There was an error in this gadget

Tuesday, April 6, 2010

Doaku buat perjuang-perjuang di bumi sana

video


Allah s.w.t. telah mentakdirkan Palestin menjadi bumi yang diberkati. Bumi tempat bertapaknya sebahagian besar daripada para nabi dan rasul. Bumi yang banyak menyaksikan perjuangan dan ketabahan para pendukung kebenaran dan keadilan menentang kedurjanaan dan kezaliman manusia yang tidak mengenal erti kemanusiaan.

Telah hampir satu abad (1917-2009) bumi suci disimbahi darah dan air mata. Telah hampir satu abad bumi Israk dan Mikraj dilanyak musuh durjana. Telah hampir satu abad bumi anbiya dihujani peluru tidak bermata. Telah hampir satu abad juga umat Islam yang telah bermastautin sekian lama di situ dihalau merata-rata. Wajarkah kita diam membisu seribu bahasa? Wajarkah kita berpeluk tubuh, buat endah tak endah macam si buta?

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP