Friday, August 28, 2009

Akidah Murni Tanpa Liberalisme -1

CABARAN ISLAM LIBERAL

Pada 20 ogos yang lalu saya berkesempatan untuk mengikuti satu seminar pemurniaan akidah 2009 yang bertajuk “Akidah Murni Tanpa liberalisme’ di Masjid Wilayah Persekutuan. Di dalam seminar ini membincangkan berkenaan bahaya Islam Liberal keatas Akidah umat Islam. Islam liberal telah tersebar secara meluas di Indonesia dan kini mula menuyusup masuk di Malaysia melalui pertubuhan NGO yang mendokong fahaman ini. Namun di Malaysia perjuangan mereka lebih kepada persamaan gender.



Sebelum kita pergi kepada cabaran eloklak kita cuba fahami secara ringkas makna Islam liberal Islam liberal ialah pemikiran yang berupaya me’liberal’kan umat islam dari ajaran yang disepakati oleh Ahlussunnah waljamaah. Akar kepada pemikiran Islam Liberal ialah falsafah modenisme dan pascamodenisme barat dan mereka ini juga cuba melawan Islam fundamentalisme dan kekhawattiran mereka tehadap militan Islam.

Cabaran terhadap aqidah dan keimanan


Gerakan ini cuba menyebarkan fahaman pluralism agama iaitu semua agama sama kerana semuanya menuju kepada tuhan walaupun pelbagai jalan berbeza. Secara umumnya mereka cuba memakna kafir itu bukan tidak beriman dan percaya kepada Allah tetapi orang yang tidak beragama dan memiliki agama. Mereka juga berpendapat walaupun pelbagai agama tetap menuju tuhan yang satu (falsafah perennial). Selain itu, bagi golongan ini mereka berpendapat bahawa semua agama adalah sama dan menuju jalan kebenaran. Secara tidak langsung umat semua agama akan masuk surga. Ahlul kitab bagi mereka ialah penganut semua agama yang memiliki kitab ini, menafikan fahaman Islam sebenar menyatakan ahli kitab hanya yahudi dan kristian.


Di Malaysia gerakan liberalism dalam kesamaan agama-agama dicadang dengan penubuhan InterFaith Commision (IFC) asal kepada Inter Religious Council (IRC) atau Majlis Suruhanjaya Antara Agama dimana kita boleh melihat memorandum yang telah kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001 yang jelas agenda utama mereka untuk menyamaratakan semua agama.



Cabaran terhadap kitab suci al-Quran

Pengasas jaringan Islam Liberal cuba mempersoalkan keyakinan umat Islam terhadap al-quran yang diterima sama dengan yang ada pada zaman rasulullah. Beliau pada zaman penulisan al-quran dalam keadaan yang kacau bilaudan tidak terlepas dengan pedebatan tipu daya dan rekacipta. Malahan di Malaysia ada yang mempersoalkan surah at-Taubah kenapa tiada basmalah, dan berpendapat surah ini telah tercemar.



Cabaran terhadap rasul

Mereka mempersoalkan keperibadian rasul, mempersoalkan perkahwinan rasulullah. Malahan mereka menyatakan baginda lebih kepada kepimpinan suku dari kepimpinan agama.



Cabaran terhadap iman kepada yang ghaib

Di Malaysia sendiri ada yang mengeluarkan kenyataan menolak adanya azab dan nikmat kubur walaupun berita tentangnya sabit dalam banyak hadis yang soheh.



Cabaran terhadap iman kepada Qadha dan Qadar

Seorang tokoh Islam Liberal menyatakan: “bagiku, rukun Iman itu tinggal lima, seperti disebut dalam al-Quran. Di dalam al-Quran tidak menyebut rukun Islam keenam iaitu Qadha dan Qadar”. Kenyataan ini menolak iman kepada Qadha dan qadar yang telah disepakati ulama ahlussunnah waljamaah berdasaarkan hadis sahih dan mutawatir.


Cabaran terhadap syariah

Mereka juga berpendapat hukum-hakam agama Islam mesti diubah supaya bersesuaian dengan perkembangan zaman. Maka lahirlah fiqh lintasan seperti membenarkan perkahwin non-Muslim dangan wanita muslim di bolehkan. Mereka juga menghalalkan homoseksual sehingga terbitnya buku “indahnya kawin sejenis’. Selain itu mereka juaga cuba merubah undang-undang keluarga Islam seperti contoh Ijab-kabul boleh dilakukan oleh isteri-suami atau sebaliknya suami isteri.



Bahaya terhadap agama

Demikianlah beberapa pemikiran Islam Liberal yang sangat membahaya, apatah lagi pemikiran mereka telah masuk kedalam institusi pendidikan Islam. Pemikiran mereka lebih cuba mempersoalkan autoriti ulama terdahulu, sedangkan ulama terdahalu merupakan wasilah untuk kita mencapai kepada syariah yang dibawa oleh baginda s.a.w. Justeru sahabat kita perlulah mempertingkatkan ilmu untuk menghadapi ancaman pemikiran seperti ini.



Rujukan

Adaptasi Perbentangan kertas kerja Us Haji Muhammad Arifin bin Ismail

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP