Sunday, June 28, 2009

Hari-Hari Terakhir sebagai pelatih




Saat-saat terakhir

Semasa saya menulis artikel ini tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk saya menghabiskan sisa-sisa hari saya berpratikal di Pejabat Agama Islam Daerah Bera. Macam-macam perasaan ada untuk meninggal pejbat agama selepas dua bulan menagih ilmu dan pengalaman disitu. Banyak perkara baru yang dapat diperolehi dan disini juga banyak memberi pendedahan kepada saya sendiri bagaimana untuk bersosial dengan masyarakat. Pelbagai ragam masyarakat yang perlu saya hadapi dan disini mengajar saya bagaimana mengenali manusia. Sebagai seorang yang memikul amanah sebagai hamba Allad dan juga khalifahnya dimuka buminya banyak perkara bermanafaat yang boleh dijadikan teladan dan kepada diri saya sendiri.

Senang cakap tapi…

Penguatkuasa tidak menjalankan tugas ke..?

Apalah pejabat agama nie menyusahkan je..?

Maksiat berleluasa mana orang agama nie..?

Sering saya mendengar rugutan dan cakap-cakap masyarakat berkenaan perkara tersebut. Perkataan diatas hanyalah merupakan contoh-contoh yang cuba saya bawakan, dimana kita sering mempersoalkan tugas-tugas yang dijalankan oleh pihak yangberaoutiriti dalam bidang agama. Saya juga kadang-kadang cuba mempersoalkan tentang ini, namun apabila saya diberi peluang duduk bersama-sama menjalankan tugas seperti mereka, barulah saya Nampak halangan-halangan yang mereka hadapi. Antara halangan yang pada pandangan saya ialah halangan bidang kuasa yang ada pada mereka. Ini kerana kuasa yang ada pada mereka amatlah sempit berbanding dengan pihak berkuasa sivil yang lebih luas. Keduanya, bilangan anggota yang sedikit jika dibandingkan kes-kes jenayah syarie yang semakin hari semakin meningkat. Seterusnya sikap masyarakat kita sendiri yang sering mempersoalkan kuasa yang ada pada mereka. Sebagai contoh terdapat segelintir masyarakat tidak faham bahawa pihak jabatan agama berhak menahan sementara meraka yang berjudi.

Mehnah Dalam Dakwah

Banyak sebenarnya dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh pihak jabatan sendiri, namun inilah sunnah berdakwah mesti ada mehnah dan ranjau yang terpaksa ditempuhi. Namun kita sering mempersoalkan orang lain tentang dakwah tapi dimanakah kita, pandai mengkritik tapi tindakan tiada langsung. Adakah kita muslim yang fantasi mampu melawan orang kafir yang realiti, dan mengharapkan kita menang?. Tidakkah kita tidak ingin tergolong dikalangan khairu umat yang disebutkan oleh Allah didalam al-Quran.

š3

110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

Bagaimana Allah s.w.t member penghormatan kepada kita dengan menyatakan penghormatan kepada kita sebagi sebaik-baik umat. Walaubagaimanapun perhormatan tersebut disertakan dengan tanggungjawab yang besar iaitu berdakwah. Justeru itu, marilah sama-sama jadikan diri kita sebagai pendakwah. Sampaikanlah

walaupun satu ayat

Sekalung Perhargaan

Sebenarnya banyak yang saya dapat dari latihan amali tersebut. Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya iaitu al-Fadhil Qhadi Tuan Muhamad Yusri. Yang baying memberi tunjuk ajar dan kepercayan kepada saya dalam menjalankan tugas disamping mengutip ilmu dan pengalaman. Terima kasih juga kepada semua staff pejabat agama sendiri terutamanya us Hairi yang banyak membantu. Dan tidak lupa juga rakan seperjuangan dalam praktikal Akmal (UDM), Firdaus (UKM), Syahira (UM) dan Anis (UKM) yang juga banyak membantu. Saya mengharapkan segala apa yang kami (rakan sepratikal) disini disini dapat member manfaat kepada Agama, Negara dan bangsa.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP