Wednesday, April 7, 2010

Penyakit Minda : mengatasi riyak

Pendahuluan

Berdasarkan nama blog ini layar minda, ingin penulis berkongsi cara mengatasi salah satu penyakit minda. Penyakit minda yang ada pada diri masyarakat hari ini terlalu meluas dan mempunyai banyak keburukan. Antara penyakit minda yang selalu berlaku pada hari ini ialah buruk sangka, riyak, ujub, takabbur dan sebagainya. Di sini penulis ingin berkongsi hanya satu sahaja penyakit minda iaitu riyak dari sudut bagaimana ingin mengatasinya.

Mengatasi Riyak

Sebagaimana yang diketahui, riyak itu dapat menghapuskan amalan seseorang insan dan terkutuk disisi Allah S.W.T. Al-Ghazali telah menggariskan beberapa cara untuk mengatasinya yang mana seseorang itu hendaklah bermujahadah kerana manusia hamba Allah. Setelah tertanam riyak itu pada hatinya dan mantap, maka ia tidak sanggup untuk mencegahnya melainkan mujahadah kepada Allah S.W.T. Maka tiada seorang pun terlepas dari keperluan kepada mujahadah ini. Akan tetapi mujahadah tersebut pada permulaannya adalah sukar untuk melakukannya dan pada penghujungnya adalah ringan. (al-Ghazali 1988)


Menurut imam al-Ghazali cara mengatasi ada dua tingkat:

Tingkat pertama,
mencabut akar dan dan pokoknya, dimana dari akar dan pokok itulah, riyak tadi bercabang dan beranting. Menurut pendapatnya, pokoknya itu ialah, cinta kedudukan dan kemegahan, iaitu keseronokan pujian, menjauhi kesakitan celaan, dan menginginkan apa yang ada dalam tangan manusia, dan diyakini terjadinya riyak dengan sebab-sebab tersebut, yang menyebabkan orang berbuat riyak,
Menurut al-Ghazali, manusia juga mestilah mengawasi diri agar sentiasa takut kepada kemurkaan Allah. Dengan tabiat ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak. Manusia juga seharusnya berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak. (al-Ghazali 1988)

Di samping itu, manusia juga mestilah menanam perasaan dalam diri bahawa melakukan sesuatu itu kerana manusia membawa kemurkaan disisi Allah dan ia adalah suatu perkara yang amat buruk dan patut dijauhkan. Ini untuk mengelakkan wujudnya penyakit riyak yang ada pada manusia dan manusia juga hendaklah mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah dan ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan untuk mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T (Abid).


Tingkat kedua ;
menolak perkara yang mendatangkan riyak semasa ibadat, menurut al-Ghazali (1988). Seseorang itu tidak boleh lepas dari mempelajarinya. Orang yang bermujahadah melawan hawa nafsu, mencabut pokok-pokok riyak dari hatinya dengan qana’ah, merendah diri daripada pandangan orang ramai, menghina pujian orang ramai dan juga celaan mereka, sesungguhnya dalam ibadat syaitan tidak akan lari semasa kita beribadat. Oleh itu, kita perlu melawan dengan halangan-halangan riyak, berterusan kit melwannya. Hawa nafsu tidak akan terhapus secara keseluruhannya, dengan sebab itu kita perlu berusaha melawan apabila datang tanda-tanda riyak.


Penghalang riyak

Halangan-halangan yang boleh terjadinya riyak itu ada tiga kadang-kadang ia datang secara sekaligus, kadang-kadang ia datang secara berturut-turut. Tanda yang pertama ialah, tahu dengan dilihat manusia dan mengharap dilihat. Kemudian , diiringi diiringi untuk menjauhi dari dipuji dan mendapat kedudukan yang baik bagi pandangan manusia. Dan yang ketiga, diringi untuk menjauh orang daripada keinginan mengharap orang ramai menerimanya, kencenderungan tahap ini dan orang ramai membenarnya. Menurutnya halangan pertama itu dikenali sebagai ma’rifat, yang kedua dikenali dikenali sebagi keadaan nafsu syawat dan yang ketiga dikenali sebagai a’zam dan memantapkan tindakan (Abid).

Untuk menjadikan cara mengatasi yang sempurna ialah semasa tindakan tingkatan yang pertama, sebelum dikuti oleh halangan yang kedua. Oleh itu, jika terhalangnya baginya ma’rifat (mengetahui) dilihat manusia atau mengharap dilihat oleh meraka, dengan menyatakan: “Tidak penting manusia itu, sama ada mereka tahu atau tidak. Dan Allah maha mengetahui dengan hal dirimu, oleh itu apakah faedahnya, mengetahui selain daripada Allah” (al-Ghazali 1988).

Rujukan :Al-Ghazali, 1988. Ihya’ Ulumuddin Jil 3, Terj. Prof. TK. H. Ismail Yakub. Singapura : Pustaka Nasional PTE LTD.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP