There was an error in this gadget

Wednesday, September 8, 2010

Muhasabah Ramadhan

Salam saudara sekalian anda dijemput hadir majlis berbuku Turki….

Sebahagian mesej yang masuk di inbox telefon bimbit saya. Program iftar siapa tak mahu pergi tambahan pastinya ada pengisian, kata bisikan hati ini. Agak terkilan kerana diri ini sudah berada di kampung .. tidak dapat la hendak sertai. Bila membaca mesej ini teringat usrah di rumah Turki dua minggu sebelum Ramadhan menjelang.

Usrah bersempena menyambut kedatangan Ramadhan.. tajuk yang di bincang ialah hikmat Ramadhan.. kami menggunakan risalah an-nur yang ditulis oleh Baiduzzaman Said Nursi. seorang mujaddid Islam di Negara Turki.. menarik kupasan risalah ini, mengajak kita gembira dalam melaksanakan ibadat .. secara ringkasannya terdapat 9 perkara yang diperbahaskan namun tulisan kali ini saya ingin menyentuh persoalan berkaitan dengan nafsu. Teringat satu riwayat yang di baca:


IKTIBAR SEBUAT RIWAYAT

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap ke hadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

NAFSU

Bila teringat dengan riwayat tersebut teringat saya dengan beberapa isu-isu dan kes-kes yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan, bulan yang di penuh keberkatan dan syaitan yang telah diikat, namun masih ada peristiwa dan isu-isu yang menjejaskan boleh menjejaskan iman. Sebelum ini ada beralasan sebab mereka melakukan kejahatan disebabkan hasutan syaitan. Namun alas an itu bolehkan terpakai ketika berada di bulan Ramadhan. Hakikatnya walaupun kita dijauhi dari hasutan syaitan namun nafsu masih menjadi raja di dalam diri kita..

Antara cara terbaik untuk menundukkan nafsu ialah dengan cara mujahadah. Iaitu berpuasa dan melakukan perkara yang boleh mendekati diri kita dengan Allah. Peluang yang diberikan oleh Allah s.w.t. sepatutnya digunakan sebaik-baiknya dalam mendidik dan mentarbiahkan nafsu. Namun jika kita melihat isu-isu sekeliling kita, seolah-olah menggambarkan peluang yang dikurniakan Allah dalam mendidik nafsu, dan tambahan ganjaran yang di tawarkan, seolah-olah tidak bermakna bagi diri kita.. isu pembunuhan sepanjang Ramadhan, penculikan dan pelbagai-bagai jenayah semakin menjadi di dalam bulan Ramadhan. Adakah ini menggambarkan nafsu kita sudah menjadi raja di dalam diri, dan ini juga gambaran bahawa kesempatan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita di abaikan.

Walaupunbagaimanpun, masih ada di kalangan kita yang menggunakan kesempatan yang ada untuk mendidik nafsu dan mengambil kesempatan di dalam bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini.. Sudah pasti sepanjang Ramadhan ini kita berasa ringan untuk beribadat. Sudah tentu ramai di kalangan kita yang sudah khatam al-Quran sepanjang Ramadhan, malahan ada yang lebih dari sekali. Kesempatan ini juga kita diberi kesempatan untuk membaiki bacaan kita dengan bertadarus. Pada bulan ini kita juga ringan untuk melakukan solat-solat sunnah, berjemaah di masjid dan juga bersedekah.

NATIJAHNYA

Di sebalik kesungguhan kita beribadat dan mengambil kesempatan dalam bulan Ramadhan ini. Adakah kita mampu berterusan dalam keadaan sebegitu., jika seorang yang masuk ke pusat serenti dan, didik supaya menjadi insan berguna. Ketika ia ada di dalam pusat tersebut, segalanya berubah, dari sudut ibadatnya, akhlak dan cara hidup lebih baik, namun bila ia keluar ia kembali kepada asal, iaitu kembali kepada kehidupan yang buruk. Adakah kita seperti itu, moga tidak.

Biarlah natijah , selama kita di madrasah Ramadhan ini, kita kembali kepada fitrah sebagai perjanjian kita dengan Allah sewaktu kita di dalam suatu lagi. Kita menang dari kokongan nafsu dengan berterusan kita mampu menunduk nafsu, janganlah hanya di bulan Ramadhan atau di madrasah tarbiyyah tersebut sahaja kita bersungguh dalam mengerjakan ibadat. Bila keluar dari madrasah tersebut, kita kembali kepada asal. Kita hanya menunggu Ramadhan yang akan datang untuk kita berusaha kembali, Ramadhan yang akan datang hanya menjadi cita-cita kita yang masih belum ada jaminan untuk kita ketemuan, jadi disini biarlah natijah di sepanjang bulan Ramadhan membentuk kita menjadi insan yang lebih baik..

HARI KEMENANGAN

Saya menulis ini, agar kita renung kembali adakah kita layak tergolong sebagai orang yang menang. Jika kita menang apa ghanimah atau ganjaran yang kita bawa untuk menghadapi bulan-bulan akan datang. Patikah perubahan ini, memberi kesan yang positif dalam kita menjalani hidup sebagai abid dan khilafah.. biarlah kita berusah untuk berterusan beramal sebagaimana kita di bulan Ramadhan. Di Ramadhan terakhir mari kita muhasabah diri kita benar-benarkah kita telah berjaya melawan nafsu..

Taqabbalullah minna waminka (semoga Allah menerima amalan kami dan amalan mu)..




0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP