Wednesday, November 11, 2009

PIKAT MEMIKAT YANG MENYESATKAN


Exam sudah selesai

Exam baru saje selesai, dengan ada exam ini ilmu yang sebelum ini kabur dah semakin jelas, namun bila abis exam ilmu semakin hilang. Seolah-olah semua ilmu dilontar diatas kertas dan kemudian hilang, dengan kata lain semata-mata kerana exam, (Nauzzubillaiminzalik). Untuk mengelak perkara ini berlaku saya ingin berkongsi kepada pengunjung blog ini, berkenaan apa yang saya belajar dalam subjek kajian ajaran sesat iaitu metod yang digunakan untuk memikat mangsa. Ia digunakan dalam ajaran sesat Batiniah. Jom kita lihat bagaimana untuk kita mengelak terpikat denga memahami cara mereka:

8 cara memikat

·Tilik dan Perhati
Penyebar perlu pandai membaca dan memahami hati dan pendirian orang yang ingin dipikatnya. Penyebar mestilah pandai memilih perkara-perkara daripada syariat yang boleh dikatakan ada batinnya. Beliau juga mestilah pandai seribu macam takwilah batin menurut kesesuaian jiwa mangsanya.

·Beramah Mesra
Penyebar akan cuba mendampingi dan beramah mesra dengan orang yang cuba di pengaruhinya. Umpamanya penyebar akan meminta untuk bermalam di rumah mangsa dan mengadakan majlis ilmu dan diselitkan juga cercaannya terhadap ulama.

Keraguan
Penyebar akan memberikan soalan-soalan yang sukar dijawab oleh mangsa. Ia bertujuan untuk menimbulkan keraguan di dalam hati mangsanya. Seperti kenapa kita kena solat subuh dua dan magrib tiga rakaat, sedangkan solat lain empat rakaat?

· Gantung
Penyebar akan membiarkan orang yang nampaknya berminat untuk mengetahui jawapan-jawapan itu beberapa lama bagi menampakkan ketinggian ilmu itu yang tidak boleh disebarkan sebarangan. Sebaliknya, ia hanya diketahui oleh nabi, wali dan orang-orang tertentu sahaja.

· Ikat
Apabila seseorang itu menampakkan kesungguhan yang amat sangat untuk mengetahui jawapan tersebut, maka dia diminta untuk berjanji tidak membocorkan rahsia itu. Maka dengan janji dan angkat sumpah oleh mangsa, maka ia dikatakan telah mendapat keistimewaan yang hanya pada golongan yang khusus sahaja.Dan majlis angkat sumpah akan diadakan yang kebiasaannya dilakukan pada waktu malam, menggunakan kain putih, kemenyan, minum air tertentu dan pengeras

· Penipuan
Setelah angkat sumpah, ajaran itu tidak diberikan lagi bagi mennjukkan kemuliaan ilmu itu. Maka mangsa perlu bersabar kerana taraf mereka yang masih baru dan rendah. Lama kelamaan mangsa akan diberikan jawapan setelah berjanji untuk merahsiakan pa yang dibukakan kepadanya.

· Kesamaran
Penyebar akan mengatakan perkara-perkara yang samara dan kabur yang mungkin pada zahirnya benar tetapi tidak pada hakikatnya. Cth: “Kenal diri kenal Allah” atau “Nak beribadat kepada Tuhan perlu kenal TUhan dulu”.

· Cabut/Cerai dan Rungkai/Seleweng
Peringkat ini, setelah segala rahsia didedahkan maka taklif syarak perlu dibuang dan dirungkaikan. Dengan itu, seorang yang menadi mangsanya, akan meninggalkan kewajipan suruhan syarak, melakukan larangan syarak dan akhirnya menyeleweng dari ajaran yang benar

KEsimpulan

Di atas merupakan cara mereka memikat mangsa, yang pada awal mereka mesra kemudian meragukan kita seterusnya menjerat kita. Dalam suasana sekarang pelbagai ajaran sesat mula tumbuh dengan cepat dan sukar untuk kita mengenal pasti. Dengan memahami cara mereka , InsyaAllah akan membantu kita.

Namun ada beberapa cara diatas yang kita boleh terapkan dalam usaha dakwah kita, iaitu pada mulanya tilik dan perhati, sebagai seorang daei kita kena memahami sasaran dakwah kita, dan seterusnya baru kita mengatur langkah. Saya teringat kata-kata yang pernah disampaikan oleh seorang penceramah, cara mula-mula untuk kita pikat orang ialah kita senyum kepada sasaran dakwah kita, jika mereka membalas, ini merupakan peluang besar untuk kita mendekatinya dan memulakan bicara. Seterunya metod kedua, perlulah kita bermesra dengan kata lain kita mengambil berat kepada mad’u tapi jangan sampai kita melakukan sebagaimana langkah kedua iaitu mencerca ulamak (kalau ada sedikit kewangan belanjalah mereka walaupun dengan air suam). InsyaAllah dengan cara tersebut, merupakan langkah awal untuk kita mendekati mad’u.

Moga dengan artikel ini bermanfaat untuk kita mengelak daripada pemikata yangmemikat kita supaya tersesat.. dan ia juga mampu kita untuk memikat mad’u kita untuk mendekati Allah..

WaAllahualam


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP