Sunday, September 27, 2009

Raya padaku



TINGGALNYA RAMADHAN DENGAN KEGEMBIRAAN
@ KESEDIHAN

Sudah tujuh hari berlalu kita meninggalkan ramadhan. Masuk hari ketujuh (semasa menulis artikel ), banyak kenangan semasa ramadhan yang kita lalui. Pesta ibadat yang hanya ada pada bulan ramadhan. Bulan lain sukar untuk kita memperolehi, kebanyakan surau disekitar Bangi dipenuhi penduduk sekitar, walaupun agak berkuranganapabila samapi kepehujugan dek kerana lebih mengambil peluang tawaran mega pasaraya daripada tawaran yang dijanjikan oleh Allah.

Banyak kenikmatan yang kita perolehi semasa bulan ramadhan, Antaranya kegembiraan semasa berbuka puasa. Alhamdulillah pada tahun ini, saya banyak berbuka puasa dimasjid, disamping boleh jimat bajet, tpi yangh paling seronok apabila dapat menolong menyediakan hidangan berbuka puasa. Dalam suasana yang penuh ukhwah dan selepas berbuka magrib sama-sama berjemaah. Nikmat yang yang tiada pada bulan lain, dua tahun ukm suasana begitu saya alami, tahun depan suasana macam ini mungkin sukar diperolehi, maklum lah tahun nie tahun akhir.

Sehari sebelum menyambut hari dapat berkumpul dengan ahli keluarga yang lain, untuk berbuka puasa. Nikmat setahun sekali, hanya dibulan ramadhan

Ini yang ditunggu

Nikmat berbuka yang paling kita nanti, apabila kita menghabis berpuasa dibulan ramadhan iaitu kedatangan syawal. Cuba lihat artis-artis dan media-media termasuk kita membuat pelbagai persiapan untuk menyambut kedatangan syawal , tetapi bulan ramadhan sepatutnya dirai tidak sehebat syawal, ironinya sahabat-sahabat rasulullah s.a.w berasa sedih apabila tiba syawal, yang kita?

Disini saya ingin berkongsi beberapa gambar semasa dan sebelum syawal


Semua adik-beradik dan keluarga masing-masing berkumpul kecuali dua keluarga dan kakak di Mesir


Dua kegembiraan

Berdasarkan hadis panjang yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah antara maksudnya:

“…bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan yang menggembirakanya: apabila ia berbuka ia bergembira, dan apabila ia menemui tuhannya, ia bergembira dengan puasanya” (HR Bukhari 935)

berdasarkan hadis diatas jelas kegembiraan semasa berbuka sudah kita kecapi iaitu semasa berbuka puasa dan sesudah ramadahan meninggalkan kita. Namun persoalannya bagaimana apabila kita bertemu dengan Allah. Adakah kita boleh berbangga dengan puasa kita?. Banyak kita lakukan sama ada maksiat mata, kaki, hati dan lain-lain. Yang menyebatkan kecacatan puasa kita. Adakah puasa kita sempurna, kita mengharapakan puasa kita diterima tuhan’


Puasa enam

Sahabat-sahabat, marilah kita puasa enam utuk menampung kekurungan puasa kita. Malahan Allah memberi ganjaranyang besar kepada kita. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub al-Ansari:

“Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.” (HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Justeru itu marilah kita mereput peluang ini, untuk menampung kecacatan puasa kita dan merebut ganjaran yang dijanji oleh Allah

Read more...

Monday, September 14, 2009

selamat hari raya




Tinggal beberapa hari ramadhan meninggalkan kita..
ambilah peluang di madrasah ramadhan ini..
mengutip segala peluang dan pahala yang berlipat ganda ini..
untuk menjadi bekal kita kesana..
moga hadirnya syawal melahirkan kita insan yang..
mendapat rahmat, magfirah dan dijauhkan neraka..
hasil tarbiyah madrasah ramadhan..

disini saya ingin mengucapkan selamat hari raya..
maaf segala silap.. jika ada yang terguris terasa ..
saya mohon kemaafan..

Read more...

Sunday, September 6, 2009

Nuzul al-Quran - Muhasabah Ramadan

Rahmah. Keampunan dan jauh neraka


Alhamdulillah syukur kita masih dipinjamkan nyawa untuk kita, meneruskan ibadat kita di bulan yang mulia ini, sudah masuk separuh ramadhan kita berpuasa. bagaimana ramadhan kita kali ini. adakah sempurna puasa kita kali ini. adakah hanya sekadar dinamakan puasa. Teringat saya malam semalam, tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz sebelum menunaika tarawih di surau as-sobah.

"Nabi mengingatkan puasa kita dengan tiga perkara. permulaan ramadhan adalah rahmat. dipertengahannya adalah maghfirah. dan akhirnya adalah telepas dari
neraka. walaupun ketiga-tiga dari segi istilah berbeza namun menuju kepada satu. iaitu surga. dengan rahmatnya kita akan kesurga. apabila kita diampunkan kita akan kesurga kerana kita tiada dosa. dan apabila kita dijauhkan neraka sudah tentu tempat kita di Surga"

berdasarkan penerangan diataskan dengan tercapainya terjuan diatas kita akan keSurga. Itulah yang kita idam-idamkan. Namun adakah kita memiliki kesungguhan untuk kita memperolehi ketiga perkara tersebut.


Nuzul al-Quran

Bertepatan dengan nuzul al-Quran marilah kita muhasabah diri, kita lihat kembali amalan kita sebelum ini, adakah kita telah menjadikan al-Quran benar-benar pendoman hidup kita? Paling tidak adakah kita selalu membacanya. Kita sering mendengar dan diingatkan selalu dengan hadis nabi. Mafhumnya;

“Tidak akan sesat sesiapa yang berpegang dengan kedua-dua, kitab Allah s.w.t (al-Quran) dan sunnat aku”


Adakah benar-benar selurh hidup kita berpandukan al-Quran dan hadith? Kita sering mendengar laungan ‘kembalilah kepada la-Quran dan hadith”. Namun sejauh mana penghayatan kita kepadanya. Cukup dalam soal ibadat khusus sahaja. Ataupun dalam segenap kehidupan kita, dalam ekonomi kita, politik kita, pendidikan dan social. Namun realitinya, umat Islam semakin jauh dengan panduan Islam. Islam yang diambil untuk kenpentingan diri sahaja. Muhasabah untuk diri ini dan sewaktu dengannya.


Perang Badar

Perang badar satu ujian yang diterima oleh para sahabt semasa bulan ramadhan. Perang yang membuktikan imam para sahabat yang kental dan tidak pernah tergugat dalam apa keadaan. Dengan pengorbanan yang besar inilah. Allah memberi kemenangan kepad umat Islam. Nilai pengorbanan yang bermatlamat untuk mencapai redha Allah kunci kejayaan mereka.

Namun dimanakah kita, pada bulan yang menawarkan pelbagai fadhilat yang besar. Dan dikesempatan pada bulan ini, sejauhmana kita mengambil peluang ini. Pada bulan ini, kita ditawarka pelbagai ganjaran yang banyak berbanding dengan bulan lain, sebagai contoh sedekah pada bulan ini merupakan sebaik-baik sedekah. Sebagaimana nabi s.a.w pernah bersabda:

'' Sedekah yang paling afdal( baik) adalah sedekah pada bulan Ramdhan ( H.R Bukhari dan Muslim)

Jom kita rebut peluang ini.

Marilah kita mengambil kesempatan merebut peluang ini. Korbanlah sedekah harta untuk bersedekah. Buatlah baik kepada yang memerlukan, korbanlah tenaga dan harta benda kejalan Allah. Ambillah semangat para sahabat di badar untuk kitas ama perjuang dijalan Allah.

Kalau kita tidak mula sekarang bila lagi. Kalau tidak kita siapa lagi. Adakah apabila nyawa sudah ditarik, jasad sudah kaku baru kita hendak bermula. Cakap memang senang, tapi inilah erti pengorbanan yang perlu kita ada. Tanggal 17 ramadhan merupakan muhasabah kita bersama.

Read more...

Sunday, August 30, 2009

A, B, C dan D. YANG MANA PILIHAN kabul..???


Antara pelajaran pertama yang kita perolehi ialah A,B,C,D. Kemudian kita melangkah kealam sekolah, dah menjadi kayu ukur ilmu kita juga dengan A,B,C,D. Dengan peperiksaan kita dikelaskan, dengan A,B,C,D kita dikhususkan bidang pengajian kita. Dan sini saya cuba membawa satu analogi yang melibatkan si A, B,C dan D.

Si A belajar kerana terpaksa, paksaan keluarga, desakan kawan-kawan (malu dengan kawan yang belajar jadi diri ini mesti belajar juga) atau kerana desakan kekasih. Kerana ketepaksaan menyebabkan saya kena belajar. Jadi saya datang ke sini kerana desakan sesuatu.


Si B belajar kerana untuk mendapatkan sesuatu iaitu upah yang akan diperolehi masa akan datang. Upah keduniaan menjadi sandaran. Bila saya belajar tinggi nie, nanti saya akan memperolehi kerja yang baik. Dah tentu gaji yang lumayan, dapat rumah besar, kereta besar dan kehidupan yang mewah. Inilah angan-angan saya jadi saya kena belajar sungguh untuk mendapat segala-segala itu.


Si C aku belajar kerana saya nak beri sesuatu. Aku belajar agama tujuan aku untuk membantu agama Allah. Dengan bagaimana?, saya kena ada ilmu untuk saya berdakwah kepada orang lain. Saya kena ada ilmu untuk saya memastikan tauhid dimuka Allah akan berkembang. Kalau saya belajar ilmu sains pun tujuan saya hendak memastikan kemudahan orang untuk tauhid kepada Allah. Jadi saya perlu ada ilmu, dengan kajian saya, saya boleh membantu orang mendekati Allah. Saya hidup sebagai abid dan khalifah, jadi saya kena ada sesuatu untuk saya MEMBERI.

Fikir-fikirkanlah

Apa bezanya saya sebagai si A, B dan C. Adakah aku belajar ini kerana terPAKSA.? Adakah saya belajar ini kerana saya nak dapat sesuatu (MENERIMA).? Atau adakah saya belajar ini kerana saya ingin MEMBERI sesuatu kepada Agama bangsa dan Negara.? Dimanakah tujuan saya. Dan adakah saya si D yang tiada tujuan dan sebab belajar ini bukan kerana PAKSA, MENERIMA atau MEMBERI..???


Dimanakah pilihan saya sendiri.? Dimanakah pilihan sahabat.? Yang mana satu kedudukan saya.? Apa sebab saya disini (sekolah, IPT dan mana pusat pengajian).? Cuba kita nilai kembali apa tujuan kita datang kesini. Matlamat kita di bumi ini sebagai Abid dan Khilafah. Adakah perlu kita asyik MENERIMA sahaja ataupun perlu diPAKSA untuk Sesuatu.? Dimanakah kedudukan nilai MEMBERI dalam kehidupan kita? Sama-samalah kita muhasabah diri kita kembali.

-NILAI MEMBERI PADA PELAJAR-

Read more...

Friday, August 28, 2009

Akidah Murni Tanpa Liberalisme -1

CABARAN ISLAM LIBERAL

Pada 20 ogos yang lalu saya berkesempatan untuk mengikuti satu seminar pemurniaan akidah 2009 yang bertajuk “Akidah Murni Tanpa liberalisme’ di Masjid Wilayah Persekutuan. Di dalam seminar ini membincangkan berkenaan bahaya Islam Liberal keatas Akidah umat Islam. Islam liberal telah tersebar secara meluas di Indonesia dan kini mula menuyusup masuk di Malaysia melalui pertubuhan NGO yang mendokong fahaman ini. Namun di Malaysia perjuangan mereka lebih kepada persamaan gender.



Sebelum kita pergi kepada cabaran eloklak kita cuba fahami secara ringkas makna Islam liberal Islam liberal ialah pemikiran yang berupaya me’liberal’kan umat islam dari ajaran yang disepakati oleh Ahlussunnah waljamaah. Akar kepada pemikiran Islam Liberal ialah falsafah modenisme dan pascamodenisme barat dan mereka ini juga cuba melawan Islam fundamentalisme dan kekhawattiran mereka tehadap militan Islam.

Cabaran terhadap aqidah dan keimanan


Gerakan ini cuba menyebarkan fahaman pluralism agama iaitu semua agama sama kerana semuanya menuju kepada tuhan walaupun pelbagai jalan berbeza. Secara umumnya mereka cuba memakna kafir itu bukan tidak beriman dan percaya kepada Allah tetapi orang yang tidak beragama dan memiliki agama. Mereka juga berpendapat walaupun pelbagai agama tetap menuju tuhan yang satu (falsafah perennial). Selain itu, bagi golongan ini mereka berpendapat bahawa semua agama adalah sama dan menuju jalan kebenaran. Secara tidak langsung umat semua agama akan masuk surga. Ahlul kitab bagi mereka ialah penganut semua agama yang memiliki kitab ini, menafikan fahaman Islam sebenar menyatakan ahli kitab hanya yahudi dan kristian.


Di Malaysia gerakan liberalism dalam kesamaan agama-agama dicadang dengan penubuhan InterFaith Commision (IFC) asal kepada Inter Religious Council (IRC) atau Majlis Suruhanjaya Antara Agama dimana kita boleh melihat memorandum yang telah kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001 yang jelas agenda utama mereka untuk menyamaratakan semua agama.



Cabaran terhadap kitab suci al-Quran

Pengasas jaringan Islam Liberal cuba mempersoalkan keyakinan umat Islam terhadap al-quran yang diterima sama dengan yang ada pada zaman rasulullah. Beliau pada zaman penulisan al-quran dalam keadaan yang kacau bilaudan tidak terlepas dengan pedebatan tipu daya dan rekacipta. Malahan di Malaysia ada yang mempersoalkan surah at-Taubah kenapa tiada basmalah, dan berpendapat surah ini telah tercemar.



Cabaran terhadap rasul

Mereka mempersoalkan keperibadian rasul, mempersoalkan perkahwinan rasulullah. Malahan mereka menyatakan baginda lebih kepada kepimpinan suku dari kepimpinan agama.



Cabaran terhadap iman kepada yang ghaib

Di Malaysia sendiri ada yang mengeluarkan kenyataan menolak adanya azab dan nikmat kubur walaupun berita tentangnya sabit dalam banyak hadis yang soheh.



Cabaran terhadap iman kepada Qadha dan Qadar

Seorang tokoh Islam Liberal menyatakan: “bagiku, rukun Iman itu tinggal lima, seperti disebut dalam al-Quran. Di dalam al-Quran tidak menyebut rukun Islam keenam iaitu Qadha dan Qadar”. Kenyataan ini menolak iman kepada Qadha dan qadar yang telah disepakati ulama ahlussunnah waljamaah berdasaarkan hadis sahih dan mutawatir.


Cabaran terhadap syariah

Mereka juga berpendapat hukum-hakam agama Islam mesti diubah supaya bersesuaian dengan perkembangan zaman. Maka lahirlah fiqh lintasan seperti membenarkan perkahwin non-Muslim dangan wanita muslim di bolehkan. Mereka juga menghalalkan homoseksual sehingga terbitnya buku “indahnya kawin sejenis’. Selain itu mereka juaga cuba merubah undang-undang keluarga Islam seperti contoh Ijab-kabul boleh dilakukan oleh isteri-suami atau sebaliknya suami isteri.



Bahaya terhadap agama

Demikianlah beberapa pemikiran Islam Liberal yang sangat membahaya, apatah lagi pemikiran mereka telah masuk kedalam institusi pendidikan Islam. Pemikiran mereka lebih cuba mempersoalkan autoriti ulama terdahulu, sedangkan ulama terdahalu merupakan wasilah untuk kita mencapai kepada syariah yang dibawa oleh baginda s.a.w. Justeru sahabat kita perlulah mempertingkatkan ilmu untuk menghadapi ancaman pemikiran seperti ini.



Rujukan

Adaptasi Perbentangan kertas kerja Us Haji Muhammad Arifin bin Ismail

Read more...

Saturday, August 15, 2009

Ahlan wasalam ya Ramadhan


KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP