Wednesday, December 16, 2009

Saya mesti hijrah


30 zulhijjah 1430 tinggal sehari lagi (semasa menulis artikel) untuk kita memasuki gerbang tahun baru 1 Muharam 1431. Tahun baru hijrah tidaklah sehebat sambutan tahun baru masihi, malahan kebanyakan dikalangan kita (umat islam) sendiri ada yang agak lalai dan lupa dengan kedatangan tahun baru ini. Jika disoal hari bulan dalam bulan islam ramai dikalangan kita lupa berbanding dengan hari bulan dalam bulan masihi. Tidak perlulah hendak menuding jari kepada orang lain, saya sendiri kadang-kadang seperti itu.

Kita sering mengatakan kitalah orang islam sebenar, kitalah yang menjadikan para sahabat sebagai ikutan, namun sebaliknya tahun hijjriah seolah-olah tiada makna bagi kita. Jika kita lihat para sahabat sungguh mengambil berat dengan bulan hijjriah, ini kerana ia penentu kepada beberapa ibadat umat islam, sebagaimana puasa, haji dan beberapa tarikh penting kepada umat Islam. Penulisan ini bukan bermakna saya hendak mempetikaikan keimanan kita kesan kealpaan kita kepada bulan hijrah, mukin sebagai ingatan kita kepada bulan-bulan Islam.

Apabila kita mengatakan berkenaan awal muharam sudah sinonim dengan makna hijrah, ini kerana permulaan kelendar hijriah berdasarkan hijrah rasulullau s.a.w dari mekah ke Madinah. Peristiwa hijrah ini member makna besar kepada islam dan perkembangannya. Dengan penghijrahan, Negara Islam pertama wujud, malahan Masjid yang dibina atas dasar takwa iaitu masjid Quba mula dibina. Dengan wujudnya Negara Islam ini, perkembangan Islam semakin meluas dan berkembangan.

Sepertimana tahun-tahun lalu apabila awal Muharam mucul, kita akan diingatakan dengan peristiwa ini, bagaimana bermula perancangan orang-orang Quraish hendak membunuh nabi, keberaniaan saidina Ali dan bagaimana perjalanan rasulullah s.a.w dan Saidina Abu bakar radiahAllahuanhu sehingga disambut dengan meriah oleh penduduk Madinah. Tambahan lagi, jika menyelusuri sirah Rasulullah s.a.w ini banyak pengajaran yang kita akan perolehi, yang jelas penghijrahan ini bukan hanya kebergantunagan kepada Allah s.w.t semata-mata, namun rasullullah s.a.w telah membuktikan perancangan dan strategi yang rapi untuk menjayakan hijrah tersebut.

Disini ingin saya berkongsi beberapa pandangan, adakah hijrah benar-benar memberi makna kepada kita? Persoalan yang tiap-tiap tahun dilontarkan kepada kita. Namun jika diteliti ia seolah-olah tidak memberi kesan positif kepada kehidupan umat Islam. Menyelusuri perjuangan ulama-ulama dahulu untuk memerdekakan Negara kita daripada penjajah sehingga Negara mencapai kemerdekaan, dan kini lebih 50 tahun Negara kita merdeka. Persoalam timbul berjayakah kita menghijrah diri kita dari sistem kejahiliahan penjajah kepada sistem islam yang syumul. 50 tahun kita diberi oleh Allah s.w.t untuk memerintah Negara ini, adakah benar-benar kita mengunakan peluang ini untuk menegakkan agama Allah.? Persoalan yang saya rasakan kepada pembaca artikel ini, mungkin boleh kita muhasabah.

Beberapa perkara yang saya rasakan perlu kita meneliti, umur kita yang semaikn meningkat peluang kita untuk menunaikan amanah Allah s.w.t taala semakin hari semakin berkurang sebagaimana berkurangnya umur kita. Oleh itu perlulah kita mengunakan peluang yang ada dengan sebaiknya, adakah kita boleh menyatakan peluang yang diberi oleh Allah ini, kita gunakan sebaiknya sehinggakan agama Islam semakin hari semakin berkembang dan kefahaman dikalangan masyarakat semakin faham tentang Islam.

Namun realitinya apa yang saya lihat isu-isu dan masalah yang timbul pada akhir-akhir tidak mengambarkan usaha dakwah kita agar Islam diterima sebagai agama syumul. Lihatlah isu murtad yang semakin berluluasa, isu perundangan islam yang semakin celaru, masalah social dikalangan umat Islam sendiri semakin parah dan pelbagai masalah lagi yang timbul. Semuanya menunjukkan kefahaman islam semakin hari semakin celaru, tolak ketepi orang bukan Islam, lihatlah umat islam sendiri masih tidak faham dengan syariat mereka semakin hari semakin berani mempertikaikan bukan cuba menegakkan malahan lebih cuba menghindarkan. Sikap umat Islam ini, menyebabkan bukan Islam lebih tidak faham dengan islam.

Kita boleh berbangga beberapa syiar islam semakin jelas dinegara kita, namun jika diteliti ia lebih menjurus kepada ekonomi dan kebendaan. Memang kita patut bersyukur dengan usaha ini, namun yang paling utama ialah untuk menegakkan agama islam secara menyeluruh semakin hari semakin sukar, disebabkan saya berpendapat penerapan faham kebendaan semakin menular dikalangan umat islam sendiri. Mereka akan menerima syariat yang member keuntungan untuk diri mereka didunia semata-mata, sedangkan Islam mengajar kita syariat ini member keuntungan kita diakhirat dan dunia merupakan wasilahnya.

Ada yang menyatakan kita perlu membuat perubahan berdasarkan sunnah al-Tadarruj (gradualiti) iaitu berperingkat-peringkat. Malahan jika kita membaca buku Prof, dr . Yusuf Abdullah al-Qardhawi iaitu fiqh keutamaan ada membicara berkaitan dengan bab ini. Namun jika kita lihat , al-Tadarruj ini semacam tidak menepati dengan apa yang wujud dinegara kita, sepatutnya untuk melakukan penghijrhan ini perlulah kita mempersiapkan pemikiran, sikap, metaliti, akhlak dan kefahaman masyarakat akan kefahaman Islam secara benar. Sedarkah kita, masyarkat kita sekarang nampaknya mentality umat Islam dinegara Islam semakin jauh untuk persediaan untuk melaksanakan islam yang bernar.

Banyak faktor-faktor yang membawa kepada kepincangan ini, suka saya membicarakan factor yang boleh dikatakan dominan ialah factor pendidikan. Saya berpendapat sistem pendidikan dinegara ini perlulah dikaji semula agar benar-benar perancangan hijrah kepada Islam yang benar mempunyai unsure al-Tadarruj yang jelas. Kerana kita melihat pendidikan dalam bidang keculi agama tidak megambarkan islam itu agama syumul. Jika dikatakan Islam itu syumul pastinya perkaitan islam keatas semua bidang jelas, bukan sekadar kosmestik semata.

Akhir kalam saya, kita umat Islam biarlah kita benar-benar berusaha menegakkan islam yang syumul dinegara ini. Gunakan apa-apa posisi kita untuk menegakan islam, ini keran islamlah yang mampu member kerahmatan diseluru alam. Suka saya melihat beberapa negeri yang beralih pimpinan pasca pru ke-12 baru-baru ini. Walaupun media mengambarkan negeri ini bergolak dari sudut politik dan masalah dari sudut ekonomi, namun penghayatan Islam semakan berkembang baik. Namun perkembangan ini, akan menyebabkan musuh islam tidak senang tidur kerana mereka tahu singa sudah terjaga dari mimpi.

Waallahualam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP