There was an error in this gadget

Wednesday, September 8, 2010

Taqabbalullah Minna Waminka



Ramadhan hampir meninggalkan kita, maka syawal akan menjelma, diantara kesedihan meninggalkan Ramadhan dan keghairahan menyambut aidilfitri. kedua perasaan yang akan di hadapi orang yang benar-benar mengharapkan rahmat dan magfirah dari Tuhannya. Namun bagi segelitir kita kegembiraan menjelmanya syawal tidak diiringi kesedihan meninggalkan ramadhan. Islam meletakkan raya aidilfitri sebagai perayaan bagi umat islam, banyak hikmah yang tersembunyi di situ. Sebagai orang yang menunju kepada taqwa jadikan aidilfitri ini dipenuhi dengan ketakwaan kepada Allah, bertahmid, menziarahi sanak saudara , bersedekah dan lain-lain.

Amalan sunat

Di sini penulis berkongsi beberapa perkara yang menjadi panduan untuk kita semasa menyambut kedatanganan syawal. Penkongsian ini penulis nukilkan dari penulisan dari sahabat-sahabat yang lain:

umat Islam adalah amat digalakkan untuk: -
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.
2) Menjamah makanan sebelum kelua dari rumah.
3) Memperbanyakkan Takbir.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.
5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)
7) Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

Perutusan

Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :


Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

Akhir kalam saya inigin mengucapakan Salam eid mubarak .Minal 'aid wal faidzin, kullu 'am wa antum alfun bikhair!.. asif jiddan @ mohon maaf kepada semua atas segala silap dan salah" taqabbalullah minna waminka (semoga Allah menerima amalan kami dan amalan mu) kepada semua yang mengenali diri ini di Gamis, PMFPI dan mana-mana tempat. Sahabat-sahabat di blog, facebook, nasyid fm, twitter, millatfacebook, frenster, yahoo massegger dan seluruh sahabat online. Moga amalan kita diterima dan dijauhi oleh api neraka.



Read more...

Muhasabah Ramadhan

Salam saudara sekalian anda dijemput hadir majlis berbuku Turki….

Sebahagian mesej yang masuk di inbox telefon bimbit saya. Program iftar siapa tak mahu pergi tambahan pastinya ada pengisian, kata bisikan hati ini. Agak terkilan kerana diri ini sudah berada di kampung .. tidak dapat la hendak sertai. Bila membaca mesej ini teringat usrah di rumah Turki dua minggu sebelum Ramadhan menjelang.

Usrah bersempena menyambut kedatangan Ramadhan.. tajuk yang di bincang ialah hikmat Ramadhan.. kami menggunakan risalah an-nur yang ditulis oleh Baiduzzaman Said Nursi. seorang mujaddid Islam di Negara Turki.. menarik kupasan risalah ini, mengajak kita gembira dalam melaksanakan ibadat .. secara ringkasannya terdapat 9 perkara yang diperbahaskan namun tulisan kali ini saya ingin menyentuh persoalan berkaitan dengan nafsu. Teringat satu riwayat yang di baca:


IKTIBAR SEBUAT RIWAYAT

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap ke hadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

NAFSU

Bila teringat dengan riwayat tersebut teringat saya dengan beberapa isu-isu dan kes-kes yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan, bulan yang di penuh keberkatan dan syaitan yang telah diikat, namun masih ada peristiwa dan isu-isu yang menjejaskan boleh menjejaskan iman. Sebelum ini ada beralasan sebab mereka melakukan kejahatan disebabkan hasutan syaitan. Namun alas an itu bolehkan terpakai ketika berada di bulan Ramadhan. Hakikatnya walaupun kita dijauhi dari hasutan syaitan namun nafsu masih menjadi raja di dalam diri kita..

Antara cara terbaik untuk menundukkan nafsu ialah dengan cara mujahadah. Iaitu berpuasa dan melakukan perkara yang boleh mendekati diri kita dengan Allah. Peluang yang diberikan oleh Allah s.w.t. sepatutnya digunakan sebaik-baiknya dalam mendidik dan mentarbiahkan nafsu. Namun jika kita melihat isu-isu sekeliling kita, seolah-olah menggambarkan peluang yang dikurniakan Allah dalam mendidik nafsu, dan tambahan ganjaran yang di tawarkan, seolah-olah tidak bermakna bagi diri kita.. isu pembunuhan sepanjang Ramadhan, penculikan dan pelbagai-bagai jenayah semakin menjadi di dalam bulan Ramadhan. Adakah ini menggambarkan nafsu kita sudah menjadi raja di dalam diri, dan ini juga gambaran bahawa kesempatan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita di abaikan.

Walaupunbagaimanpun, masih ada di kalangan kita yang menggunakan kesempatan yang ada untuk mendidik nafsu dan mengambil kesempatan di dalam bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini.. Sudah pasti sepanjang Ramadhan ini kita berasa ringan untuk beribadat. Sudah tentu ramai di kalangan kita yang sudah khatam al-Quran sepanjang Ramadhan, malahan ada yang lebih dari sekali. Kesempatan ini juga kita diberi kesempatan untuk membaiki bacaan kita dengan bertadarus. Pada bulan ini kita juga ringan untuk melakukan solat-solat sunnah, berjemaah di masjid dan juga bersedekah.

NATIJAHNYA

Di sebalik kesungguhan kita beribadat dan mengambil kesempatan dalam bulan Ramadhan ini. Adakah kita mampu berterusan dalam keadaan sebegitu., jika seorang yang masuk ke pusat serenti dan, didik supaya menjadi insan berguna. Ketika ia ada di dalam pusat tersebut, segalanya berubah, dari sudut ibadatnya, akhlak dan cara hidup lebih baik, namun bila ia keluar ia kembali kepada asal, iaitu kembali kepada kehidupan yang buruk. Adakah kita seperti itu, moga tidak.

Biarlah natijah , selama kita di madrasah Ramadhan ini, kita kembali kepada fitrah sebagai perjanjian kita dengan Allah sewaktu kita di dalam suatu lagi. Kita menang dari kokongan nafsu dengan berterusan kita mampu menunduk nafsu, janganlah hanya di bulan Ramadhan atau di madrasah tarbiyyah tersebut sahaja kita bersungguh dalam mengerjakan ibadat. Bila keluar dari madrasah tersebut, kita kembali kepada asal. Kita hanya menunggu Ramadhan yang akan datang untuk kita berusaha kembali, Ramadhan yang akan datang hanya menjadi cita-cita kita yang masih belum ada jaminan untuk kita ketemuan, jadi disini biarlah natijah di sepanjang bulan Ramadhan membentuk kita menjadi insan yang lebih baik..

HARI KEMENANGAN

Saya menulis ini, agar kita renung kembali adakah kita layak tergolong sebagai orang yang menang. Jika kita menang apa ghanimah atau ganjaran yang kita bawa untuk menghadapi bulan-bulan akan datang. Patikah perubahan ini, memberi kesan yang positif dalam kita menjalani hidup sebagai abid dan khilafah.. biarlah kita berusah untuk berterusan beramal sebagaimana kita di bulan Ramadhan. Di Ramadhan terakhir mari kita muhasabah diri kita benar-benarkah kita telah berjaya melawan nafsu..

Taqabbalullah minna waminka (semoga Allah menerima amalan kami dan amalan mu)..




Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP