mereka memutar belit sejarah terutama Negara bekas jajahan mereka. Justeru artikel tersebut setidak-tidaknya menyedarkan kita supaya sentiasa berhati-hati untuk mengikut setiap jejak langkah mereka (kafir)

Ya Allah, Engkau lindungilah bumi-bumi Islam sebagaimana engkau lindungi Masjidil Haram dr serangan tentera Abrahah. Engkau hancurkanlah tentera2 kafir (Yahudi, US etc) sebagaimana Engkau menghancurkan tentera Abrahah.

Aminnnnn Ya Rabbal Alamain

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP