Thursday, March 25, 2010

Elak Fitnah Dajjal


Sudah lama tidak mencoret sesuatu diblog ini. Balik dari surau an-Nur sebentar selepas mendengar kuliah ustaz hasrizal, memberi kekutan untuk menulis dan berkongsi sedikit maklumat yang diperolehi semoga memberi manfaat kepada kita semua.


Zaman globalisasi, zaman tanpa sepadan ini yang sering diwar-warkan, namun zaman ini dipenuhi fitnah, menukarkan yang hak kepad batil dan yang batil kepada hak (menyamai fitnah dajjal). Jika sesutu yang diterima oleh masyarakat walaupun ia sesutu yang jahat maka baik lah sisi pandang kita, dan begitu sebaliknya.

Surah kahfi sebaik-baik amalan untuk mengelak fitnah tersebut, menurut Abu Ali hassan al-Nadwi dan sayyid qutb 3 perkara yang mengelak kita dari fitnah tersebut.

1) Membetulkan akidah
2) membetulkan cara manusi berfikir dan melihat
3) Membetulkan sistem nilai

Malahan terdapat hadis yang menyarankan kita membaca surah al-kahfi

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” (al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)
al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi

P/s moga kitab dapat menjadikan surah al-Kahfi amalan kita. Peringkat pertama perlulah selalu dibaca, peringkat kedua perlulah faham maknanya dan peringkat ketiga perlulah kita menangkat makna tersurat dan tersirat dan diaplikasi dalam hidup

WaAllahualam

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP