Sunday, August 30, 2009

A, B, C dan D. YANG MANA PILIHAN kabul..???


Antara pelajaran pertama yang kita perolehi ialah A,B,C,D. Kemudian kita melangkah kealam sekolah, dah menjadi kayu ukur ilmu kita juga dengan A,B,C,D. Dengan peperiksaan kita dikelaskan, dengan A,B,C,D kita dikhususkan bidang pengajian kita. Dan sini saya cuba membawa satu analogi yang melibatkan si A, B,C dan D.

Si A belajar kerana terpaksa, paksaan keluarga, desakan kawan-kawan (malu dengan kawan yang belajar jadi diri ini mesti belajar juga) atau kerana desakan kekasih. Kerana ketepaksaan menyebabkan saya kena belajar. Jadi saya datang ke sini kerana desakan sesuatu.


Si B belajar kerana untuk mendapatkan sesuatu iaitu upah yang akan diperolehi masa akan datang. Upah keduniaan menjadi sandaran. Bila saya belajar tinggi nie, nanti saya akan memperolehi kerja yang baik. Dah tentu gaji yang lumayan, dapat rumah besar, kereta besar dan kehidupan yang mewah. Inilah angan-angan saya jadi saya kena belajar sungguh untuk mendapat segala-segala itu.


Si C aku belajar kerana saya nak beri sesuatu. Aku belajar agama tujuan aku untuk membantu agama Allah. Dengan bagaimana?, saya kena ada ilmu untuk saya berdakwah kepada orang lain. Saya kena ada ilmu untuk saya memastikan tauhid dimuka Allah akan berkembang. Kalau saya belajar ilmu sains pun tujuan saya hendak memastikan kemudahan orang untuk tauhid kepada Allah. Jadi saya perlu ada ilmu, dengan kajian saya, saya boleh membantu orang mendekati Allah. Saya hidup sebagai abid dan khalifah, jadi saya kena ada sesuatu untuk saya MEMBERI.

Fikir-fikirkanlah

Apa bezanya saya sebagai si A, B dan C. Adakah aku belajar ini kerana terPAKSA.? Adakah saya belajar ini kerana saya nak dapat sesuatu (MENERIMA).? Atau adakah saya belajar ini kerana saya ingin MEMBERI sesuatu kepada Agama bangsa dan Negara.? Dimanakah tujuan saya. Dan adakah saya si D yang tiada tujuan dan sebab belajar ini bukan kerana PAKSA, MENERIMA atau MEMBERI..???


Dimanakah pilihan saya sendiri.? Dimanakah pilihan sahabat.? Yang mana satu kedudukan saya.? Apa sebab saya disini (sekolah, IPT dan mana pusat pengajian).? Cuba kita nilai kembali apa tujuan kita datang kesini. Matlamat kita di bumi ini sebagai Abid dan Khilafah. Adakah perlu kita asyik MENERIMA sahaja ataupun perlu diPAKSA untuk Sesuatu.? Dimanakah kedudukan nilai MEMBERI dalam kehidupan kita? Sama-samalah kita muhasabah diri kita kembali.

-NILAI MEMBERI PADA PELAJAR-

Read more...

Friday, August 28, 2009

Akidah Murni Tanpa Liberalisme -1

CABARAN ISLAM LIBERAL

Pada 20 ogos yang lalu saya berkesempatan untuk mengikuti satu seminar pemurniaan akidah 2009 yang bertajuk “Akidah Murni Tanpa liberalisme’ di Masjid Wilayah Persekutuan. Di dalam seminar ini membincangkan berkenaan bahaya Islam Liberal keatas Akidah umat Islam. Islam liberal telah tersebar secara meluas di Indonesia dan kini mula menuyusup masuk di Malaysia melalui pertubuhan NGO yang mendokong fahaman ini. Namun di Malaysia perjuangan mereka lebih kepada persamaan gender.



Sebelum kita pergi kepada cabaran eloklak kita cuba fahami secara ringkas makna Islam liberal Islam liberal ialah pemikiran yang berupaya me’liberal’kan umat islam dari ajaran yang disepakati oleh Ahlussunnah waljamaah. Akar kepada pemikiran Islam Liberal ialah falsafah modenisme dan pascamodenisme barat dan mereka ini juga cuba melawan Islam fundamentalisme dan kekhawattiran mereka tehadap militan Islam.

Cabaran terhadap aqidah dan keimanan


Gerakan ini cuba menyebarkan fahaman pluralism agama iaitu semua agama sama kerana semuanya menuju kepada tuhan walaupun pelbagai jalan berbeza. Secara umumnya mereka cuba memakna kafir itu bukan tidak beriman dan percaya kepada Allah tetapi orang yang tidak beragama dan memiliki agama. Mereka juga berpendapat walaupun pelbagai agama tetap menuju tuhan yang satu (falsafah perennial). Selain itu, bagi golongan ini mereka berpendapat bahawa semua agama adalah sama dan menuju jalan kebenaran. Secara tidak langsung umat semua agama akan masuk surga. Ahlul kitab bagi mereka ialah penganut semua agama yang memiliki kitab ini, menafikan fahaman Islam sebenar menyatakan ahli kitab hanya yahudi dan kristian.


Di Malaysia gerakan liberalism dalam kesamaan agama-agama dicadang dengan penubuhan InterFaith Commision (IFC) asal kepada Inter Religious Council (IRC) atau Majlis Suruhanjaya Antara Agama dimana kita boleh melihat memorandum yang telah kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001 yang jelas agenda utama mereka untuk menyamaratakan semua agama.



Cabaran terhadap kitab suci al-Quran

Pengasas jaringan Islam Liberal cuba mempersoalkan keyakinan umat Islam terhadap al-quran yang diterima sama dengan yang ada pada zaman rasulullah. Beliau pada zaman penulisan al-quran dalam keadaan yang kacau bilaudan tidak terlepas dengan pedebatan tipu daya dan rekacipta. Malahan di Malaysia ada yang mempersoalkan surah at-Taubah kenapa tiada basmalah, dan berpendapat surah ini telah tercemar.



Cabaran terhadap rasul

Mereka mempersoalkan keperibadian rasul, mempersoalkan perkahwinan rasulullah. Malahan mereka menyatakan baginda lebih kepada kepimpinan suku dari kepimpinan agama.



Cabaran terhadap iman kepada yang ghaib

Di Malaysia sendiri ada yang mengeluarkan kenyataan menolak adanya azab dan nikmat kubur walaupun berita tentangnya sabit dalam banyak hadis yang soheh.



Cabaran terhadap iman kepada Qadha dan Qadar

Seorang tokoh Islam Liberal menyatakan: “bagiku, rukun Iman itu tinggal lima, seperti disebut dalam al-Quran. Di dalam al-Quran tidak menyebut rukun Islam keenam iaitu Qadha dan Qadar”. Kenyataan ini menolak iman kepada Qadha dan qadar yang telah disepakati ulama ahlussunnah waljamaah berdasaarkan hadis sahih dan mutawatir.


Cabaran terhadap syariah

Mereka juga berpendapat hukum-hakam agama Islam mesti diubah supaya bersesuaian dengan perkembangan zaman. Maka lahirlah fiqh lintasan seperti membenarkan perkahwin non-Muslim dangan wanita muslim di bolehkan. Mereka juga menghalalkan homoseksual sehingga terbitnya buku “indahnya kawin sejenis’. Selain itu mereka juaga cuba merubah undang-undang keluarga Islam seperti contoh Ijab-kabul boleh dilakukan oleh isteri-suami atau sebaliknya suami isteri.



Bahaya terhadap agama

Demikianlah beberapa pemikiran Islam Liberal yang sangat membahaya, apatah lagi pemikiran mereka telah masuk kedalam institusi pendidikan Islam. Pemikiran mereka lebih cuba mempersoalkan autoriti ulama terdahulu, sedangkan ulama terdahalu merupakan wasilah untuk kita mencapai kepada syariah yang dibawa oleh baginda s.a.w. Justeru sahabat kita perlulah mempertingkatkan ilmu untuk menghadapi ancaman pemikiran seperti ini.



Rujukan

Adaptasi Perbentangan kertas kerja Us Haji Muhammad Arifin bin Ismail

Read more...

Saturday, August 15, 2009

Ahlan wasalam ya Ramadhan


KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP