There was an error in this gadget

Friday, April 30, 2010

Lima Penawar hati



Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :

1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya

2) Mengosongkan perut

3) Bangun bersolat malam

4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur

5) Duduk di majlis orang-orang soleh.



Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.

Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.

Saya pernah melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya dia membazir. Kedua-duanya perangai syaitan.

Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab mau kencing, atau kerana anak menangis, atau kerana mau tonton Euro, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat.

Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.

Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.

******

Antara amalan-amalan lain yang boleh kita lakukan untuk membersihkan hati ialah dengan :

-Banyak mengingati Allah dengan berzikir.
-Memperbanyakan solat-solat sunat terutamanya solat taubat.
-Berdoa kepada Allah supaya hati bersih.
-Redha dengan ketentuan Ilahi. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.
-Jaga makanan supaya hanya bersumber dari rezeki yang halal, elakkan makan makanan yang syubhah.

*******

Anda mahu menjadikan hati tenang dari resah gelisah, 5 perkara ini adalah penawarnya.


Firman Allah : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”.

Read more...

Friday, April 23, 2010

BERIMAN DENGAN PERKARA GHAIB DAN KEPERLUANNYA


Takrif Ghaib:



a) Bahasa: Apa yang ghaib daripada manusia dan apa yang tidak boleh dicapai oleh pancaindera. Dikatakan hilang atau terlindung sesuatu apabila terlindung.



b) Istilah: Apa yang ada dalam ilmu Allah dan tiada seorang pun yang dapat melihatnya kecuali yang Tuhan redha daripada pesuruhNya (para rasulNya)



Mafhum iman dengan perkara ghaib:


Maksudnya: Beriman secara pasti/yakin dengan setiap apa yang diceritakan Allah dan Rasul tanpa syak.



Apa yang terkandung dalam iman kepada perkara ghaib:



· Beriman dengan rukun iman yang enam seperti hari kebangkitan, syurga, neraka, hisab, mizan, sirat, roh, malaikat, jin, syaitan dan lain-lain.



Keperluan beriman dengan perkara ghaib:



Merupakan khususi kepada kemanusiaan yang membezakan kita yang berakal dengan orang yang tidak berakal dan untuk menguji keimanan kepada Allah.



1. Supaya ia memperluaskan hudud manusia, supaya kita boleh mencapai perkara ghaib (dosa atau pahala).


2. Supaya membebaskan pemikiran manusia daripada sibuk terhadap perkara yang hanya boleh dicapai oleh akal.


3. Menjuruskan semua usaha pemikiran untuk mengkaji sunnatullah atau berfikir tentang alam dan apa yang berada di luar alam supaya kita boleh ambil manfaat daripadanya.



Akal dan Ghaib:



· Semua usaha untuk mengetahui hakikat ghaib dengan menggunakan akal adalah suatu yang sia-sia dan merugikan kerana kuasa akal tidak diciptakan untuk berfikir tentang masalah tersebut. Justeru itu, hanya beriman adanya perkara ghaib tersebut sahaja. Mustahil akal manusia yang sempurna mengetahui tentang perkara tersebut dan wajib ke atasnya menerima sahaja apa yang disampaikan oleh Allah dan Rasul.


· Peranan akal hanya jelas untuk memahami apa yang disampaikan oleh Allah. Dan tiada baginya yang pasti menghukum sesuatu sama ada betul atau tidak melainkan setelah disampaikan oleh Rasul daripada Allah. Kalau tiada asas dari ilmu, maka tidak boleh.



Kesan beriman dengan perkara ghaib pada jiwa mukmin dan tindak balasnya(sikapnya)



§ Terdapat banyak kesan positif dalam kehidupan kita apabila beriman dengan perkara ghaib antaranya ialah:



1. Memberi makna positif dalam kehidupan dan keperluan untuk hidup di kalangan manusia dalam keadaan aman dan sejahtera.



2. Membangkitkan atau mengembangkan perasaan bahawa manusia satu sahaja agamanya, rasulnya dan Tuhannya.



3. Dapat menjauhkan daripada sikap taassub yang menentang agama-agama lain.



4. Mengikat manusia dengan kesudahan dan ganjaran yang menunggunya dan mengetahui tujuan daripada kewujudannya sendiri (beriman dengan hari akhirat).



5. Merasa bahawa kehidupan yang sebenar adalah di akhirat dan kehidupan di dunia ialah satu kawasan/titik dan ia hanyalah satu laluan untuk sampai ke akhirat.



6. Dapat membangkitkan rasa ketaqwaan pada jiwa bahawa kita diperhatikan oleh Allah.



7. Dapat mendidik keperibadian seimbang yang mampu membentuk jiwa dan masyarakat kita.



8. Beriman dengan perkara ghaib sebagai penjaga supaya tidak terjatuh dalam perkara syirik, khurafat, sihir dan dajal.



9. Dapat memberi kesan kepada kehidupan dengan kesan yang amat besar, dan boleh diwarisi dalam jiwa sama ada akan terima atau tolak, dari kegelapan kepada cahaya dan istiqamah serta lain-lain lagi.



10. Menyelamatkan hati daripada penyakitnya seperti kedekut, khianat, kehidupan kucar-kacir dan tipu.


11. Merupakan sebesar-besar faktor untuk merasakan wara’, taqwa dan sebaik-baik tarbiah.



Kesimpulan:



· Sesungguhnya, manusia berdiri di hadapan penutup ilmu yang menutup, yang tidak boleh menembusi dengan ilmunya dan tidak boleh menyingkap kepada apa yang Allah singkapkan.




Sumber ; nota kajian rohaniyyat samiyyat diterj oleh sahabat

Read more...

Tuesday, April 20, 2010

Tanda-tanda kecil kiamat




Daripada hakikat-hakikat yang telah diputuskan dalam agama kita sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang tiada keraguan lagi padanya. Adapaun ilmu tentang waktu berlakunya adalah di dalam ilmu Allah SWT. Sebagaimana Firman Allah SWT:



¨bÎ) ©!$# ¼çnyYÏã ãNù=Ïæ Ïptã$¡¡9$# ÇÌÍÈ [1]


Maksudnya:


Sesungguhnya di sisi Allah SWT pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat.


Dan ditanya Rasulullah saw tentang waktu berlakunya kiamat maka baginda bersabda:

Maksudnya:


“Tidakkah yang bertanya itu lebih tahu daripada yang kena tanya itu?” ( Riwayat Bukhari dan Muslim)





Tanda-tanda kiamat kecil




1. Terbelahnya bulan pada zaman Rasulullah saw ( Tanda yang telah muncul dan tidak akan kembali lagi )


Firman Allah SWT:


ÏMt/uŽtIø%$# èptã$¡¡9$# ¨,t±S$#ur ãyJs)ø9$# ÇÊÈ [1]


Maksudnya:


Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.




2. Kewafatan Nabi Muhammad saw ( Telah muncul dan tidak akan kembali )



Daripada Auf bin Malik telah berkata: Aku telah mendatangi Rasulullah saw dalam peperangan Tabuk dan baginda saw berada di dalam khemah yang dibuat daripada kulit yang disamak, lalu baginda bersabda: Bilanglah 6 perkara sebelum berlakunya kiamat: kewafatanku, kemudian pembukaan ( pembebasan Bait al-Maqdis ), Kemudian kematian yang akan menimpa kamu sepertimana yang menimpa kambing( mati dengan mudah diserang penyakit ), harta yang melimpah ruah sehinggakan seorang lelaki diberikan seratus dinar maka dia masih marah dan tidak menyukai, Kemudian akan berlaku fitnah yang tidak akan kekal satu rumah pun daripada rumah-rumah arab kecuali akan dia masuki( semua rumah akan dimasuki ), kemudian akan berlaku perjanjian di antara kamu dan Bani Asfar (Rom) dan mereka akan datang dibawah 80 puluh bendera, satu bendera seramai 12000 tentera.( Riwayat Bukhari)


· Dan Bait al-Maqdis telah dibuka pada zaman khalifah Umar al-Khatab.






3. Muncul golongan yang mendakwa sebagai Nabi


Tidak berlakunya kiamat sehingga diutuskan dajjal yang mendusta hampir 30 orang, semuanya mendakwa bahawa mereka adalah Rasulullah. ( Riwayat Muslim )



Muncul golongan seperti ini pada zaman Nabi saw (zaman awal) antaranya ialah Musailamah al-Kazzab, Sujjah iaitu perempuan yang mendakwa dirinya sebagai nabi kemudian dia bertaubat dan masuk Islam, Thulaihah bin Khuwailid al-Asadi juga masuk Islam,





4. Mensia-siakan amanah dengan menyandarkan pekerjaan kepada yang bukan ahlinya.



“Apabila disandarkan amanah maka tunggulah akan datang hari kiamat. Dia berkata: Bagaimana disandarkannya wahai Rasul saw? Baginda bersabda: Apabila disandarkan pekerjaan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan kiamat”. ( Riwayat Bukhari )





5. Munculnya perempuan yang tidak menutup aurat


“Daripada Abu Hurairah telah berkata: telah bersabda Rasul saw : Ada 2 golongan daripada ahli neraka yang aku tidak sempat lihat. Kaum yang bersama mereka itu cemati seperti ekor lembu, mereka memukul manusia dengan menggunakan cemati tersebut,dan perempuan yang memakai pakaian tetapi berbogel dan mengajak manusia meniru gaya mereka dan perempuan yang bergaya ketika berjalan, kepala-kepala mereka seperti bonggol unta, golongan-golongan ini mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan bau syurga sedangkan bau syurga ini boleh dihidu dari jarak yang jauh.( Riwayat Muslim )


( Tidak menutup aurat ) iaitu Mereka yang memakai baju yang tidak menutup aurat keseluruhan tubuh badannya, atau nipis yang boleh menampakkan dibawahnya, atau sempit yang boleh melambangkan bentuk tubuh badannya.”





6.Munculnya alat-alat muzik dan menghalalkannya


“Daripada Abi Malik al-Asy’ari telah berkata: Aku mendengar Rasul saw bersabda: Akan berlaku pada umatku satu kaum yang menghalalkan sutera, berlaku zina, arak, dan alat-alat muzik”. ( Riwayat Bukhari )


Telah berlaku pada zaman ini gambaran yang hidup dan boleh lihat benar apa yang diceritakan oleh Rasul saw, bukan sahaja mereka menghalalkan mainan muzik itu bahkan mengagungkan kedudukannya sehingga jadilah penyanyi/artis dikalangan manusia menjadi idola dan tinggi kedudukannya lebih tinggi daripada pendakwah dan orang yang soleh, maka layaklah zaman sekarang ini digelar sebagai zaman nyanyian.




6. Tanah Arab kembali menjadi padang-padang ternakan dan juga sungai-sungai( dulu padang pasir)


Daripada Abi Hurairah Sesungguhnya Rasul saw telah bersabda: Tidak berlaku kiamat sehingga kembali tanah Arab menjadi padang-padang ternakan dan sungai-sungai. ( Riwayat Muslim )


· Ulama’ geologi sudah mengetahui bahawa perkara ini akan dilakukan.





7. Ketinggian orang yang melakukan kerosakan di atas muka bumi dan mereka menguasai pentadbiran-pentadbiran negara



Rasul saw telah bersabda: Sesungguhnya akan datang kepada manusia zaman yang berlakunya tipu daya, membenarkan orang yang mendusta, mendustakan orang yang bercakap benar, diberi amanah kepada orang yang khianat,mengkhianati orang yang beramanah, dan bercakap pada ketika itu ruwaidhah. Apa yang dimaksudkan dengan ruwidhah? Baginda bersabda: orang yang bodoh tetapi bercakap pada orang ramai. (Riwayat Ahmad)



· Sebahagian daripada tanda-tanda kecil kiamat yang berlaku sekarang ini yang dikhabarkan oleh Nabi saw kepada kita berlaku dengan sebenar-benarnya tetapi semua kegelapan janganlah mendorong kita berputus asa bahkan semoga setiap kali timbulnya tanda-tanda kiamat yang lebih besar maka ia akan menambahkan lagi keimanan dan keyakinan kita kepada Allah SWT.




[1] Al-Quran, al-Qamar 54:1

[1] Al-Quran Luqman 31:34

Read more...

Tanda-tanda besat kiamat

Sepuluh Tanda-tanda Kiamat yang Besar

Ertinya :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)
Keterangan
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya".

Read more...

Thursday, April 8, 2010

Negaraku dan protokol Yahudi


Negaraku dan pengaruh Yahudi

Hujan diwaktu petang, hendak keluar pun tidak boleh, hendak baca lagi la malas. Apa yang boleh penulis buat ialah mencoret sesuatu. Isu yang hangat di perkatakan di Media, ialah isu kaitan Yahudi zionis dengan pertadbiran Negara. Jika dilihat isu ini telah lama, bagi penulis isu ini mula hangat diperkatakan ialah apabila ketua pembankang Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan ejen Yahudi. Dimana media yang tidak sefahaman dengan beliau mendedahkan cuba mendedahkan satu persatu kaitan, antanya kaitan beliau dengan institut brooking, National Endowment for Democracy atau ringkasnya NED dan beberapa pertubuhan lain.


Isu ini terus dihangat lagi apabila Anwar Ibrahim mendedahkan kaitan pertadbiran Negara dengan pengaruh sebuah Firma Konsultan Antarabangsa [APCO Worldwide] . Isu ini pernah di bawah oleh dewan permuda PAS melalui unit kajian dan maklum balas isu semasa pada Julai 2009. Malahan isu ini dikaitkan dengan gagasan 1 Malaysia, ini boleh dikatakan melibatkan maruah Negara. Jika dilihat dalam isu Anwar, boleh dikatakan Anwar bermain dengan nyawa apabila mendedahkan perkaitan zionis di Malaysia. Bukan sahaja beliau bermusuh dengan UMNO-BN tapi dengan zionis yang dikatakan dimana-mana ada gerakan mereka, malahan setiap isu melibatkan mereka terus disampaikan kepada pemimpin mereka. Menurut pendedahan beliau lagi, didalam PDRM pun terdapat perisik Yahudi. Timbul satu persoalan jika semata-mata kepentingan diri, tidak akan mereka sanggup mendedahkan isu yang membahayakan diri mereka sendiri. Lihatlah apa yang berlaku kepada meraka yang menentang zionis, John F kennedy, Micheal Jackson, pemimpin-pemimpin HAMAS dan ramai lagi?


Realiti peranan kita

Penulis mengamati isu ini, jika benar apa yang diperkatakan tidak kira pihak mana, ini merupakan situasi yang bahaya bagi Negara kita. Tambahan isu yang dinyatakan melibatkan kepentingan dan keselamatan Negara, Penulis tidaklah hendak menganalisis lebih lanjut isu ini, Cuma ingin mengajak sahabat mengambil tahu isu semasa ini. Ini kerana jelas didalam al-Quran. Allah berfirman :

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Al-Baqarah: 120)

Jelas ayat diatas mereka ini, mempunyai agenda dan perancangan supaya kita mengikut mereka jika tidak mereka akan cuba melenyapkan kita. Penulis berpendapat sebelum kita meneliti dengan lebih lanjut pergerakan meraka, marilah kita meneliti dan mengetahui 24 protokol yahudi. Penulis berpendangan Protokol ini, menjadi garis panduan mereka, berikut penerangan tentang Protokol Yahudi:


PROTOKOL-PROTOKOL ZIONIS YAHUDI (klik)

Protokol Yahudi telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apaila seorang wanita perancis telah mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir muktamar rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Di dalam naskhah asalnya tidak digunakan kalimah “Yahudi” kecuali di dalam dua tempat sahaja. Ianya hanya menggunakan perkataan “Kita” dan “Orang bukan Yahudi”. Protokol-protokol ini telah
diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”

Protokol Pertama
Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat, dialah berhak, kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak dengan kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah, mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat menghalalkan cara. Minuman keras haruslah digunakan untuk mencapai tujuan itu.

Protokol Kedua
Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.

Protokol Ketiga
Yahudi akan menjadikan negara bukan Yahudi, sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru hara, seterusnya menybabkan kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa masuk ke ‘pasukan kita' iaitu Sosialis, komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa bukan Yahudi. Dalam alam fikiran Yahudi, wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan itu (bukan bangsa Yahudi) akan tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itulah senang bagi Yahudi memperhambakan mereka.
Protokol Keempat
Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialihkan ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan soal-soal musuh mereka. Akhirnya segala kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi.

Protokol Kelima
Sekiranya ada di kalangan orang bukan Yahudi cuba mengatasi bangsa Yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka bangsa Yahudi mestilah menyekat mereka dengan cara menimbulkan pelbagai bentuk perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka. Kesannya, mereka mengambil keputusa untuk tidak mencampuri permasalahan tersebut kerana ianya hanya difahami oleh orang-orang yang memimpin rakyat sahaja.

Protokol Keenam
Untuk memusnahkan perusahaan bangsa bukan Yahudi, ialah dengan cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat membuat kejahatan dan meminum minuman keras di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan orang orang terpelajar dari kalangan bangsa bukan Yahudi. Semua bangsa bukan Yahudi mestilah dipastikan menduduki mertabat kaum buruh yang melarat.

Protokol Ketujuh
Orang-orang Yahudi wajib menabur fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa Yahudi, maka wajiblah orang Yahudi menyambutnya dengan peperangan secara total di seluruh dunia.

Protokol Kelapan
Pemerintah Yahudi akan dikelilingi oleh segolongan besar ahli-ahli ekonomi dan orang Yahudi sendiri akan dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan.

Protokol Kesembilan
Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Y ahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.

Protokol Kesepuluh
Yahudi akan membawa masuk racun ‘Liberalisma' ke dalam negara-negara yang bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen yahudi dalam melaksanakan rancangan rancangan Yahudi.

Protokol Kesebelas
Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka, Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bertebaran ke atas muka bumi ini sebagai satu rahmat. Berada di perantaua n atau negara asing yang nampak sebagai kelemahan, sebenarnya mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuatan di seluruh dunia.

Protokol Kedua belas
Yahudi akan mengubah pengertian tentang kebebasan atau kemerdekaan dengan mentafsirkan istilah itu sebagai mengamalkan apa-apa yang diperkenalkan atau dibenarkan oleh undang-undang sahaja. Kalau bangsa bukan Yahudi diberi permit menerbitkan sepuluh akhbaratau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Perkara ini amat penting kerana ia adalah alat untuk mengubah fikiran rakyat.
Protokol Ketiga belas
Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bukan bangsa Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bangsa bukan Yahudi kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalih perhatian orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

Protokol Keempat belas
Para filosuf Yunani mestilah membincangkan kekurangan-kekurangan serta mendedahkan keburukan agama-agama lain. Para penulis Yahudi harus menonjolkan tulisan-tulisan grafi iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji.

Protokol Kelima belas
Apabila mendapat kekuasaan, bangsa Yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Setiap pertubuhan yang merancang untuk menentangnya mestilah dihukum dan ahli-ahlinya dibuang negeri. Oleh itu, mesti didirikan sebanyak-banyaknya ‘FREMASONIC LODGE' iaitu tempat-tempat pertemuan rahsia orang orang Yahudi.

Protokol Keenam belas
Yahudi akan mendirikan universiti mengikut rancangan yang begitu tersusun. Pensyarah-pensyarah akan mendidik dan membentuk para pemuda supaya menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa (Yahudi). Bagaimanapun, ajaran-ajaran mengenai undang-undang negeri dan politik tidak akan diajar kecuali beberapa orang sahaja yang dipilih kerana kebolehan mereka.

Protokol Ketujuh belas
Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Guaman akan melahirkan orang-orang kejam, tidak berperikemanusiaan dan mempunyai tabiat buruk untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya, walaupun terpaksa menghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat.

Protokol Kelapan belas
The Kings of Jews akan dikawal oleh pengawal pengawal rahsia, kerana orang-orang yahudi tidak akan membuka pinti kepada kemungkinan adanya perancangan untuk menentang kegiatan Yahudi

Protokol Kesembilan belas
Bangsa Yahudi akan membicarakan orang orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang mencuri, membunuh dan kesalahan-kesalahan yang lain. Orang ramai akan memandang kesalahan politik itu sebagai satu kesalahan yang hina dan timbul rasa benci kepada mereka yang melakukannya.

Protokol Kedua puluh
Bank Antarabangsa Yahudi akan memberi pinjaman kepada bangsa bukan Yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian, akan menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi orang bukan Yahudi akan lumpuh secara outomatik kesan pertambahan hutang tersebut.

Protokol Kedua puluh Satu
Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.

Protokol Kedua puluh dua
Untuk sampai ketujuan yang baik iaitu kekuasaan Yahudi yang berkuasa penuh dalam rangka meletakkan dunia dalam pemerintahannya, kadang-kadang kekerasan akan digunakan. Di tangan Yahudilah terletaknya pusat kekuasaan yang paling besar.

Protokol Kedua puluh tiga
Orang Yahudi wajib melatih seluruh umat manusia dalam meningkatkan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia kepada arahan Yahudi.

Protokol Kedua puluh empat
Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin kita (Yahudi).


bacalah dgn tenang dan fikir2 kanlah..

Sekadar pandangan dari penulis, kita sedia maklum penguasai yahudi dalam sektor-sektor penting di dunia. Setiap pertubuhan yang penting dan mampu mencorak dunia pastinya dibelakangnya terdiri daraipada gerakan zionis juga dukenali freemason atau illumuniti. Di Malaysia bagaimana? adakah kita juga terpengaruh? adakah kepentingan Negara juga dipenjara mereka? kita tahu setiap pengerakkan Negara kita pasti tidak terlepas padang dari pandangan mereka. Sistem komunikasi dan kuasa media di Malaysia, yakinkah kita terlepas dari gerakan ini. Bagi penulis instinc kuat membuat hipotesis bahaya sistem komunikasi tidak terlepas dari gerakan ini, terutama laman web generasi 2.0 yang berkembang sangat cepat di Malaysia, malahan penulis sendiri mengunakannya. Cuma diperingkat pembaca walaupun kita menyatakan ada kebaikan terhadap pengunaan medium ini, namun kita perlu berhati-hati, jangan mudah menyatakan maklumat peribadi kita di medium ini.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP