Share it

Saturday, June 11, 2011

Menteri Mana Pilihan Anda?




Diceritakan oleh SYEIKH ALI SOLEH MUHAMMAD ALI JABER Guru Tahfiz Masjid al-Nabawi, tentang kisah tiga menteri dan seorang Raja. Pada suatu hari Raja memanggil tiga orang menteri tersebut, maka baginda memberi tiga karung guni. Berkata Raja, “Pergi panjat pokok dan memetik buah di pokok tersebut sehingga penuh guni masing-masing". Maka terpinga-pingalah ketiga-tiga menteri tersebut, kenapa seorang menteri diberi arahan sebegitu? Disebabkan arahan khilafah maka mereka pun melakukan apa yang disuruh.

Menteri A merupakan menteri yang jujur dan amanah, maka beliau pun bersungguh-sungguh panjat pokok buah tersebut dan mencari buah yang paling baik dan berkualiti dan memenuhi karung guni yang di beri oleh raja.

Menteri B merupakan menteri yang kadang-kadang amanah, kadang-kadang tidak, beliau beramanah mengikut situasi yang dihadapi, Imamnya tidak sekukuh menteri A. Maka dia panjat dan sampai separuh pokok , terfikir dia, “buat apa aku berusaha ambil yang elok-elok, cukup la sekadar mengutip buah yang jatuh di bawah, cukup sekadar penuh buah dengan karung guni sudah cukup’. Lalu menteri tu pun turun dan mengutip buah yang bercampur ada yang baik dan ada yang busuk.

Menteri C seorang yang sungguh tidak amanah, beliau hanya mementingkan diri sendiri. Beliau berfikir “ Buat apa aku susah-susah, akukan menteri ini bukan kerja aku, baik aku kutip batu je cukup, janji penuh karung guni nie, Lagi pun raja masa ada masa untuk melihat isi dalam karung ini’. Lalu beliau pun mengutip batu dan memenuhi karung guninya.

Sampai masanya, mereka bertiga menghadap raja. Benar-benar telahan Menteri C, raja tidak melihat karung guni tersebut. Namun Raja yang bijak mempunyai cara yang lebih bijak. Baginda mengarah pengawal memasukkan ketiga-tiga menteri ke dalam penjara. Dan mengarahkan makanan yang hanya boleh di makan, apa yang ada dalam karung mereka. Maka mereka menghadapi situasi berbeza:

Menteri A, sudah tertentu mempunyai bekalan mencukupi dan dapat menikmati buat yang lazat dan berkualiti.

Menteri B, terpaksa memilih buat yang baik, kadang terpaksa mengikat perut untuk mencukupi bekalan makanan.

Menteri C. Inna lillahi itu jawapan yang mampu diberi

Mari kita ambil pengajaran cerita ini dalam kehidupan kita, bayangkan Allah SWT telah mengarah kita supaya mengutip amalan dengan amanah dan bertujuan untuk mencari redhaNya, Watak menteri mana yang kita pilih, Menteri A, Menteri B atau Menteri C. Dan penjara itu seumpama Kubur. Di situlah tempat perhentian kita, tempat yang semua kena melalui. Di dalam suasana yang sempit dan gelap itu adakah amalan kita mampu membantu kita. Atau kita ini hanya menteri C sahaja. Mari kita renung dan ambil Pengajaran dari cerita ini.


Disesuaikan sebahagian Kuliah Maghrib SYEIKH ALI SOLEH MUHAMMAD ALI JABER (Guru Tahfiz Masjid al-Nabaw) pada 10 Rejab 1432H (11 Jun 2011) di Masjid Al-Hasanah

Read more...

Tuesday, May 3, 2011

Analisis LayarMinda : Terkorbannya Osama Bin Laden dan Keuntungan kepada Amerika


Gempar dan heboh seluruh dunia atas kematian Osama bin Laden yang Berjaya dimainkan oleh media atas terkorban orang no 1 yang dikehendaki oleh Amerika dan puak-puak. Walaupun sudah lama tidak menulis, namun isu ini hangat penulis untuk member sedikit pandangan. Mutakhir pelbagai isu timbul terutama di dalam Negara, jika ikut penulis banyak perkara hendaka kongsi namun kemalasan menulis mengatasi segala. Namun isu ini penulis cuba juga mengambil masa untuk menulis kerana tahu, isu ini boleh dikatakan isu terhangat diperlusuk media-media di dunia. Namun sebelum kita pergi jauh berita berkenaan kematian atau terkorban Osama bin Laden banyak timbul keraguan ini berdasarkan pengamatan penulis melalui bacaan di internet ialah:



Pertama, gambar yang tersebar di internet menunjukkan ia adalah salah satu teknik photoshop bukannya gambar sebenar. Maklumat lanjut boleh baca bersama di sini



Persoalan kedua kenapa mayatnya perlu dibuang di dalam laut. Malahan berita yang dinyatakan ada dua versi yang berbeza alasan yang diberi.Pertama “Kami tidak menemukan Negara yang mau menerima jasad Syaikh Osama, sehingga dibuatlah keputusan membenamkan di laut,”demikian yang dikeluarkan Time.com.Kedua “Kami ingin menghindari pendewaan tempat itu menjadi tempat suci,” kata pejabat kepada AFP,. Ini merupakan dua versi yang berbeza alasan yang cuba dinyatakan.Dalam Islam mayat Muslim perlu diberi penghormatan sebaik, alas an yang diberi lansung tidak munasabah. Malahan banyak ulamak dunia mempertikai apa yang dilakukan oleh Amerika ini.



Isu Ketiga, keraguan ditimbulkan oleh sebahagian umat Islam kenapa laman web yang menjadi rujukan tentang maklumat sebenar tentang mujahidin iaitu Syamikh.co.c ditutup. Laman web ini merupakan laman web terbesar pengganti website al-ikhlas yang pernah ditutup. Adakah Amerika cuba mengelak maklumat sebenar terdedah.



Keempat timbul keraguan, kebiasaannya Amerika akan memaparkan gambar bagaimana mujahidin dibunuh sebagaimana yang terjadi terhadap Syeikh Abu Mus’ab al-Zarqawi, gambar yang memperlihatkan syahidnya beliau di sebarkan, namun mengapa untuk Osama tidak? Begitu pun dengan Abu Umar al-Baghdadi.



Sebelum ini telah tersebar berita kematian Osama Bin laden 13 Disember 2001 akibat penyakit buah pinggang boleh rujuk antara yang ditulis di sini



Dan akhir sekali, kematian Osama ini jatuh tanggal 2 Mei 2005 iaitu di mana kematiannya bersamaan dengan tarikh kematian Hitler menurut sesetengah pendapat. Apakah maksudnya Amerika cuba sampaikan kepada dunia? Malahan tarikh sebelum itu, 1 Mei penuh dengan peristiwa yang menggambarkan peritiwa besar di dalam agenda mereka, boleh lihat di sini. Sekadar mengingatkan tarikh hari ini 3 Mei adalah tarikh kematian Sultan Muhammad Al-Fateh pada 3 Mei 1481, Sultan yang dinyatakan dalam hadis sebai-baik sultan, dan sultan yang mempunyai semangat juang dan jihad yang tinggi. Dan meruntuhkan kota konstitinople, blok dan kebanggaan Kristian.




Di atas penulis menyenaraikan beberapa kekeliruan dan keraguan atas maklumat yang disampaikan oleh Amerika atas kerjaya mereka. Benar atau tidak boleh sahabat-sahabat fikirkan sendiri. Namun kita selalu di ingatkan apabila datang sesuatu berita dari orang pasif perlu kita siasat itu kaedah Islam, Allah juga telah berfirman yang maksudnya :



Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan (Surah Al Hujuraat ayat)




Maka di sini, timbul pertanyaan jika berita ini tidak benar kenapa mereka cuba timbulkan isu ini, apa keuntungan yang mereka dapat? Di sini penulis cuba memberi pandangan berdasarkan pengamatan penulis dan maklumat yang penulis dapat. Mungkin ia tidak benar, ini sekadar pandangan sahaja.



Pada umumnya semua tahu Pemilihan Presiden Amerika 2012 nanti, dan jika kita lihat era pemerintah Obama banyak masalah timbul ekonomi Amerika yang tidak stabil dan beberapa masalah lain yang dilihat pemerintahan Obama ini amat lemah. Pemilihan presiden yang semakin dekat ini, menunjukkan bahawa Obama perlu ditukarkan kerana kelemahannya dalam mentadbir dan ia akan menguntungkan pihak lawannya. Jadi untuk meningkatkan popularitinya sesuatu tindakan harus dilakukan tindakan mewar-warkan terkorbannya Osama dilihat satu tindakan yang menguntungkan. Harus di ingatkan Pemilihan presiden Amerika pada 2008 Obama berjanji untuk membawa pulang pasukan AS dari Iraq dan meningkatkan upaya pencarian Osama di Afghanistan. Dan sekarang beliau dilihat Berjaya merealisasikan janjinya.



Satu perkara penulis kira ada kaitan ialah kebangkitan rakyat di negara-negara Arab khususnya di Mesir. Perlu kita lihat juga kerjayaan Revolusi di Mesir khususnya memberi kesan yang besar di dunia Arab. Walaupun sebelum ini kita lihat kerjayaan revolusi di Iran menaikkan semangat dan kebangkitan Islam namun kesan saya kira tidak sebesar yang akan timbul hasil kebangkitan di Mesir jika gerakkan Islam berjaya memian peranan sewajarnya. Iran penduduknya berbangsa Parsi dan ia berbeza dengan Negara Arab yang berbangsa Arab, jadi semangat revolusi itu tidak menular di Negara Arab kerana Arab kuat semangat kebangsaannya. Amerika melihat kebangkitan Rakyat ini satu masalah yang besar baginya, kerana kebangkitan rakyat ini menentang pemimpin yang cenderung kepada Amerika. Ini akan meruntuhkan hegemoninya di Negara-negara Arab. Ada pandangan menyatakan revolusi ini adalah agenda mereka (Amerika), namun penulis melihat jika benar pun, rancangan Amerika itu gagal, kerana tokoh yang lebih liberal (ada kemungkinan ini yang cuba ditonjokan Amerika) seperti al-Baradei tidak terlalu menonjol, ia tenggelam berbanding Syeikh Dr yusuf al-Qardawi yang lebih menonjol ini. Ini sangat membimbangkan Amerika dan sekutunya Israel kerana Dr yusuf al-Qardawi menggambarkan kebangkitan Ikhwan Muslimin di mesir, yang jelas, Ikhwan merupakan ancaman terbesar Israel.




Melalui bacaan penulis, penulis melihat mereka mencari alasan untung menyerang Pakistan seperti alasan digunakan untuk menyerang dan menjajah negara-negara lain seperti berlaku kepada Afghanistan dan Iraq. Dimanakah Abbottabad (tempat yang dikatan Osama terkorban)? Ia satu daerah terletak dalam daerah Hazara dalam wilayah Khyber Pakhtunkwa di Pakistan. Daerah ini terletak di lembah Orash, berada 50km dari timur laut Islamabad dan 150km dari Peshawar. Ia bukanlah kawasan terpencil dan merupakan kawasan peranginan terkenal pada musim panas disebabkan cuacanya yang nyaman kerana terletak di kawasan tanah tinggi. Kawasan ini merupakan juga penempatan ketenteraan kerana terletak berdekatan dengan wilayah Azad Kashmir yang menjadi pertikaian dengan India.




Sekarang kita tahu bandar manakah yang sebenarnya menjadi sasaran bagi mencetuskan peperangan di Pakistan itu sendiri. Tidak lain ialah Islamabad. Kalau dulu Osama dan al-Qaeda di gunakan sebagai alasan untuk menjajah Afghanistan, sekali lagi alasan yang sama di gunakan US untuk menjajah Pakistan. US sering mengembar-gemburkan bahawa kerajaan di Islamabad akan digulingkan oleh militan Islam yang ingin menegakkan kerajaan Islam yang boleh mengancam dunia dengan senjata nuklear. Agen-agen US sudah beberapa kali merancang untuk menjatuhkan Pakistan melalui perbalahan mazhab tetapi tidak mencapai kejayaan dan inilah usaha terdesak mereka bagi sebagai alasan untuk menjajah Pakistan



Malahan analisis Reuters pula menyebut pembunuhan Osama merupakan satu tamparan psikologi yang besar bagi rangkaian Al-Qaeda. Sebagaimana penyataan di atas, penulis sebelum ini pernah membaca artikel berkenaan keyakinan mereka (Amerika), bahawa pejuang Islam akan menguasai Pakistan tidak lama lagi, ini dapat kita lihat tentang ketidakmampuan Amerika dan konco-konco membendung kebangkitan Mujahidin di Pakistan, malahan di Afghanistan sendiri banyak kita lihat kejayaan Taliban menguasai Bandar-bandar, dan tahanan-tahanan Taliban berjaya melepaskan diri. Perkara ini sangat membimbangkan Amerika kerana Pakistan merupakan Negara Islam yang mempunyai Nuklear dianggarkan terdapat 100 unit nukelar di sana dan mungkin juga ada minyak disitu. Propaganda pembunuhan Osama ini juga, mungkin dilihat dapat melemahkan Mujahidin di Pakistan dan Afganisthan.



Meningkatkan lagi citra negatif terhadap kebangkitan Islam, penulis tertarik dengan pendapat menyatakan kematian yang kononnya 'osama laden' adalah suatu indikator yang penting kepada sejarah dunia order baru, dimana ia menunjukkan bahawa misi 9/11 (kemuncak Pax Americana) atau lebih tepat misi menjadikan Islam sebagai sasaran sudah berjaya selepas 10 tahun nama Osama Laden di jadikan kambing hitam untuk menyerang dunia Islam. Indikator ini menunjukkan bahawa misi Pax Americana telah dan hampir berjaya dan kini tiba sedikit masanya lagi kita menunggu ia akan beralih pula tangan kepada Israel (Pax Judaica) untuk melengkap misi agung The Anti-Christ (al-Masih).



Dan lagi satu yang harus penulis mengajak pembaca berfikir tentang kenyatan satu artikel mnjelaskan peranan al-Jazeeran. Artikel itu berpendapat al-jazeera lah punca kita semua mempercayai bahawa al-Qaeda dan Osama itu benar-benar wujud. al-Jazeera telah disahkan mempunyai hubungan sulit dengan kerajaan Amerika demi menjayakan propaganda perang anti-pengganas. Berita tentang kematian kononnya mayat Osama Laden hari ini hanyalah sandiwara AS dalam menjayakan misi berangkai (Britannica-Americana-Judaica), yang sebenarnya, kematian tersebut sebagai simbolik yang menandakan telah berakhirnya (telah berjaya) konspirasi 9/11 selepas dijayakan 10 tahun lalu dan AS sudah boleh menutup buku konspirasi tersebut kepada dunia. Apa yang berlaku hanyalah pembunuhan karektor Osama Bin Laden dan bukan jasadnya sebagai tanda tamatnya misi 'memerangi pengganas' dalam dunia Islam dan babak baru akan berlaku sedikit masa lagi. Persoalannya, tidakkah timbul perasaan ingin tahu dalam diri kita, bahawa segala berita-berita berkaitan Osama Laden hanya al-Jazeera-lah yang paling awal menyiarkan dan mendedahkan video footage atau rakaman percakapan beliau..? hairan...?



Selain itu juga, citra negatif ini dapat kita lihat sendiri dari penyataan pemimpin-pemimpin dunia kita lihat kata-kata pemimpin dunia dan tidak ketinggalan dunia Islam. (maaf dalam bahasa Indonesia penulis mengambil tanpa mengalih bahasa kepada bahsa Melayu). Sumber



Pejabat Departemen Luar Negeri Pakistan : Kematian bin Ladin adalah “kemunduran besar bagi organisasi ‘teroris’ di seluruh dunia”. “Operasi ini dilakukan oleh tentara AS dengan menyatakan kebijakan bahwa AS akan melakukan tindakan terhadap bin Ladin dimanapun ia ditemukan di seluruh dunia”.



Yousuf Riza Gilani, Perdana Menteri boneka Pakistan : “Kami tidak akan membiarkan daratan kami digunakan oleh negara lain untuk terorisme dan karena itu saya pikir ini kemenangan besar, kesuksesan dan saya mengucapkan selamat atas keberhasilan operasi ini.”


Hamid Karzai, Presiden boneka Afghanistan : Pembunuhan bin Ladin merupakan “berita penting”. Taliban harus belajar dari hal ini. Taliban harus menahan diri dari pertempuran.



Ehsanullah Ehsan, seorang Mujahid Pakistan : “Jika ia benar-benar syahid, kami akan membalaskan dendam dan melancarkan serangan melawan pemerintah Amerika dan Pakistan dan tentara keamanan mereka.


Ghassan Khatib, juru bicara Otoritas Palestina, Tepi Barat : Menyingkirkan bin Ladin merupakan awal yang baik bagi perdamaian di seluruh dunia tapi yang terpenting adalah untuk mengatasi wacana dan metode-metode kekerasan-yang diciptakan dan didorong oleh bin Ladin dan yang lainnya di dunia.



Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel : Ini adalah kemenangan gemilang bagi “keadilan, kebebasan dan nilai-nilai bersama oleh semua negara demokrastus” untuk berjuang bahu-membahu dalam penentuan melawan terorisme. Negara Israel bergabung bersama dalam kegembiraan rakyat Amerika setelah pembunuhan bin Ladin.



Saad Hariri, Perdana Menteri Lebanon : Sejarah nasionalisme dan Islam tidak akan pernah memaafkan bahawa orang yang memilih tanda hitam selama dua dekade, mengisi fikiran pemuda dengan ide-ide tentang terorisme, pembunuhan dan perosakan



Malahan tidak ketinggalan pemimpin di negara kita baca sini dan baca di sini. Namun penulis amat tertarik dengan kenyataan pemimpin sebuah negeri boleh baca di sini



Kesimpulan, penulis tidak dapat memastikan kesahihan berita terkorbannya Osman bin laden,, kerana beberapa penyataan yang penulis nyatakan di atas jelas menimbulkan keraguan bagi penulis, namun penulis ingin meminjam kata-kata TG Nik Abdul Aziz " Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti." Jelas bagi penulis dan pembacaan sekali, keterlibatan Amerika dan sekutunya Israel jelas, banyak membawa kerosakan kepada dunia, malahan merekalah pengganas sebenarnya. Tulisan ini bukan untuk mengiakan sikap radikal sesetengah gerakan kebangkitan Islam, namun penulis di sini cuba membuka minda kepada pembaca jangan mudah terpengaruh dengan propaganda oleh Amerika dan sekutu, untuk menanamkan citra negatif kepada Islam khususnya kepada gerakan kebangkitan. Dan penulis mengharapkan juga gerakan kebangkitan Islam perlu bersikap pertengahan jangan bersikap melampau supaya segala tindakan kita mendatangkan kebaikan kepada Islam, InsyaAllah



WaAllahualam

Read more...

Thursday, November 25, 2010

Hitam Putih - Muhasabah Bersama



Jangan bangga sangat dengan PAKAIAN YANG CANTIK DAN MAHAL, Kerana pakaian terakhir kita nanti adalah KAIN KAPAN

Jangan bangga dan action sangat dengan KENDERAAN YANG MEWAH, kerana kenderaan terakhir kita adalah VAN JENAZAH dan PAPAN KERANDA

jangan terallu seronok dengan tempat TIDUR YANG EMPUK, kerana tempat tidur terakhir kita adalah di LIANG LAHAD

Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki RUMAH MEWAH seperti istana, Kita kena ingat, rumah terakhit kita adalah KUBUR BERTIANG DUA,

Jangan terlalu megah dengan PANGKAT dan DARJAT, kerana bila sudah tiada nanti, kita dapat GELARAN AL-MARHUM.

Janganlah terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang KACAK atau CANTIK, kerana bilakita mati nanti, wajah itu berubah menjadi TENGKORAK

Dipetik dari Majalah solusi isu no 25

Read more...

Tuesday, October 19, 2010

Catatan Ustaz Ridhuan Mohd Nor : Pengalaman Menentang Hedonisme di Kampus

@ustaz ridhuan mohd nor

Sudah lama tidak menupdate blog ini. kemunculan ini pun bukan bermaksud untuk menulis sebarang catatan hanya sekadar kutipan dari blog sahabat Time to Chage, penkongsian Ustaz Ridhuan Mohd Nor, mengembalikan perjuangan menentang hedonisme di Kampus


ratusan konsert telah kita tentang,ratusan memo telah dihantar,ratusan sidang akhbar telah kita galang,ratusan ribu risalah telah kita edar,ratusan kali kita mengucur peluh dijalanan berlari diamuk keparat keamanan bertopi merah...MEREKA TETAP TIDAK PEDULI...MEREKA BUTA HATI...MEREKA MANGKUK...MEREKA bersurah "morality cannot be legislated"

apa lagi bahasa kita untuk mereka teman....hati kita tertusuk sembilu....berdada dgn Abdul Uzza versi moden,Umar bin Hisyam kontemporari...kadang kita lelah terhambat dgn tugasan kehidupan...ada mulut yang ingin kita suap....ayuh anak muda bersama DPPP untuk perubahan negara tercinta....selamatkan tanah leluhur ini dgn peringatan dari langit....

menentang hedonisme ada galur sejarahnya di watan kita...nanti kawan aku ceritakan padamu petualangan anak kampus menghambat maksiat dan mungkar....saat aku masih diselimuti "the young angry man"....M.Nasir dan ramai lagi mangsa anak kampus janggut sejemput....hari ini,kau lihatlah adik-adikku yang menjenamakan mereka sebagai GAMIS...aku kepingin melihat onar mereka...

"Allahu Akbar.....batalkan konsert....Allahu Akbar......hidup Islam....batalkan konsert.."

dengungan dan pekikan takbir dan slogan bersilih ganti...siswa dan siswi Islam semakin membesar jumlahnya di hadapan Foyer Perdana Siswa....malam itu yang saya lupa tarikhnya berlaku dalam tahun 1994....kami anak kampus UM yang bergabung dgn teman-teman dari UIA....masih meracik semangat....meruap dengan kebencian pada pihak berkuasa kampus yang membenarkan konsert M.Nasir....pihak keselamatan kampus menyuluh kamera untuk menggertak kami....pekikan takbir tidak pernah surut....kami tidak jera,jauh dari gentar.....kampus perlukan budaya ilmu,tempat mengasah intelektual....bukan sarang "sensate culture"....

"batal konsert....batal konsert..."

ratib kami beramai-ramai semakin menjadi-jadi pula....

TNC tercengat seperti Ketua Bahagian UMNO kalah pemilihan....masam mencuka...pegawai di kiri kanan menyedut rokok dalam-dalam....saya melantunkan doa wehdah,yang lain menyambut semangat,bulu roma menyerinding....teman dari UIA juga semakin galak....Azizi,Fuad,Allahyarham Engku Azri,Kamal Ali ,Ya dan ... (maaf saya terlupa nama lain)

kami memberikan masa kpd TNC untuk menghentikan konsert....

"apa perlunya konsert?"jerkah seorang pimpinan kampus pada TNC....
"kamu tak suka kamu balik...ada org yang suka"balas pengampu....
Booooooo..sorakan panjang anak-anak kampus....tanpa toleransi,malam itu kami nekad Perdana Siswa akan melakar sejarah....

akhirnya bantahan yang dramatik itu berakhir....M.Nasir dan artis lain dibawa keluar dari UM melalui pintu belakang....

"Allahu Akbar...bebas..bebas maksiat"laung kami beramai....riang seperti kerbau selepas mengawan....akhawwat menutup muka dgn purdah....konsert berjaya kami hentikan...

"student power!"jerit yang lain....ini sketsa anak kampus belasan tahun yang lepas....

potongan akhbar lama itu sangat nostalgik....terpandang saya gambar pimpinan kampus yang kini menjadi orang kuat UMNO Serdang,sebahagian besar aktivis dakwah kampus yang terakam gambar memilih menjadi "pemerhati" kepada arus gejolak dakwah...

Rosli "gemuk" yang kami tugaskan mengawal pondok Pak Guard kini seorang guru di Batu Pahat....dia bersiaga dengan mangga besi kelas A...

"Li, mu mangga pagar besar apabila nampak trak water cannon atau trak FRU"arah kami pd Rusli....dia mengganguk tolol....suruhlah apa sahaja,budak dari Setiu ini akan patuh....

Sketsa 1994 ini muncul diingatan saya apabila ruang maya ini disemangati oleh anak kampus tentang demo membantah konsert Adam Lambert.

"bukan baru dik...konsert Sudirman,Sheila Majid,juga bantahan terhadap artis luar negara...saya cabar kamu dik,buat bantahan,saya sudah merangkak umur...engkau lihat Ustaz Deris Ahmad, zamannya di kampus membantah Tina Turner"hasut saya pada teman kampus disamping geli hati melihat penampilan Ust Deris seperti 'kanak-kanak Ribena' (potongan rambut) semasa menghantar memo kepada Sabaruddin Chik....

aaaaaaah tidak cukup dengan nostalgia GAMIS...aaaaaaahhhh,jangan garang fi FB sahaja....

**********
Sketsa 2


1994,tapak padang UIA PJ

"jom kita kenduri malam ni" kata Zahir,anak muda asal kedah itu kepada kami....tatapan wajahnya kepada kami seolah panglima perang yang mengeluarkan arahan wajib....

"kat mana ek??" tanya yang lain dengan seribu keberahian....anak muda kail sejengkal ,tanah bukit akan kami galas....

"padang UIA....bantah konsert"tegas,kilatan matanya ada keterujaan seorang pimpinan "bawah tanah"....

"baik komrade!" bisik hati saya...

"kenduri lagi...tahun ini tahun membantah...tahun Ghazali Jaafar"

student power...penat Amir Ramadhan diserkap polis belum hilang lagi...

"buat persiapan...kita gi awal" kata Mat Yunus...

"nak buat sepanduk apa?" tanya Rusli dungu.

"tak payah,kawan-kawan UIA buat,Azizi uruskan" kata Zahir...

lambatnya mentari melabuhkan tirai,kami menunggu malam dengan membilang minit seperti menunggu untuk di akad nikah...

"pakai baju hijau (baju Tebal).."kata Hasan,merujuk baju yang dibeli pukal dari KB...

kami berkonvoi dari asrama APP....galak anak muda yang sarat dengan idealisme....langkah mayat kami untuk buat maksiat dikampus...

"Allahu Akbar" bersimpongan laungan takbir memulakan pacuan motor....hampir 50 org siswa UM, teman-teman di UIA sedang setia menunggu dalam salur darah,terasa listrik voltan kecil sedang mengalir...

dengan semangat yang membara jarak UM ke UIA PJ terasa sangat jauh....kami anak kampus sudah tidak sabar....di hadapan pintu masuk UIA,kerumunan warga UIA sangat jelas di Padang varsiti....kami memarkir motor bujang,bergerak perlahan-lahan sambil menelan air liur....

"gila universiti Islam mcm ni" bunyi suara Rosli...

"dah bila nak mula??"tanya Zahir kepada sahabat UIA....

"kami tunggu antum semua" jawab seorang teman....

kami merapat ke arah pentas yg sedang diamuk dendangan "lagu yg entah apa2".....

tiba-tiba meledak suara ratib yg melengking keras "lailahailallah..."

sambut menyambut semakin deras,disalut semangat dan kelompok kami anak muda kampus yang gila itu semakin membesar....

"batal...batal...batal konsert...." laung demonstran beramai2....seorg pimpinan pelajar naik ke atas pentas,merampas pembesar suara dari penyanyi yang terpana seadanya dengan bantahan ala kamikaze itu....suasana panik....ada penonton beranjak ketepi....tidak kurang mula menjauh...

Polis mula menyerbu pentas,artis bertempiaran dan kawan saya itu yang merampas mikrofon melompat ke bawah pentas....wajahnya tersembam ke kawasan becak ....wajah yang terpalit dengan lumuran becak hitam itu sangat menggelikan hati....takbir terus beriringan,slogan terus melantun ke langit malam padang UIA....

tiba-tiba tangan saya dikilas dari belakang,seorang polis beruniform biru gelap mengeluarkan gari....

"apa ni encik??" saya bertanya tanpa sedar...di bawah benderang cahaya malam itu juga tanpa sedar saya meloloskan diri....berlaku adegan kejar mengejar....engkau tahu kawan...engkau tahu...

saya memecut,berdesut dalam cahaya...

"ride the live" kata Metallica....
"run for your live" kata Kumpulan Loudness dengan raungan gitar Akira Takasaki..
serban merah dan ketayap saya mengghaibkan diri...tanpa sedar,saya dan beberapa teman sudah berada di luar pagar UIA PJ...tangkapan terus berlangsung...saya dan "banduan" lain yang terlepas berjalan keletihan ke pintu masuk UM...

"sapa kena tangkap Li??" tanya saya pada Rusli...
"ntah,macam ramai yang kena malam ni...baso menat...." seranah Seli...

aaaahhh kita anak kampus sudah bersedia dengan carut marut kehidupan dalam belantara puaka politik...

"the young angry man....dia ditakluk oleh pemberani" teringat Antonio Gramci,engkau kenal dia kawan...aaah kenal tak akan kenal...

"no woman no cry" kata Bob Marley.....itu katamu teman.....sosok lelaki hebat dibelakangnya seorang serikandi yang menopang seluruh aktivismenya...panji perlawanan juga diarak oleh muslimah mujahidah....tak selamanya perempuan bersenjatakan airmata....

Ayuh bina generasi Khaulah,Nusaibah,Asma',Fatimah,Khadijah!!!

kerana aku lelaki yang bingung membaca paparan sedu sedan di ruang maya ini....

"heii,apa yg kau tangiskan kawan...dunia tak akan berakhir dgn kegagalan cinta..."

sapu air matamu,turun ke jalanan membantah konsert "selera murahan" bersama rijjal-rijjal dakwah, namun masih dengan santun dan tertib pesonamu...

biar lelahmu diganjari pahala....murnikan niat dan wasilahmu bertepatan dengan Syarak....malam ini aku tutup dengan sebait doa buat mu teman....jgn lupa esok di Dataran itu sketsa 1994...

konsert di padang UIA itu terbatal dengan protes ala kamikaze....sah,besok akan menjadi tajuk berita dan akan disensasikan oleh media....anak-anak kampus UM tanpa perlu menunggu arahan berhimpun di Kedai Pak Amjal....engkau tahu teman,Pak Cik Amjal,sosok pejuang veteran itu paling rapat dengan aktivis pelajar dan pemuda...

kami berhimpun merayakan madu kehidupan seorang anak kampus,mencabar sistem....tiada istilah gentar dan takut....kerana dunia berubah kerana anak muda....pelajar-pelajar Universiti Peking seperti Li Ta Chao,Chen Tu Shui,Mao Tse Tung merakam di langit sejarah Peristiwa 4 Mei 1919.

Antonio Gramci,aktivis pelajar Universiti Turin memulakan gerakannya di kampus....

sah,keesokan kampus gempar....HEP tidak mengambil masa yang lama untuk menghukum pelajar yang terlibat dengan bukti daripada rakaman video polis dan rakaman RTM....beberapa orang aktivis disabit kesalahan....ada yang tidak dibenarkan mengambil skrol pada Hari Graduasi 1995, ada yg diberi amaran keras....

"mengapa kamu berdemo??" tanya pegawai HEP....luga...

"sebab aku berdemo,kerana aku MUSLIM" jawab seorang aktivis dengan bangga....ya kawan, engkau tahu anak kampus yang menjatuhkan Shah Iran dalam Revolusi Black Friday di Teheran, anak kampus yang mula bangkit mengobar panji Jihad di Afghanistan pada tahun 1979....Reformasi Indonesia marak dengan terbunuh 3 pelajar Universiti Trisakti pada 1998....

adik,kuceritakan pada mu ini,bukan ingin menayang kisah-kisah heroik zaman kami...bukan...aku ingin sampaikan padamu,jangan berdalih dengan AUKU dan seribu alasan yg dipersembah...

"bangkit dan melawan kemaksiatan" kerana yang ramai terjerumus ialah insan yg profil umur sepertimu....saya sudah tua untuk aktiviti memeriahkan jalan....ingat,

"dunia berubah kerana anak muda"

jerkahlah penguasa kampus saat kamu masih muda,berlarilah saat dikejar keparat keamanan bertopi merah,bersimbahlah dengan gas pemedih mata kerana ia akan menjadi kenangan paling manis 20 tahun akan datang...nah aku mencabarmu dik!!!

lihatlah dik....kerakusan kuasa,kolusi,hegemoni yang berlaku....mengapa dadamu sedingin ais....seperti ais kepal yang aku lahapi di bangku sekolah rendah....engkau mampu bertenang melihat koruptor silih berganti membohongi anak watan,berlabun bahawa ekonomi mencuat naik sedangkan FDI di tangga paling corot....

mana ilmu mu? atau engkau berdarah reptilia??

Dik,saat ruang engkau di kampus,berlarilah....biar tercungap lelah mengisi program....biar gas pemedih mata itu menjadi sajian hujung minggumu.....tidak cukup dengan engkau menggegar podium "mahasiswa adalah agen perubahan,check and balance" dan ribuan kata-kata muluk penyendal gegendang telinga....engkau tahu dik,aku benci pada orator kampus...mereka paling berpotensi berpaling tumit....

engkau boleh memilih mimpi apa....jalur hitam atau putih....malam ini konsert "selera murahan" itu, yang mencegah diganjar pahala....dan yang memilih untuk berhiruk pikik,banyak mana anak dara kita yang akan direnggus maruah di bilik hotel bajet....ramai mana pula anak teruna yang tertumpah nutfah merata-rata...engkau fikirkanlah teman-teman....

____________________

nota TTC:artikel ini adalah catatan penuh Ustaz Ridhuan Mohd Nor yang diambil dari status FB beliau yang mengisahkan tentang pengalaman dan jerit perih beliau dan rakan-rakan di saat berjuang menentang arus dan pembudayaan hedonisme satu ketika di kampus UM dahulu....tujuan utama aku menyiarkan artikel ini adalah untuk peringatan khas kepada diri aku dan rakan-rakan yang akan menerajui Program Intelek Gobalisasi 1M (INTEG) UKM tidak lama lagi...buat peneraju Karnival Islam INTEG iaitu Roslina,Rosilina,Faieza dan kesemua penyelaras program,beringatlah....jangan kita jadikan Karnival Islam itu dinodai dengan najis-najis hedonisme sebagaimana program-program lain yang berlansung di UKM....

yaa,aku cukup terasa dengan semangat yang diceritakan dalam artikel ini sementelah aku adalah orang yang bertanggungjawab membawa masuk teater muzikal dan konsert islami sebagai salah sebuah program utama Karnival Islam INTEG kelak....cukup bimbang jikalau aku dan rakan-rakan Majlis Tertinggi Karnival Islam gagal dalam menangani pembudayaan hedonisme dalam pelaksanaan program-program ini nanti....pohonku pada Tuhan agar diberi kekuatan kepada kami yang serba lemah ini agar segala program yang dirancang itu mampu memberi kredit kepada tersebarnya dakwah Islam ke seluruh perbukitan ilmu UKM terutamanya dan bukannya menjadi asbab kepada berleluasanya dosa kepada masyarakat UKM.....

ameenn....

Read more...

Wednesday, September 8, 2010

Taqabbalullah Minna Waminka



Ramadhan hampir meninggalkan kita, maka syawal akan menjelma, diantara kesedihan meninggalkan Ramadhan dan keghairahan menyambut aidilfitri. kedua perasaan yang akan di hadapi orang yang benar-benar mengharapkan rahmat dan magfirah dari Tuhannya. Namun bagi segelitir kita kegembiraan menjelmanya syawal tidak diiringi kesedihan meninggalkan ramadhan. Islam meletakkan raya aidilfitri sebagai perayaan bagi umat islam, banyak hikmah yang tersembunyi di situ. Sebagai orang yang menunju kepada taqwa jadikan aidilfitri ini dipenuhi dengan ketakwaan kepada Allah, bertahmid, menziarahi sanak saudara , bersedekah dan lain-lain.

Amalan sunat

Di sini penulis berkongsi beberapa perkara yang menjadi panduan untuk kita semasa menyambut kedatanganan syawal. Penkongsian ini penulis nukilkan dari penulisan dari sahabat-sahabat yang lain:

umat Islam adalah amat digalakkan untuk: -
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.
2) Menjamah makanan sebelum kelua dari rumah.
3) Memperbanyakkan Takbir.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.
5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)
7) Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

Perutusan

Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :


Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

Akhir kalam saya inigin mengucapakan Salam eid mubarak .Minal 'aid wal faidzin, kullu 'am wa antum alfun bikhair!.. asif jiddan @ mohon maaf kepada semua atas segala silap dan salah" taqabbalullah minna waminka (semoga Allah menerima amalan kami dan amalan mu) kepada semua yang mengenali diri ini di Gamis, PMFPI dan mana-mana tempat. Sahabat-sahabat di blog, facebook, nasyid fm, twitter, millatfacebook, frenster, yahoo massegger dan seluruh sahabat online. Moga amalan kita diterima dan dijauhi oleh api neraka.



Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP