Wednesday, June 23, 2010

Militan di Kampus, satu tanggapan


Heboh sekarang, aktiviti kumpulan militan mula memasuki kampus samada isu ini benar atau tidak? ini dilihat membahayakan dan perlu diambil peduli. Di kala Negara sentiasa timbul isu baru, timbul pulak isu kumpulan militan. Sudah tentu ia ini melibatkan keselamatan Negara dan kementerian dalam negeri yang memainkan peranan yang penting dalam isu ini. Pertamanya penulis mengucapkan syabas kepada pihak terlibat khususnya risikan Negara yang Berjaya mendedahkan dan mengambil langkah membendung perkara ini. Sekurang-kurangnya dapat menggambarkan bahawa keselamatan Negara terjamin keran kita mempunyai sistem keselamatan yang terbaik. Walaupun sebelum ini sedikit tercalar dengan isu-isu yang melibatkan keselamatan Negara seperti risikan Israel dalam APCO, hilangnya enjin jet, kapal selam dan sebagainya.



Sebalik pujian ini, akal nakal penulis terus melayarkan mindanya, dengan berfikir perkara yang dilihat hanya sisi negatif. Di benak penulis timbul beberapa perkara yang sesetengahnya telah dilontar oleh individu tertentu. Mungkin di sini lontaran pandangan sebagai bacaan sahaja tidaklah sampai tahap mempercayai, penulis beberapa kemungkinan yang ada:



1. Cuba mengalih beberapa isu



Mutakhir ini Negara sering dikejutkan beberapa peristiwa besar. Kebanyakan isu yang timbul, mengakibatkan timbulnya persoalan ketelusan, kecekapan dan keberkesanan pemerintah. Dari isu APCO, kapal selam, enjin jet, pembunuhan Altaltuya, bangunan runtuh, pembelian yang tidak masuk akal dan isu-isu lain. Dilihat, hampir semua menjuruskan mempersoalkan pengurusan dan pentadbiran Negara. Ini tidak langsung membawa kebimbangan kepada pihak yang terlibat, sudah pastinya isu-isu tersebut akan memberi impak yang negatif kepada undian yang akan diperoleh nanti, tambahan lagi ura-ura pilihanraya ke-13 sudah tidak lama lagi. Apabila ini ditimbulkan akan memberi peluang mereka untuk membentuk landskap politik yang memihak kepada mereka. Walaupun terdapat laporan yang dikeluarkan oleh Merdeka Center, berdasar kajian mereka sokongan pimpinan tertinggi pihak tersebut meningkat, tambahan pilihanraya di Hulu Selangor baru-baru ini memberi suntikan positif. Namun pilihanraya di Sibu menafikan kembali tanggapan tersebut, ini memerlukan persediaan yang rapi dan satu isu yang boleh mengalih tumpuan rakyat.



2. Kenapa begitu mudah dikaitkan Islam dengan keganasan



Sejak akhir-akhir ini, penulis melihat trend di mana pengganas atau keganasan dikaitkan dengan Islam, teoririsme dikaitan dengan Islam. Anti-Islam atau Islam dikaitkan dengan keganasan yang digunapakai oleh Amerika apabila ia cuba mengaitkan runtuhan WTC pada 11 September 2001. Kondisi anti Islam ini dilihat semakin mendapat tempat di dada akbar dan media massa tidak kira di negara non-muslim atau di negara Islam. isu ini seolah-olah menjadi sinonim dengan Islam, apabila disebut pengganas pastinya dikaitkan dengan Islam. Kenapa menjadi begitu, malahan Negara umat Islam sendiri terikut-ikut dengan trend ini yang melahirkan Islamphobia di kalangan masyarakat. Sebenarnya, jika dilihat isu ini, boleh dikatakan tiap-tiap hari pastinya ada pembunuhan terhadap umat Islam. Bukan sahaja Isu Palestine sahaja, tetapi terdapat juga dinegara lain, yang mempunyai umat Islam. Seolah-olah kita lupa kepada Chehnya, Kashmir, Sudan, Xinjiang dan banyal lagi tempat yang mempunyai umat Islam malahan jiran sebelah rumah kita sahaja, iaitu selatan Thailand yang isu tidak selesai-selesai.



Sekarang siapa yang sepatutnya digelar pengganas, mereka yang menuduh orang pengganas ini, tangan-tangan merekalah yang penuh berlumur darah-darah orang yang tidak berdosa, mereka yang juara dalam menuduh orang lahir pengganas inilah yang membunuh rakyat Iraq, Afganistan, Palestine dan banyak lagi Negara dengan bukti yang tidak pernah wujud, bukahkah sepatutnya mereka ini, digelar pengganas? bukan hanya mengelar pihak Islam militant sahaja. Pendapat ini, bukannya bermakna bersetuju keganasan yang dilakukan oleh Umat Islam yang tidak berlandaskan syara’, hanya emosi semata. Namun tulisan disini hanya mengajak kita berfikir, kenapa kita mudah terikut trend yang dibina oleh kufar. Sehingga kita yang merugikan perkembangan Islam, lupakan kita dengan ayat :



Al Baqarah 120 : "Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".



Teringat pula, penulis kepada penasihat komunikasi dan strategik Negara kita, siapakah mereka?, adakah mereka terlibat dengan semua ini. Adakah isu ini menyebabkan tangkapan kembali ke dalam ISA? Sama-sama kita renungkan.



3. Membentuk perspektif negatif kepada persatuan Islam di kampus



Akal nakal penulis terus berfikiran negatif, kenapa isu-isu pengganas ini ditimbulkan?. Benar-benarkah terdapat Jemaah Islamiah di Kampus.? Jika benar kumpulan ini wujud, dan kumpulan ini mengajak ke arah keganasan dan melakukan sesuatu di luar batasan syarak memang sepatutnya dibendung. Namun di sini akal nakal penulisan, tidak menolak kemungkinan ini cara untuk membendung persatuan Islam di Kampus terus berkembang dan diterima mahasiswa. Kenapa ada kemungkinan ini, jika dilihat kecenderungan pihak pentadbiran lebih ke arah membenarkan aktiviti yang bersifat hedonisme dan pembentuk mahasiswa yang tahu angguk sahaja tidak pandai menggeleng. Tetapi sebaliknya persatuan Islam ini yang selalunya dilihat menentang lahirnya budaya. Inisecara tidak langsung, persatuan Islam, dilihat meganggu perancangan mereka, dan mutakhir ini juga persatuan Islam dilihat penggerak utama bagi melahirkan kebangkitan Mahasiswa.



Jika benar tanggapan ini, maka perlulah mereka menangani perkembangan persatuan Islam, dengan cara mewujudkan tanggapan negatif kepada persatuan Islam. Bila tanggapan negatif dapat dimanipulasikan, secara tidak langsung mahasiswa akan berhati-hati dengan persatuan Islam. Tambahan mahasiswa yang baru hendak mengenali dunia kampus, pastinya mendapat nasihat dari ibu bapa supaya berhati-hati dengan persatuan Islam, dengan nasihat jangan mengandaikan pengajian dengan penglibatan dengan persatuan Islam. Perlukah dipersalahkan ibubapa tersebut? agak sukar untuk mempersalahkan mereka, kerana mereka didedahkan oleh media dengan begitu. Dengan cara ini, persatuan Islam secara tidak langsung sukar untuk mendapat sokongan malahan persatuan Islam juga sukar untuk mengadakan aktiviti yang membolehkan mahasiswa terjun kepada masyarakat kerana tanggapan negatif tersebut mula menerjah ke minda mereka. Kebimbangan yang besar, sudah tertentu dakwah di kampus pasti mengucup, dan aktivis dakwah semakin kurang.



4. Adakah ini cara membendung kebangkitan mahasiswa?



Sebagaimana tanggapan penulis di atas, gerakan mahasiswa di kampus ke banyak dipelopori oleh persatuan Islam, namun tidaklah sampai penulis menafikan gerakan yang berwadahkan Islam sebagai perjuangan juga pencetus kebangkitan mahasiswa. Akhir-akhir ini, semakin menampakkan bibit-bibit kebangkitan mahasiswa era 80-an dan awal 90-an. Dengan pelbagai isu, yang mahasiswa cuba juarai, malahan mahasiswa dilihat semakin berani melontarkan idealisme mereka bukan sekadar dibir-bibir mulut tetapi bergerak seiringi dengan melangkahnya kaki dan menhayunnya tangan. Mereka semakin berani mewujudkan mahasiswa yang intelektual yang mampu untuk berfikir panjang dan boleh untuk menangani sesuatu isu itu berdasarkan kepada ilmu dan pengalaman yang diperoleh semasa di universiti.



Kebangkitan ini semakin menyesakkan dada dan survival politik sesetengah pihak. Mahasiswa mula semakin berani memaparkan ketidakadilan yang berlaku, mereka juga mula membuka mata masyarakat untuk menuntut keadilan. Perkara ini, yang menjadi ke bimbingan sesetengah pihak, yang sebelum ini, kebanyakan mahasiswa dengan mudah untuk dibela dan diternak. Kebimbangan ini juga, memerlukan mereka membendung gerakan mahasiswa yang terlibat. Antara caranya ialah dengan memaparkan imej negatif kepada mereka, dengan cara ini perkembangan gerakan mahasiswa ini semakin tidak mendapat sokongan dan secara tidak langsung akan memudahkan gerakan mahasiswa semakin pudar dan mengucup.



Hati benar berkata


Jika dilihat pendapat di atas hanya sisi negatif yang dilontarkan oleh penulis, seolah-olahnya busuk sungguh niat mereka yang mendedahkan Jemaah Islamiah di kampus ini. Namun di sini penulis tidaklah menghukum sebegitu rupa, hanya penulis melontarkan kebimbangan yang tercetus oleh akal nakal penulis, apa yang diharapkan lontaran pendapat di atas yang mempunyai sisi negatif itu tidak benar. Mengharapkan biarlah perkara tersebut hanya tanggapan sahaja, biarlah pihak yang mendedahkan itu merupakan orang yang benar, biarlah dipihak mereka sekelumit pun tidak ada sisi negatif yang disebut di atas. Biarlah apa yang didedahkan mereka tidak memberi impak yang negatif kepada Negara dan Islam utamanya.

Read more...

Friday, June 18, 2010

Renungan untuk peminat Bola Sepak



Mukadimah

Sudah seminggu piala dunia berlangsung, media dan tumpuan dunia ke arah pila dunia. Tidak terlepas juga di dunia Islam begitu juga di Malaysia. Walaupun kita tiada wakil yang merancakkan perlawanan namun sambutan seolah-olah Malaysia mempunyai wakil di sana. Dua hingga keempat minggu lepas kita dikejutkan dengan serangan kovoi bantuan ke Gaza, maka dunia khususnya umat Islam berasa simpati dan marah, pelbagai tindakan di lakukan berdemotrasi, boikot, aktiviti kesedaran dan malahan ada yang melatah dengan menyatakan apalah erti berdemotrasi di jalanan baik kita berjuang ke sana, begitulah semangatnya dunia khususnya umat Islam bila berdepan dengan isu tersebut. Namun bila piala dunia dirasmikan, semangat tersebut makin luntur, media masa atau laman web sosial tidak lagi menggambarkan rancaknya semangat seketika itu. Kenapa begitu berlaku, adakah Palestine kita sudah berjaya bebaskan,? pastinya masing-masing ada jawapannya. Belum diajak berfikir kearah isu-isu utama yang sepatutnya kita cakna, malahan ada yang tidak tahu.

Berbalik kepada piala dunia, jika ditanya kepada penulis, tidak menonton ke piala dunia atau tidak minat untuk mengetahui piala dunia?. Sudah tentu jawapannya “Minat juga, malahan jika ditanya lima tahun lepas, mungkin termasuk dalam golongan yang tegar. Namun sejak-sejak akhir-akhir ini minat semakin kurang, entah kenapa? Bila cuba menjiwai beberapa isu dalam dan luar Negara, semakin hilang minat tersebut. Walau bagaimanapun tetap boleh mengambil bahagian apabila diajak berbincang. Itulah penangan sebijik bola yang menjadi rebutan. Tujuan asal penulisan artikel ini, adalah mengajak sahabat-sahabat seperjuangan dalam meminati bola sepak untuk kita mengambil kira beberapa aspek, yang pada pandangan penulis perlulah kita sama-sama pertimbangkan.

Ini tidak membincang persoalan hukum syarak hanya sekadar mengajak kita berfikir bersama. Sama-sama kita fikir.

1. Islam menggalakkan umatnya bersukan, bukan menonton orang lain bersukan

Menonton sesebuah negara, negeri atau kelab bersukan lalu memberi sokongan kepada mereka, maka ia adalah tindakan yang memerlukan penilaian semula. Sebab, di manakah kepentingan memberi sokongan kepada pasukan sebuah negara bersukan padahal negara itu tidak ada kaitan kepada kepentingan Islam dan umatnya? Di manakah manfaat menghabiskan masa menonton perlawanan bola sepak antara negeri sementara masing-masing negeri lebih memerlukan warganya berusaha menaikkan tarak kehidupan masing-masing? Di manakah hikmah menyorak sebuah kelab bolasepak padahal jika penyorak itu dalam kehidupan hariannya menghadapi sesuatu masalah umpama sakit kronik, dibuang kerja atau kesempitan kewangan, kelab itu tidak akan menolong mereka walau sedikit jua?

2. Kewajiban Solat Dilalaikan

Bukan sedikit kita melihat saudara kita yang berjaga hingga tengah malam bahkan hingga menjelang waktu subuh karena menonton bola selama 2×45 menit. Setelah menonton, tidaklah pulak mereka cuba menjaga kewajipan solat apatah lagi peluang menunai solat tahajud. Namun karena rasa ngantuk yang amat sangat, solat subuh yang merupakan kewajipan setiap harinya ditinggalkan begitu saja karena badannya memerlukan rehat selepas berjaga. Solat pun ditinggalkan tanpa rasa bersalah, tanpa ada rasa berdosa. Jika seseorang tahu akibat meninggalkan solat, maka tentu ia tidak akan meninggalkannya. Ia tidak akan meninggalkannya meskipun satu solat.

Perlu kita ketahui bahawa meninggalkan satu salat saja, sudah tergolong melakukan dosa besar. Bahkan dosa besarnya bukan seperti dosa besar lainnya karena yang ditinggalkan adalah rukun islam, yang merupakan penegak bangunan Islam.. Cuba kita perhatikan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang diriwayatkan dari sahabat Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu,

بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ
“(Pembatas) antara seorang muslim dan kesyirikan serta kekafiran adalah meninggalkan shalat.” (HR. Muslim no. 257).


3. Mengabaikan komitmen yang utama

Sebahagian orang yang sengaja berjaga untuk menonton bola juga kurang maksimal dalam menjalankan pekerjaannya. Gara-gara bola, ia mesti menangung perasaan mengantuk sehingga pekerjaan dijalnakan tidak sebaik mungkin. Sebaik-baik orang beriman tentu sahaja selalu menjaga amanah yang dipertanggungkan. Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda,

أَدِّ الأَمَانَةَ إِلَى مَنِ ائْتَمَنَكَ وَلاَ تَخُنْ مَنْ خَانَكَ
“Tunaikanlah amanah kepada orang yang mempercayaimu dan tidak perlu engkau membalas dengan mengkhianati orang yang mengkhianatimu.” (HR. Abu Daud no. 3534, At Tirmidzi no. 1264, Ad Darimi no. 2597, Ahmad 3/414. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)


4. Melihat Aurat Orang Lain

Allah Ta’ala telah memerintahkan kita untuk menundukkan pandangan dari melihat autat orang lain. Di antara aurat yang tidak boleh di lihat adalah aurat sesama lelaki. Dari Abu Sa’id Al Khudri, Rasulullah s.a.w bersabda,

لاَ يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلاَ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ
“Seorang lelaki janganlah melihat aurat lelaki lainnya. Begitu pula seorang wanita janganlah melihat aurat wanita lainnya.” (HR. Muslim no. 338)

Lalu manakah aurat lelaki? Perlu diketahui, majoriti ulama berpendapat bahawa aurat laki-laki adalah antara pusat hingga lutut. Di antara dalilnya adalah sabda Nabi s.a.w.:

فَإِنَّ مَا تَحْتَ السُّرَّةِ إِلَى رُكْبَتِهِ مِنَ الْعَوْرَةِ
“Karena di antara pusar sampai lutut adalah aurat.” (HR. Ahmad 2/187, Al Baihaqi 2/229. Syaikh Syu’aib Al Arnauth menyatakan sanad hadits ini hasan)

Bagaimana aurat permain bola dan juga penonton di stadium?. Renungkanlah!


5. Mengsia-siakan waktu

Waktu menonton adalah 2×45 minit, ditambah lagi extra time untuk masa rehat. Bagaimana lagi jika menonton hampir sebulan penuh sebagaimana pada piala dunia? Cuba bayangkan berapa waktu yang terbuang sia-sia dalam sebulan. Bukankah waktu luang itu adalah nikmat? Nikmat ini pun akan ditanyakan oleh Allah di manakah dimanfaatkan. Allah Ta’ala berfirman,

ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ
“Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang nikmat (yang dianugerahkan untukmu).” (QS. At Takatsur: 8). ‘Ikrimah mengatakan bahawa nikmat yang di maksud dalam ayat ini adalah nikmat sihat dan masa lapang. Ini berati nikmat waktu luang pun akan ditanyakan di manakah nikmat tersebut dihabiskan.

Dari sini kita dituntut untuk memanfaatkan waktu dengan kebaikan dan bukan dalam hal yang sia-sia, tidak bermanfaat apa-apa. Nabi s.a.w telah memberi nasihat mengenai tanda kebaikan Islam seseorang,

مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ
“Di antara tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak bermanfaat baginya.” (HR. Tirmidzi no. 2318, shahih lighoirihi)

Ingatlah bahawa membuang-buang waktu itu hampir sama dengan kematian iaitu sama-sama memiliki sesuatu yang hilang. Namun sebenarnya membuang-buang waktu masih lebih buruk dari kematian. Semoga kita merenungkan kata-kat Ibnul Qoyyim, “(Ketahuilah bahwa) mengsia-siakan waktu lebih buruk dari kematian. mengsia-siakan waktu akan memutuskanmu (membuatmu lalai) dari Allah dan akhirat. Sedangkan kematian hanyalah memutuskanmu dari dunia dan penghuninya.”


6. Musuh Allah Jadi Idola

Yang juga penyakit parah yang menimpa sebahagian peminat bola adalah kecintaan pada non Muslim yang merupakan musuh Allah. Cubalah kita lihat, manakah yang dibela ketika di antara dua kelab atau negara yang bertanding, apakah yang dipilih agamanya? Tidak sama sekali, yang dipilih bukanlah agama. Yang utamanya siapa yang lebih mahir dan lebih cantik dalam bermain itulah yang dipilih. Walaupun itu musuh Allah sekalipun, itulah yang dipilih, bahkan itulah yang jadi idola. Padahal Allah s.w.t berfirman,

لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
“Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya” (QS. Al Mujadilah: 22).

Tidakkah menjadi renungan kita bahawa seseorang akan dikumpulkan dengan orang yang ia cintai dan yang dijadikan idola. Dari ‘Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w .bersabda,:

لَا يُحِبّ أَحَد قَوْمًا إِلَّا حُشِرَ مَعَهُمْ يَوْم الْقِيَامَة
“Tidaklah seseorang mencintai suatu kaum melainkan dia akan dikumpulkan bersama mereka pada hari kiamat nanti.” Bagaimana jika yang dicintai dan diidolakan adalah pemain bola itu non Muslim?! Semoga menjadi renungan! Cintailah para Nabi, para sahabat dan orang soleh, maka engkau akan bahagia berkumpul bersama mereka


7. Agenda Yahudi

Beberapa fakta yang berkaitan dengan zionis dan bola sepak

Disebalik kesedaran umat Islam terhadap politik umat Islam dan agamanya. Dengan bola sepak mereka boleh mengalihkan tumpuan kita. Benarkah begitu? Bolahlah kita fikirkan bersama. Ingatlah kita bagaimana pada tahun 1967, Sinai di Mesir jatuh ke tangan Israel antara sebabnya adalah kerana pada waktu itu orang Arab sedang disibukkan dengan bola.Malahan Zionis pernah mendesak kerajaan Jerman agar tidak membenarkan Presiden Iran yang dituduh Hitler ke-2 daripada turut hadir di Jerman kerana beliau tidak mempercayai "holocaust" iaitu peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Eropah terhadap orang Yahudi sekitar Perang Dunia II

Protokol Yahudi ke-13 dalam menguasai dunia yang berbunyi : untuk menjauhkan orang ramai selain Yahudi daripada mendapat maklumat baru tentang garis kerja yang Zionis Yahudi laksanakan maka kita akan melalaikan masyarakat dunia dengan pelbagai program permainan dan hiburan. Kita akan mengiklankan di dalam akhbar dan lainnya tentang seruan supaya mereka menceburi pelbagai kegiatan seperti aktiviti seni hiburan, sukan dan sebagainya. Dengan keseronokan yang baru ini maka pemikiran manusia akan lalai daripada memikirkan masalah perselisihan antara Yahudi dengan mereka. Apabila sesuatu bangsa telah kehilangan sedikit demi sedikit nikmat berfikir maka mereka akan datang kepada Yahudi kerana sebab yang satu iaitu Yahudi akan menjadi anggota masyarakat yang bernilai dan lebih layak dalam mengemukakan pendapat dan buah fikiran yang baru kepada manusia. Melalui cara ini negara Israel akan diiktiraf oleh dunia dan seluruh dunia akan berkhidmat untuk Yahudi.

Banyak teori yang telah dikeluarkan yang cuba mengaitkan Zionisme dengan bola sepak. Antaranya boleh lihat disini.


8. Hilang Fokus utama umat Islam khususnya pendakwah

Jom kita renungkan kisah pendakwah terkenal:

Ketika di Darul Ulum (Akademi Islam), Universiti Kaherah, setelah selesai ujian lisan di depan barisan pensyarah ulamak Bahasa Arab, sebelum Hasan Al-Banna bangun, mereka bertanya satu soalan sekadar ramah mesra, “Apakah rangkap yang paling engkau sukai, wahai Hasan?”. Hasan Al-Banna yang menghafaz 18,000 rangkap syair menjawab, “Yang paling aku sukai ialah rangkap Qadin tadabuka li amrin, In fatinta lahu farbak linafsika an tar’aa maal hamali” (Mereka telah mencalunkan engkau untuk satu urusan (penting). Jika engkau sedar (harapan itu), jauhilah kamu dari (bergelumang) dalam perkara yang remeh temeh (kerana ini akan menghampakan harapan mereka terhadap kamu)). Kesemua pensyarah terpegun dan kagum sambil berkata, “Telah lama kami bekerja di sini dan telah ramai mahasiswa/i yang telah kami tanya, namun yang memberikan jawapan yang sama dengan kamu ialah Asy-Syeikh Muhammad Abduh, ketika beliau seorang mahasiswa di sini 20 tahun yang lalu. Kami nampak kamu wahai Hasan akan memainkan peranan yang besar di hari muka”. Syeikh Muhammad Abduh adalah ulamak termasyhur di Abad 19, mengelilingi dunia Islam, menyedarkan mereka akan bahaya Penjajahan Barat yang sedang membelenggu mereka, sedang umat Islam ketika itu leka dan rela.


Kesimpulan

Di atas hanya merupakan sebahagian pendapat mungkin ada yang tidak begitu tepat. Di sini penulis hanya mengajak berfikir dan bukannya ingin meletakkan hukum menonton. Penulis hanya mengajak berfikir, adakah kita ingin tergolong mukmin yang bertaqwa dan apa sikap kita sebagai mukmin yang bertaqwa. Penulis yakin jawapanya sendiri ada pada diri pembaca artikel ini. Ambil yang baik tinggalkan yang buruk..

WaAllahualam





Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP