Thursday, March 25, 2010

Elak Fitnah Dajjal


Sudah lama tidak mencoret sesuatu diblog ini. Balik dari surau an-Nur sebentar selepas mendengar kuliah ustaz hasrizal, memberi kekutan untuk menulis dan berkongsi sedikit maklumat yang diperolehi semoga memberi manfaat kepada kita semua.


Zaman globalisasi, zaman tanpa sepadan ini yang sering diwar-warkan, namun zaman ini dipenuhi fitnah, menukarkan yang hak kepad batil dan yang batil kepada hak (menyamai fitnah dajjal). Jika sesutu yang diterima oleh masyarakat walaupun ia sesutu yang jahat maka baik lah sisi pandang kita, dan begitu sebaliknya.

Surah kahfi sebaik-baik amalan untuk mengelak fitnah tersebut, menurut Abu Ali hassan al-Nadwi dan sayyid qutb 3 perkara yang mengelak kita dari fitnah tersebut.

1) Membetulkan akidah
2) membetulkan cara manusi berfikir dan melihat
3) Membetulkan sistem nilai

Malahan terdapat hadis yang menyarankan kita membaca surah al-kahfi

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” (al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)
al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi

P/s moga kitab dapat menjadikan surah al-Kahfi amalan kita. Peringkat pertama perlulah selalu dibaca, peringkat kedua perlulah faham maknanya dan peringkat ketiga perlulah kita menangkat makna tersurat dan tersirat dan diaplikasi dalam hidup

WaAllahualam

Read more...

Thursday, March 18, 2010

Jom Cuci Hati




Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati…

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 tak sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10. Kekalkan wuduk

11. Bersedekah

12. Belanja orang makan

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14. Berkawan dengan ulama

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya

17. Pesan pada orang, jadi baik

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat

semoga kita sama2 dpt mencuba tips2 di atas

Read more...

Wednesday, March 10, 2010

Bengkel Ibadat : Kelebihan Ibadat Dari perspektif Sains

Read more...

Monday, March 8, 2010

Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim

Pekongsian dari email sahabat jom baca


Nikmat Kesihatan

Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)


E-mail ini adalah cerita bergambar yang sebenar .

Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita.

Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.


http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_1.jpg



Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi seorang ulama’ dari
Kuwait. Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya.


http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_2.jpg
Ini gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim.


Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.


http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_3.jpg
Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim

http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_4.jpg
Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel


Perhatikan alat pernafasan dileher Ibrahim…dia tidak dapat bernafas secara normal.



http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_5.jpg
Syeikh Nabeel mencium dahi Ibrahim


http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_6.jpg
Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel


Syeikh Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain.


http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_7.jpg
Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata.


http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_8.jpg
Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan


http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_9.jpg
Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim


http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_10.jpg
Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ?

Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?

Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis .

Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah.


Wahai saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ?

Read more...

Thursday, March 4, 2010

Gambar Ekslusif Barangan Nabi Muhammad S.A.W

Salam pengunjung sudah lama saya tidak menulis diblog ini. Semanagat ingin menulis semakin pudar entah kenapa jadi mcam nie. untuk tidak menjadikan blog ini seperti sarang labah-labah sempena Maulidirrasul saya ingin berkongsi barangan ekklusif barangan Rasulullah koleksi yang tersimpan dibeberapa buah negara: Ini keseluruhan e-mail


Assalamualaikum w.b.t..semoga anda semua sihat di samping keluarga tercinta..alhamdulillah, kesyukuran berpanjangan dipanjatkan utk Pemilik segala isi langit dan bumi.."ya Allah, Tuhan sekalian alam..hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan.."

sahabat-sahabat yg dikasihi..



pernah satu ketika sedang Rasulullah S.A.W didalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda S.A.W. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar R.A, baginda menyatakan bahawa terlalu merindui umatnya sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati hinggakan Saidina Abu Bakar R.A sekali lagi bertanyakan Rasulullah S.A.W ‘bukankah kami ini ukhwanmu?’ Rasulullah S.A.W menjawab ‘tidak,kamu ini sahabatku…ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka’…

KITAKAH IKHWAN ITU????


Renung2 kan dan marilah kita sama2 berselawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W



Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istambul Turki, Jordania, Iraq dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih Allah…Insya-allah.
======================================================================================
Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!!
jubah Rasulullah SAW


Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.
Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka?
Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah?
Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami.
Sama-sama peringat.



jubah Rasulullah SAW
Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek.



jubah Rasulullah SAW
Baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah SAW



jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah SAW



jubah  Rasulullah SAW
Jubah Rasulullah SAW



jubah Rasulullah SAW


jubah Rasulullah SAW


Sandal Rasulullah S.A.W

jubah Rasulullah SAW
Cop surat rasmi Rasulullah SAW.



jubah Rasulullah SAW
Serban-serban yang pernah dipakai Baginda.



jubah Rasulullah SAW


Beberapa helai rambut Rasulullah SAW



.
Mangkuk tempat minum Nabi Muhammad SAW

jubah Rasulullah SAW
Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.




jubah Rasulullah SAW



jubah Rasulullah SAW
Peninggalan gigi dan rambut Baginda Rasulullah SAW.



jubah Rasulullah SAW
Kunci Kaabah di zaman Rasulullah SAW



jubah Rasulullah SAW
Bendera Rasulullah SAW



jubah Rasulullah SAW
Topi perang Rasulullah SAW



jubah Rasulullah SAW
Busur panah Rasulullah SAW



jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW


jubah  Rasulullah SAW
Pedang-pedang yang pernah digunakan Baginda.



jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir



jubah Rasulullah SAW
Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius




jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7




jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan

Error! Filename not specified.
Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah



jubah Rasulullah SAW
Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW



jubah Rasulullah SAW
Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW



jubah Rasulullah SAW
PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW



jubah Rasulullah SAW
Keranda dan makam Nabi Agung, Nabi Muhammad SAW

Kongsikan bersama teman-teman yg lain
Jazakallah.



Kredit untuk Azizah Najib

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP