Friday, May 28, 2010

Kenapa aku perlu PEDULISME..???



Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatika
n gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik buka
n kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah... di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan bert
eriak, "Ada perangkat tikus!" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati... tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena
dengan aku. "

Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawapan sama. "Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya bua
t aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata "Elehh engkau
ni... Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang
diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar sua
ra berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ula
r berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengura
ngkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.
Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

MORAL: SUATU HARI... KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

JOm sign petition BANTAHAN 4 MAHASISWA UKM DIKENAKAN AUKU klik (disini)

Read more...

Monday, May 24, 2010

kerana lesen itu...


Minah berasa hairan melihat gelagat kedua-dua peniaga judi dan Arak di Kubang Lumpur. Seorang peniaga judi melaung-laung “judi, judi.. judi.. untuk cepat kaya… judi cik puan.. judi ya tuan…



Minah berjalan lagi , dia berjalan terus. Hingar-bingar disekelilignya tidak dipedulikannya. Tapi tiba-tiba seorang penjual datang menghampirinya membuat tawaran.



Arak.. arak…” kata peniaga itu. ‘Arak murah, murah.”



Judi? Arak? Bagaimana kedua-duanya boleh dijual dengan terang di Kota Kubang Lumpur ini? Bukankah pemimpin negeri ini telah mengistiharkan Negeri ini negeri Islam? Bukankah kebanyakan pemimpin negeri ini Islam. Kenapa jadi bergini? Dia pun terus beredar dari situ untuk membeli barang yang ingin dicarinya.



Di sebuah premis peniagaan, Minah disapa dengan lembut oleh seorang peniaga, : Mahu beli apa Cik puan?”



“saya mahu beli CD ceramah ustaz A”, kata Minah



“laa….shhh…jangan cakap kuat-kuat Cik puan,: kata perniaga itu. “penceramah itu tiada tauliah dengan makna lain tiada lessen, jadi saya jual secara haram je’.



“Eh!, Nak berceramah pun kena da lessen ke?”



Benar Cik puan, nak bisnes Judi mesti ada lessen, Jual Arak mesti ada lesen, dan ustaz nie dia tiada tauliah (lesen) untuk ceramah, jadi kira saya jual haram la nie.



“oh begitu…



Cik puan mahu berapa (CD)?’



“satu”



Perniaga itu melempar kedalam beg yang di bawa oleh Minah, sambil matanya terus liar memerhati keadaan sekeliling. Kerisauan selalu tumbuh di dalam hatinya jika ada kelibatan penguatkuasa di situ.

Kisah diatas merupakan adaptasi daripada serpihan babak, adegan yang diambil dari filem Ali Baba Bujang Lapok. Penulis telah mengambil kisah Ali baba itu di dalam sebuah akhbar. Kemudian penulis mengadaptasinya kembali. Bezanya kisah filem tersebut antara penjual ganja, candu, belacan dan Mariana. Beberapa pengajaran yang penulis rasa semua dapat ambil, moga manfaat..



kisah ini hanya rekaan semata tiada kena mengena yang hidup atau mati..


~kempen anti Judi~

Read more...

Tuesday, May 18, 2010

Jom sertai : Wacana Gerakan Islam dan Persaingan Demokrasi


Wacana Gerakan Islam dan Persaingan Demokrasi

22 Mei 2010 (Sabtu)
8.30 am-2.00 pm
Hotel De palma, Ampang Selangor

Pembentang:
Ikhwan Muslimin
Ak Parti (AKP)
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Parti Keadilan Sejahtera (PKS Indonesia)

Bayaran:
Rm 30 (orang awam)
Rm 20 (mahasiswa)

Berminat HubungI:
o19-3238455 /019-2115995
0192676625 / 019-3728844

Anjuran bersama : Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) & Pejabat Adun Cempaka

Read more...

Thursday, May 13, 2010

Kenali ajaran baru akhir zaman (Islam Liberal)

Dewasa ini isu mengenai Islam Liberal menjadi topik utama perbahasan dalam masyarakat oleh ahli akademik, para pemikir bebas, dan ahli agama. Ramai yang memberi hujah yang sangat bernas dan mempengaruhi masyarakat umum terutama kepada mereka yang langsung tidak mempunyai pengetahuan yang sebenar tentang Islam Liberal. Perkara ini sedikit sebanyak menjadi faktor penerimaan unsur-unsur Islam Liberal dalam masyarakat tanpa disedari.

Malah kehidupan kita hari ini dikelilingi oleh produk-produk Islam Liberal bermula dari cara berpakaian, cara bersosial sesama masyarakat hinggalah kepada cara beribadat. Lebih sukar lagi apabila masyarakat umum sudah menerima semua unsur Islam Liberal ini sebagai tatacara hidup ‘Islam’ tetapi hanya berdasarkan kefahaman akal mereka sahaja tanpa merujuk dua sumber pegangan Islam yang asas; al-Quran dan al-Sunnah.


Siapa Islam Liberal?

Rata-rata kita keliru dengan istilah Islam Liberal yang sebenarnya. ‘Liberal’ membawa maksud ‘pembebasan’ atau ‘pelonggaran’. Golongan Islam Liberal juga selalu mentafsir istilah ‘liberal’ sebagai ‘pencerahan’.

Pendukung Islam Liberal menganggap diri mereka sebagai penyelamat umat Islam susulan Islam itu sendiri membawa masalah kepada umatnya seperti undang-undang syari’ah yang kononnya menindas masyarakat menurut dakwaan mereka. Golongan ini juga sering menyalahkan sebahagian besar ulama’ kerana terlalu berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Maka pembebasan atau pelonggaran yang ingin mereka lakukan adalah untuk jauh dari kefahaman Islam yang sebenar iaitu Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w sejak 1400 tahun dahulu. Pendukung Islam Liberal mendakwa perlunya reformasi dalam Islam supaya bersesuaian dengan keadaan semasa serta memenuhi semua keperluan dan kehendak manusia menurut peredaran zaman serta perkembangan akal fikiran.

Oleh sebab itu, banyak hujah mereka yang menggunakan ideologi-ideologi barat terutamanya, untuk menentang Islam secara diam-diam dan halus. Ideologi-ideologi ini hanyalah bersandarkan logikal akal semata-mata, maka ideologi ini mudah diterima oleh masyarakat yang kurang faham Islam sebenar dan longgar pegangan akidahnya.

Lebih menakutkan lagi, semua umat Islam berpotensi untuk menjadi pembawa Islam Liberal akibat mentafsir ajaran Islam mengikut kefahaman akal semata-mata tanpa merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah menerusi para alim ulama’ yang sahih. Tidak hairanlah jika ada di antara golongan Islam Liberal tidak akan mengaku mereka ini membawa fahaman Islam Liberal atas dasar mereka tidak mengenali antara satu sama lain walaupun fahaman yang dibawa adalah sama dari segi konsep asasnya.


Sejarah Liberal Agama

Sejarah bermulanya liberal dalam agama adalah di Eropah sewaktu cengkaman pihak gereja terhadap masyarakat di sekeliling mereka. Keilmuan golongan saintis ketika itu meningkat berdasarkan penemuan-penemuan baru yang kebanyakannya bercanggah dengan pegangan ajaran Kristian.

Maka pihak gereja menghalang sama sekali para ilmuan ini untuk mengesahkan penemuan mereka dan mereka ini dilabel sebagai pembawa ajaran sesat. Contohnya, pihak gereja sudah lama memegang kepercayaan bahawa bumi ini berbentuk rata dan mendatar. Apabila golongan saintis cuba membuat dakwaan bahawa bumi ini berbentuk sfera mengikut kajian yang telah dilakukan, golongan ini ditentang oleh pihak gereja atas alasan menentang fahaman Kristian secara terang-terangan. Maka terjadilah pergolakan sehingga Kristian berpecah kepada dua; Katolik dan Protestan. Golongan yang tidak bersetuju dengan pihak gereja ketika itu adalah Kristian Protestan.

Tragedi ini berlaku akibat ajaran Kristian itu sendiri telah diseleweng daripada ajaran Nabi Isa a.s oleh Tarsus yang juga dikenali sebagai Saint Paul atas kepentingan peribadi. Maka segala kepercayaan yang dipegang bukanlah suruhan Tuhan tetapi lebih kepada logikal akal manusia setempat dan semasa sahaja. Dengan itu ajaran Kristian telah berlawanan dengan hakikat kejadian alam dan perkembangan akal manusia.

Golongan saintis yang menentang pihak gereja sewaktu era pembaharuan di Eropah hanyalah ingin menyatakan kebenaran dan bukanlah menentang Kristian itu sendiri. Apabila kebenaran yang dibawa oleh golongan ilmuan berlawanan dengan kepalsuan yang dibawa oleh golongan agamawan, terjadilah pergolakan dan perpecahan.


Mengapa Islam Perlu diliberal?

Tidak ada langsung alasan yang kukuh golongan Islam Liberal untuk membebaskan ajaran Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku dalam Kristian. Ajaran Islam sudah pun lengkap dan sempurna syari’atnya kepada umat manusia hingga ke Hari Kiamat. Ajaran Islam juga tidak menindas mana-mana pihak malah menjaga kesejahteraan manusia tanpa mengira umur, bangsa, adat, dan negara.

Golongan Islam Liberal juga mempunyai agenda tersembunyi dalam melonggarkan pegangan akidah umat Islam atas dasar dibayar dengan lumayan oleh beberapa pihak tertentu yang anti-Islam. Perencanaan ini dilakukan dengan teliti dan menggunakan media massa sebagai alat utama menyerang pemikiran umat Islam dalam merosakkan akidah serta memusnahkan pegangan terhadap al-Quran dan al-Sunnah.

Di Indonesia sudah wujud satu agama baru iaitu Islam Liberal yang didukungi oleh Jaringan Islam Liberal (JIL). Jaringan ini sangat berpengaruh dalam membahas isu-isu Islam Liberal sehingga garis yang jelas di antara Islam sebenar dan Islam yang sesat itu samar kelihatan. Situasi ini harus dijadikan iktibar dan amaran kepada umat Islam di Malaysia dalam menjaga kesucian dan ketulenan Islam itu sendiri hingga ke akhir hayat kita.


Saranan Golongan Islam Liberal

Golongan Islam Liberal membawa agenda merosakkan pegangan akidah umat Islam secara sedar atau pun tidak melalui media massa, program tertutup dan terbuka, drama atau filem yang disuntik idea liberalisasi Islam, dan sebagainya. Kebanyakan saranan golongan Islam Liberal ini bersifat halus dan sukar dikesan akibat sebahagian besar isu yang diketengahkan sudah sebati dalam masyarakat.

Antara saranan utama golongan ini adalah mempertikaikan pandangan serta kenyataan para alim ulama’ yang benar. Mungkin kita kurang sedar tentangan golongan Islam Liberal terhadap alim ulama’ akibat pendedahan media massa yang lebih menyebelahi mereka dan kurang menekankan pandangan serta kenyataan alim ulama’ terhadap sesuatu isu. Situasi ini sangat berbahaya di mana masyarakat sudah berani mengkritik mufti-mufti atas fatwa yang dikeluarkan dengan pelbagai alasan logikal semata-mata.

Golongan Islam Liberal juga mengajak masyarakat kebanyakan supaya berani memberi pendapat terhadap sesuatu isu agama mengikut pandangan sendiri tanpa merujuk kepada ahli agamawan yang berkeutamaan dalam membincangkan isu tersebut. Situasi ini jelas bilamana perbincangan dalam isu-isu agama seperti poligami dibincangkan dalam media massa dengan menjemput artis-artis serta ahli korporat sebagai panel undangan. Mengapa para alim ulama’ diketepikan? Ini kerana isu yang dibincangkan hanyalah untuk memenangi agenda golongan Islam Liberal ini.

Usah terkejut jika ada di antara golongan Islam Liberal ini mempertahankan hak golongan gay serta lesbian. Atas alasan kebebasan individu untuk memilih pasangan, golongan Islam Liberal membuka ruang kebebasan kepada umat Islam supaya melangkah setapak lagi menjauhi akidah Islam yang dipegang selama ini. Antara liberalis Islam yang lantang mempertahankan hak ini ialah Raquel Evita Saraswati, Koordinator Projek Ijtihad dibawah kelolaan Irshad Manji.

Di Malaysia, golongan Islam Liberal ini sangat rakus menghentam institusi Mahkamah Syari’ah atas alasan mengiktiraf Mahkamah Sivil sebagai jalan keluar menyelesaikan segala permasalahan undang-undang yang utama. Kebanyakan kes yang digunakan oleh golongan Islam Liberal untuk menentang institusi Mahkamah Syari’ah ialah perceraian, hak penjagaan anak, hak untuk murtad, penentangan terhadap poligami, dan sebagainya.


Mari Banteras Islam Liberal

Tidak ramai orang yang sanggup menumpukan tenaga dan usaha untuk membanteras Islam Liberal hingga ke akar umbi. Puncanya ialah kurangnya pendedahan terhadap penyelewengan Islam yang dilakukan secara halus dan licik. Malah gaya hidup masyarakat Islam di Malaysia sudah dibelenggu dengan unsur-unsur liberal tanpa kita sedari. Hasutan dan propaganda yang dibuat oleh golongan Islam Liberal ini juga sangat halus sehingga kawan sendiri juga berpotensi menjadi lawan.

Risiko membanteras Islam Liberal terlalu besar namun tidak ada yang lebih besar dari kekuasaan Yang Maha Esa. Semoga usaha membanteras ini mendapat keredhaan-Nya dan sentiasa dibekalkan dengan kekuatan yang tidak putus-putus.

Saya akan mendedahkan lagi penyelewengan akidah oleh Islam Liberal dalam tulisan-tulisan yang berikutnya. Diharapkan tulisan ini dapat disebarkan dan usaha yang kita lakukan sentiasa dinaungi rahmat dari Allah s.w.t, insya-Allah.

`Izzat Anwari bin Hasni
Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL)

Read more...

Saturday, May 8, 2010

Adakah Hari Ibu haram?

1. Berbakti kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, masyarakat moden hari ini menyambut hari-hari tertentu untuk memberikan penghormatan atas jasa-jasa individu atau kelompok tertentu. Maka lahirlah beberapa hari Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Jururawat dan lain-lain. Hari Ibu disambut di sesetengah negara pada 21 Mac setiap tahun dan di sesetengah negara lain seperti Malaysia pada 10 Mei setiap tahun. Sambutan ini sentiasa mengundang perbahasan umat Islam tentang hukum menyambutnya.

2. Ulama’ berselisih pendapat dalam perkara ini dan secara umumnya mereka terbahagi kepada 2 kelompok iaitu:

(1.) Kelompok yang mengharamkan. Diantaranya ialah Al-marhum Sheikh Abdul Aziz bin Baz yang secara jelas pernah mengeluarkan fatwa tentang sambutan ini. Asasnya ialah kerana ia termasuk diantara perkara bid’ah dalam agama dan mengikut kepada Barat (gharbiyyun).

(2. )Kelompok yang mengharuskan. Mereka mempersetujui bahawa sambutan ini juga adalah perkara yang diada-adakan, tetapi ia bukanlah bid’ah dalam ibadat (بدع العبادات) tetapi hanyalah bid’ah dalam adat kebiasaan (بدع العادات).


3. Pandangan kelompok pertama adalah cukup mudah untuk difahami dan saya tidak berhasrat memanjangkan di sini.

4. Pandangan kelompok kedua boleh diperhatikan pada pendapat-pendapat beberapa ulama’ kontemporari. Sheikh Faisal Mawlawi, Timbalan Pengerusi Majlis Fatwa dan Pengkajian Hukum Eropah (Majlis ini dipengerusikan oleh Sheikh Professor Dr Yusuf Abdullah al-Qaradawi) yang juga seorang pemimpin gerakan Islam di Lubnan (seangkatan dengan Sheikh Dr Fathi Yakan) berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu tetapi dengan dua syarat:

1. Sambutan itu hanyalah penghormatan tambahan (تكريما إضافيا) yang dilakukan lanjutan daripada penghormatan sehari-hari yang diberikan selayaknya untuk ibu.
2. Sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam mafhum Syarak iaitu menyamai Eid al-Adha dan Eid al-Fitri yang ada asasnya yang jelas dalam nusus Syariah.

5. Dr Muhammad Bakar Ismail, Professor Tafsir dan Ilmu-ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar al-Syarif memberikan pandangan seperti berikut:

“هذا اليوم الذي تُكرم فيه الأم ويُسميه الناس “عيد الأم” هو مِن بدَع العادات لا مِن بدَع العبادات، وبدَع العادات لا يَأمر بها الإسلام ولا يَنهَى عنها إلا إذا كانت تتصل بالدِّين من قريب أو مِن بعيد، فإذا كانت هذه العادات تُعبِّر عن الوفاء والاعتراف بالجميل وتدعو إلى البرِّ والإحسان إلى مَن يَستحق البرَّ والإحسانَ، كالأمِّ والأبِ ومَن في حُكمهما كالجَدَّة والجَدِّ، فإن الإسلام يُبارك هذه العادات ويُقرُّها. أمَّا إذا كانت هذه العادات تُعبِّر عن الضِّدِّ مِن ذلك، أو يَترتَّب على فعْلها ما يَعيبه الإسلام ويَنهَى عنه، كالإسراف والتبذير والعبَث واللهْو واللعب والتفاخُر، فإن الإسلام يَنهَى عن ذلك ويُحذر منه.

“Hari ini dimana ibu dimuliakan dan dinamakan dengan Hari Ibu adalah daripada bid’ah-bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat. Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kecantikan dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan dan ihsan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini. Manakala jika adat ini lahir daripada perkara yang sebaliknya, dan melakukannya juga melibatkan perkara-perkara yang buruk dan dilarang oleh Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.”

6. Dr ‘Abdul Fattah Asyur, seorang lagi ulama’ al-Azhar memberikan pendapat seperti berikut:



Bahawa merayakan beberapa hari yang padanya dimuliakan manusia atau menghidupkan ingatan-ingatan yang baik, maka tidak seorang pun mengatakan bahawa program ini adalah perayaan agama atau sebahagian daripada perayaan-perayaan Muslimin. Tetapi ia adalah peluang untuk menunjukkan syiar perasaan yang baik terhadap orang-orang yang berbudi kepada kita dan diantaranya ialah apa yang dikenali sebagai Hari Ibu. Sesungguhnya bagi ibu kedudukan yang khusus dalam Islam dan juga dalam setiap agama lain. Maka ibu wajib dimuliakan dan dirayakan.

7. Sheikh Hamid al-Athar, ahli Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia (yang dipengerusikan oleh Sheikh al-Qaradawi) memberikan pendapat seperti berikut:



Perayaan Hari Ibu pada suatu pada suatu hari yang dikhususkan (iaitu 21 Mac) pada pendapatku adalah makruh dan tidak jauh hukumnya dengan haram, bukan disebabkan bid’ah tetapi kerana mengikut orang-orang bukan Islam pada adat kebiasaan dan perayaan-perayaan mereka. Telah datang beberapa hadith Rasulullah SAW yang melarang umatnya daripada menyerupai Ahli Kitab antara lainnya ialah yang didatangkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka.”

8. Dr Muhammad al-Banna berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu dengan syarat:

1. Tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang diharamkan oleh Syariah seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan.
2. Tidak dimaksudkan untuk menyerupai orang-orang Barat dan bukan Islam.
3. Hendaklah kandungan perayaan itu diteruskan sepanjang tahun iaitu tidak terbatas kepada hari tersebut sahaja.

Wallahu ‘alam bil sowab.

أن الاحتفال بأيام فيها تكريم للناس، أو إحياء ذكرى طيبة لم يقل أحد بأن هذا احتفال ديني، أو عيد من أعياد المسلمين، ولكنه فرصة لإبداء المشاعر الطيبة نحو من أسدوا لنا معروفًا، ومن ذلك ما يعرف بالاحتفال بيوم الأم، أو بعيد الأم، فإن الأم لها منزلة خاصة في دين الله، بل في كل دين، ولذلك يجب أن تكرم، وأن تحترم وأن يحتفل بها الاحتفال بعيد الأم في اليوم المحدد ذلك(21 من مارس) أقل أحواله عندي الكراهة، ولا يبعد أن يكون حراما، ليس بسبب البدعة ، ولكن بسبب تقليد غير المسلمين في عاداتهم وأعيادهم،وقد وردت عدة أحاديث ، ينهى النبي صلى الله عليه وسلم فيها أمته عن التشبه بأهل الكتاب؛من ذلكما جاء عن ابن عمر أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: “من تشبه بقوم فهو منهم”

sumber;(UBM KPT)

Read more...

Friday, May 7, 2010

Kebijakan rasional vs kebijakan Hikmah





10 jawapan yang baik dari ulama' yang baik.


Bilamana sampai al-Imam Abu Hanifah bersama gurunya yang mulia al-Imam Hammad radhiyallahu anhuma di tempat perdebatan, seraya al-Imam Abu Hanifah berucap :
Tak selayaknya seorang ulama besar berdebat di dalam majlis sebegini, Cukuplah diserahkan kepada muridnya yang masih muda ini untuk berbincang-bincang dengan mereka-mereka ini

Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian anak muda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bilamana al-Imam Abu Hanifah duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan :

Soalan Pertama

"Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?"


Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu menja wab :


Allah taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak

Soalan Kedua

“ Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu w ujud?”

Al-Imam Abu Hanifah seraya menjawab :

Allah taala itu wujud sebelum adanya zam an, Sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya , mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya

Soalan Ketiga

“ Cuba kamu berikan kepada kami sedik it gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?"

Al-Imam Abu Hanifah menjawab :

Kamu pandai mengira?

Kelompok Atheis itu menjawab :
“ Tentu sekali kami pandai mengira”
Al-Imam Abu Hanifah meneruskan ucapannya:

Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor Empat (4)?

Mereka menjawab : “ Nombor 3”
Al-Imam Hanifah : “ Nombor sebelum 3?”
Mereka menjawab : “Nombor 2”
Al-Imam Abu Hanifah : “Nombor sebelum 2?”
Mereka menjawab : “Nombor 1”
Al-Imam Abu Hanifah : “ Nombor sebelum 1?”
Mereka menjawab : “Tiada”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu memberikan penerangan :

Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sendiri sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kam
u akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada Nombor itu sendiri?

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada al-Imam Hanifah. Ternyata mereka silap p
erkiraan bilamana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Persoalan diteruskan.
Soalan Keempat

“Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu ter
angkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Al-Imam Abu Hanifah : Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?
Mereka menjawab : “ Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah”
Al-Imam Abu Hanifah menjawab :

Jika cahaya yang diciptakannya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik cahaya langit dan bumi ini sendiri?

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada al-Imam Abu Hanifah bersorak kegembiraan . Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima

“Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?"

Al-Imam sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh Sang Anak Muda.

Al-Imam Abu Hanifah menjawab : “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”
Mereka menjawab : “ Tentu sekali”
Al-Imam meneruskan : “ Bilamana orang sakit tadi mati. Bolehkah kamu bercakap dengannya?”
Mereka menjawab : “ Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”
Al-Imam meneruskan : “ Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya , namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”
Mereka tertawa lalu memberikan jawapan: “ Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana ruhnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata:

Baik, kamu mengatakan bahawa ruhnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk ruh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?


Tertunduk kesemua Atheis tersebut bilamana mendengar persoalan al-Imam Abu Hanifah tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Mereka menjawab dengan keadaan penuh malu : “ Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya”

Al-Imam Abu Hanifah lalu meneruskan bicaranya:

Jika makhluknya seperti ruh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku. Bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Ruh serta sekalian alam ini?

Soalan Keenam

“ Dimanakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Al-Imam Abu Hanifah kembali bertanyakan soalan kepada mereka :
“ Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?"
Mereka menjawab : “ Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Al-Imam Abu Hanifah seraya berkata :

“ Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya , masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini

Soalan Ketujuh

“ Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya ( iaitu selepas dihisab oleh Allah taala di padang Mahsyar) namun bilamana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya ( maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)??”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lagi lalu menjawab :

Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor . Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?


Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.

Al-Imam tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. Kemudian Beliau menyambung bicaranya :

Nah , kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu

Soalan Kelapan

“ Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal”

Al-Imam Abu Hanifah tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab :

Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini. Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh al-Imam Abu Hanifah dengan penuh berhikmah.

Baghdad kembali berseri selepas peristiwa tersebut. Anak muda itu semakin dikenali malah terus menerus namanya disebut orang sehinggalah ke hari ini. Walau sudah hampir ribuan tahun beliau meninggalkan kita. Namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita. Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit radhiyallahu anhu serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang amsih hidup atau yang telah wafat. Al-Fatihah.

Tamat

Soalan Kesembilan

Ada juga kisah yang saya dengar bahawa soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok tersebut kepada Sang Imam bilamana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan : “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka al-Imam menjawab dengan tenang.

Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah.Jawapan hanya boleh diberikan bilamana aku berada di atas mengambil alih tempatmu

Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan al-Imam tersebut. Lalu mereka bertukar tempat. Al-Imam naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bilamana al-Imam sudah berada di atas . Terus beliau menjawab :

Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan al-Imam ke atas ) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan Atheis tersebut ke bawah).

Tamat 2

Kagum saya bilamana membaca kisah-kisah para ulama terdahulu. Kehebatan dan kesolehan mereka sukar ditanding

Read more...

Wednesday, May 5, 2010

IbuKu seorang pembohong?


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu

Ya Allah, Ampunilah dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani ku sejak kecil".

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP