Saturday, December 5, 2009

sebatan yang menjadi isu


Khutbah semalam membicarakan tentang isu yang ditimbulkan berkenaan dengan sebatan yang dikenakan kepada seorang model atas kesalahan meminum arak. Model tersebut dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 5000 dan dijatuhkan sebanyak 6 sebatan.


Sepatutnya ia tidaklah perlu menjadi isu, namun dengan kebijaksaan media ia menjadi isu yang menjadi tarikan kepada umum.Dalam isu ini, pelbagai pihak ingin menjadi juara dalam persoalan ini, mereka mempertikaikan hukuman tersebut. Memang jelas hukuman tersebut amat jauh dengan hukuman yang dikehendaki oleh Islam. Di dalam Islam, hukuman yang asasi (hudud) ialah 40 sebatan dan pemerintah berhak menambah sehingga mencapai bilangan 80 sebatan berdasarkan hukuman ta’zir bagi penambahan hukuman tersebut (fiqh minhaji ,terj: jilid 3 m/s 660, jilid 8 m/s 1994).


Namun jika dilihat golongan yang mempertikaikan hukuman tersebut bukan mempersoalkan hukuman tersebut bertepatan hukuman hudud atau tidak. Namun mereka menyatakan hukuman sebat itu tidak boleh dijalankan kerana ia dijalankan kepada wanita. Mereka berhujah dengan menyatakan hukuman sivil tidak mengenakan sebatan kepada wanita. Seolah mahkamah syariat menzalimi wanita sehingga menjadikan pihak mahkamah pulak yang bersalah. Entahlah mereka sedar atau tidak sebatan yang dilakukan oleh pihak sivil amat jauh berbeza dengan sebatan yang dijalankan menurut Islam?


Dalam isu ini timbul beberapa persoalan kepada saya sendiri, pertama ialah kenapa sekarang institusi agama yang diiktiraf oleh pemerintah sendiri dipersoalkan. Malah yang mempersoalkan bukan pihak pembankang yang dikatakan sentiasa membankang apa yang kerajaan lakukan. Terdapat menteri-menteri sendiri mempersoalkan. Adakah mereka ini tidak mempercayai orang agama, malahan autoriti yang mereka perolehi diiktiraf oleh pemerintah.


Akhir-akhir ini, pihak media memain peranan penting dalam membina pesepsi negetif masyarakat terhadap orang yang berautoriti dalam bidang agama, lihatlah isu-isu sekarang, ulama-ulama diserang dengan pelbagai tuduhan negetif, apabila ada isu yang melibat agama bukan orang yang pakar dijadi rujukan, orang awam dan tokoh-tokoh yang bukan bidang agama dijadikan rujukan, habis cacarmerba dan celaru jadinya, semuanya mengeluarkan pendapat secara rasional akal bukan displin ilmu agama. Bayangkan bila timbul sesuatu penyakit bukan doktor-doktor dijadikan rujukan tetapi, doktor yang tidak bertauliah dijadikan rujukan, sudah tertentu semakin parah jadinya. Begitu juga dalam soal agama, amat-amatlah penting kita merujuk kepada yang Ahli kerana mereka membawa kita kepada kebenaran. Tapi dalam suasana kini, yang rasa hormat kepada golongan agama semakin terhakis dan golongan ini sudah tiada nilai bagi masyarakat.. bagaimana ia dijadikan temapat rujukan.


Keduanya, golongan yang mempertikaikan ini, antaranya ialah golongan yang dikatakan memperjuangkan hak kesamarataan wanita boleh juga dinamakan sebagai golongan Islam Liberal. Golongan ini, dilihat sekarang semakin mendapat tempat dikalangan wanita-wanita yang berkerjaya. Dalam isu diatas, golongan ini beria-ria mempertikaikan hukuman tersebut walaupun model itu sendiri sanggup menerima hukuman tersebut, sudah menjadi tabiat golongan ini mempertikaikan hukum yang melibatkan wanita yang telah dipersetujui ulama-ulama terdahulu.


Dalam hukuman tersebut mereka, mereka mempertikaikan sebatan yang akan dilakukan tidak boleh dilakukan kepada wanita. Pelik dalam bab hukuman mereka tidak pulak memperjuangkan kesemarataan pulak. Sedangkan dalam Islam hukuman tidak mengira lelaki atau perempuan, yang bersalah tetap dihukum tidak perlu ada double standard kerana meraka bersalah. Mungkin mereka bayangkan hukuman sebatan tersebut sama dengan apa yang dilakukan oleh sivil, sedangkan hukuman sebatan dalam Islam berbeza dengan sivil, ini akibatnya apabila tidak merujuk kepada yang Ahlinya.


Jika dilihat isu diatas mungkin timbul akibat kefahaman masyarakat dalam soal agama amatlah kurang. Justeru perlulah setiap lapisan masyarakat menekankan pendidikan dalam bidang agama. Saya berpendapat sistem pendidikan perlu dirombak semula, kerana jika dilihat sistem pendidikan sekarang lebih menjurus kearahan kebendaan bukan menjurus kepada matlamat utama setiap insane dimuka bumi. Bahananya timbul pelbagai masalah-masalah yang semakin hari semakin meruncing.


WaAllahualam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP