Cara menyambung blog dengan facebook
Setelah menggunakan cara ini, saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat yang mempunyai facebook cara bagaimana untuk menyambungkan blogspot sahabat-sahabat dengan facebook. Dengan ertikata lain, sahabt-sahabat tidak perlu menulis di facebook cukup sekadar menulis didalam blogspot sahabat-sahabat.
Tertarik ? ingin tahu lebih lanjut, sila baca keterangan selanjutnya.
Ikuti cara yang ditunjukkan ini, maaf, facebook saya didalam Bahasa Melayu jadi jika facebook sahabat-sahabat didalam bahasa lain mungkin sahabat-sahabat perlu cuba memahaminya.
1. Pergi ke Akaun dan pilih "Tetapan Aplikasi"
2. Setelah itu cari "Nota" dan klik
3. Lihat kepada "Tetapan Nota" dan ada satu link "Import blog" klik link tersebut
4. Langkah terakhir ialah memasukkan alamat feed blog anda didalam kotak "RRL Web" contohhttp://inibloganda.blogspo
Setelah anda selesai facebook anda akan dikemaskinikan secara automatik setiap kali anda menulis diblog. Tempoh masa untuk update ke facebook mungkin mengambil masa antara 24-48 jam, jadi ianya sesuai untuk artikel yang tidak memerlukan perhatian segara sahabat-sahabat di facebook.
Kerja anda menjadi bertambah mudah, mengapa tidak anda mencubanya sekarang
0 comments:
Post a Comment