Friday, July 24, 2009
Murahnya maruah umat Islam
Umat islam seluruh dunia dikejutkan dengan peristiwa berdarah yang berlaku di wilayah selatan Thai, Pembunuhan 11 jemaah solat Isya’ di Masjid Al-Furqan Kampung Air Tempayan, 8 Jun 2009, benar-benar mencabar kesabaran umat islam, apalagi Umat islam di Malaysia yang berjiran dengan Negara Siam itu, peristiwa berdarah itu bukanlah perkara baru dalam siri penindasan umat Islam di sana.

Titisan darah umat islam di China
Kita merakamkan rasa terkejut dan bimbang berhubung dengan rusuhan di Wilayah Xinjiang di barat China, melibatkan pertelagahan kelompokan kaum di antara kelompok China Han dan masayarakat Uighur yang mengakibatkan ratusan orang terbunuh. Masyarakat Uighur adalah kelompok majoriti umat Islam yang merupakan penduduk asal wilayahTurkestan Timur dan mereka telah lama mendapat layanan yang buruk dari rejim Beijing sejak wilayah tersebut diduduki China. Turkestan Timur merupakan wilayah yang merdeka dalam tahun 1949. Rusuhan yang berlaku baru-baru ini adalah kegagalan pihak berkuasa China untuk mengitiraf hak masyarakat Uighur, dengan membawa masuk kelompok China han ke wilayah Xinjiang lalu mengakibatkan ketegangan hubungan antara kedua-dua komuniti tersebut.

Pembunuhann muslimah bertudung dibunuh di Jerman
Lebih mengeletar dan sedih baru-baru ini menatap berita mengenai kematian seorang Muslimah bertudung di Jerman yang dibunuh secara kejam dalam bangunan mahkamah. Malahan apabila suara Marwan (mangsa) spontan menjerit kerana ditikam oleh lelaki Jerman itu, tidak seorang pun menolong melainkan suaminya. alam keadaaan kelam kabut itu, sepasukan anggota polis masuk dalam mahkamah melepaskan tembakan yang mengenai Alwi (suami Marwah) tetapi tidak melepaskan tembakan kepada lelaki Jerman itu yang sebenarnya penjenayah yang membunuh Marwah. Sepatutnya lelaki tersebut boleh dilebalkan sebagai penganas , tetapi semua itu tidak berlaku kerana ia tetap dipertahankan dan mungkin sebahagian dianggap sebagi wira kerana Berjaya menunjukkan sikap negetif kepada muslimah yang bertudung kepala.
Dimanakah umat Islam.. dan apa peranan mahasiswa..
Di sini saya membawa beberapa rentetan peristiwa berdarah yang merupakan satu penghinaan terhadap saudara seIslam kita. Banyak lagi peristiwa yang menimpa umat islam kita, dari isu Palestine, Aganistan, Iraq dan beberapa wilayah lain yang sehingga kini menjadi mimpi ngeri kepada kita. Dimanakah umat islam yang berjumlah melebihi satu billion umumnya dan di manakah suara mahasiswa Islam khanya..? Hanya segelitir sahaja umat Islam merasakan ini isu kita bersama. Malahan ada segelintir dikalangan kita tidak mengatahui isu ini, mahasiswa sendiri yang merupakan manusia yang dilingkari dunia keintelektualan sendiri ramai tidak ambil kesah. Apa yang dikesahkan dan diambil tahu tentang kematian micheal jackson, namun tidak mengangap mungkin penyebabkan kematian beliau atas keIslamannya. Mahasiswa mungkin tahu kematian Maria ‘bertha’ Hertogh yang pernah bergelar Natrah binti Maarof, namun masih ramai yang tidak sedar beliau yang menjadi objek utama konflik agama pada tahun 1950 yang menunjukan sensitifnya umat tentang isu agama pada masa itu. Lebih menyedihkan isu semacam itu sudah menjadi isu yang tidak perlu kita ambil penduli.
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w akan keadaan umat islam pada hari ini. Walaupun kita mempunyai bilangan yang ramai seperti buih di lautan tetapi kita selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. kita ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya.
Bangsa-bangsa dari seluruh walaupun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatan kita. Sebenarnya segala kekalahan kaum muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum musliminitu sendiri, iaitu penyakit “wahan” yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat di pisahkan iaitu cinta dunia dan takut mati. Cinta dunia bermakna tamak dan rakus dunia dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta dijalan Allah. Takut mati pula boleh dimaknakan leka dengan kehidupan dunia.
Marilah sahabat-sahabat mahasiswa jadikan diri kita egen perubah umat Islam kini. Janganlah kita hanya menjadikan diri sebagai robot-robot yang dilahirkan oleh universiti hanya untuk memenuhi pasaran kerja semata-mata. Sedarlah kita tanggungjawab kita untuk menyedarkan umat Islam berkaitan matlamat hidup kita iaitu diakhirat kelak dan dunia ini hanya merupakan alat atau wasilah untuk membawa bekalan kesana. Kita mendoakan agar allah s.w.t menurunkan nushrahnya kepada kaum muslimin dan memberi kerjayaan didunia dan akhirat..amin..
waAllahualam
Tuesday, July 14, 2009
Apa yang paling?
PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185
KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.
KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179
KEEMPAT beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.
KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.
KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.
Wednesday, July 8, 2009
Sunday, June 28, 2009
Hari-Hari Terakhir sebagai pelatih
Saat-saat terakhir
Semasa saya menulis artikel ini tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk saya menghabiskan sisa-sisa hari saya berpratikal di Pejabat Agama Islam Daerah Bera. Macam-macam perasaan ada untuk meninggal pejbat agama selepas dua bulan menagih ilmu dan pengalaman disitu. Banyak perkara baru yang dapat diperolehi dan disini juga banyak memberi pendedahan kepada saya sendiri bagaimana untuk bersosial dengan masyarakat. Pelbagai ragam masyarakat yang perlu saya hadapi dan disini mengajar saya bagaimana mengenali manusia. Sebagai seorang yang memikul amanah sebagai hamba Allad dan juga khalifahnya dimuka buminya banyak perkara bermanafaat yang boleh dijadikan teladan dan kepada diri saya sendiri.
Senang cakap tapi…
Penguatkuasa tidak menjalankan tugas ke..?
Apalah pejabat agama nie menyusahkan je..?
Maksiat berleluasa mana orang agama nie..?
Sering saya mendengar rugutan dan cakap-cakap masyarakat berkenaan perkara tersebut. Perkataan diatas hanyalah merupakan contoh-contoh yang cuba saya bawakan, dimana kita sering mempersoalkan tugas-tugas yang dijalankan oleh pihak yangberaoutiriti dalam bidang agama. Saya juga kadang-kadang cuba mempersoalkan tentang ini, namun apabila saya diberi peluang duduk bersama-sama menjalankan tugas seperti mereka, barulah saya Nampak halangan-halangan yang mereka hadapi. Antara halangan yang pada pandangan saya ialah halangan bidang kuasa yang ada pada mereka. Ini kerana kuasa yang ada pada mereka amatlah sempit berbanding dengan pihak berkuasa sivil yang lebih luas. Keduanya, bilangan anggota yang sedikit jika dibandingkan kes-kes jenayah syarie yang semakin hari semakin meningkat. Seterusnya sikap masyarakat kita sendiri yang sering mempersoalkan kuasa yang ada pada mereka. Sebagai contoh terdapat segelintir masyarakat tidak faham bahawa pihak jabatan agama berhak menahan sementara meraka yang berjudi.
Mehnah Dalam Dakwah
Banyak sebenarnya dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh pihak jabatan sendiri, namun inilah sunnah berdakwah mesti ada mehnah dan ranjau yang terpaksa ditempuhi. Namun kita sering mempersoalkan orang lain tentang dakwah tapi dimanakah kita, pandai mengkritik tapi tindakan tiada langsung. Adakah kita muslim yang fantasi mampu melawan orang kafir yang realiti, dan mengharapkan kita menang?. Tidakkah kita tidak ingin tergolong dikalangan khairu umat yang disebutkan oleh Allah didalam al-Quran.
š3
110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
Bagaimana Allah s.w.t member penghormatan kepada kita dengan menyatakan penghormatan kepada kita sebagi sebaik-baik umat. Walaubagaimanapun perhormatan tersebut disertakan dengan tanggungjawab yang besar iaitu berdakwah. Justeru itu, marilah sama-sama jadikan diri kita sebagai pendakwah. Sampaikanlah
walaupun satu ayat
Sebenarnya banyak yang saya dapat dari latihan amali tersebut. Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya iaitu al-Fadhil Qhadi Tuan Muhamad Yusri. Yang baying memberi tunjuk ajar dan kepercayan kepada saya dalam menjalankan tugas disamping mengutip ilmu dan pengalaman. Terima kasih juga kepada semua staff pejabat agama sendiri terutamanya us Hairi yang banyak membantu. Dan tidak lupa juga rakan seperjuangan dalam praktikal Akmal (UDM), Firdaus (UKM), Syahira (UM) dan Anis (UKM) yang juga banyak membantu. Saya mengharapkan segala apa yang kami (rakan sepratikal) disini disini dapat member manfaat kepada Agama, Negara dan bangsa.
Sunday, June 7, 2009
Hala tuju program agama
Al-Quran sebagai panduan
Al-quran merupakan kalam Allah s.w,t yang diturunkan kepada nabi Muhammmad s.a.w melalui pengantaraan malaikat jibrail untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia sebagai pedoman dan petunjuk kehidupan. Hidup berpandukan pedoman dan petunjuk al-Quran membolehkan seseorang mencapai kebahagiaan dan keredaan Allah di dunia dan akhirat.
Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman, tetapkan iman kamu kepada Allah dan rasul-Nya dan (kepada) kitab (al-Quran) yang diturunkan kepada rasul-Nya (Muhammad) dan juga kepada kitab suci yang diturunkan dulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur (ingkar) kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-Nya, rasul-Nya dan hari akhirat, maka sesungguhnya ia sudah dengan kesesatan (yang) sejauh-jauhnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 136)
Ayat ini membuktikan bahawa beriman kepada al-Quran dan menjadikan isi kandungannya sebagai pedoman hidup, adalah suatu kewajipan bagi umat Islam. Tiada seseorang Mukmin pun yang boleh menyatakan bahawa isi dan suruhan al-Quran tidak sesuai pada zaman serba moden ini.
Pertandingan tilwah al-Quran
Sehubungan dengan itu, Masjid jame’ Bandar triang yang merupakan institusi keagamaan yang penting dikawasan ini dengan penuh rasa tanggungjawab mengadakan satu majlis bagi membudayakan al-quran iaitu majlis Pertandingan Tilawah al-Quran peringkat masjid jame’ Bandar triang. Majlis ini telah diadakan pada 23 mei 2009 iaitu pada hari sabtu yang lalu bertempat di perkarangan Masjid jame’ Bandar Triang sendiri.
Saya selaku urusetia program tersebut amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana program tersebut berjalan dengan lancer. Dan kehadiran pada sebelah malam iaitu semasa program ceramah dijalankan bilangan yang menghadiri penceramah amat memberasangkan. Kehadiran dato faizol dapat menarik minat pendudukan sekitar menghadirinya. Malah kupasan isu berkenaan tajuk “kearah membudayakan al-quran amat menarik dan saya sendiri terasa satu semangat baru untuk mendapingi al-quran.
Sekadar pandangan
Walaupun secara umumnya, program yang dijalankan mendapat sambutan namun apa yang dapat lihat Cuma golongan yang agak veteran yang memenuhi majlis tersebut. Mana perginya sahabat-sahabat yang yang muda dan merupakan sinergi yang akan mengankat Islam. Cuma hanya sebilangan kecil glongan pemuda yang menghadri majlis tersebut. Dimana silapnya, jika dijika kita melihat program yang berbentuk hiburan tidak perlu membuat hebahan yang meluas mendapat kehadiran yang berlipat ganda daripada gongan belia melayu yang mengaku Islam. Mungkin disini kita boleh melihat beberapa perkara yang dari prpektif saya sendiri untuk dinilai.
1. Kebanyakan program agama tidak mesra remaja, jika kita lihat program dimasjid-masjid lebih mesra orang yang veteran sahaj tapa mengambil kira audioa yang terdiri daripada remaja. Contohnya jika program ceramah yang diserikan dengan nasyid. Bagus jika ceramah yang diserikan dengan nasyid. Ini paling tidak dapt mendekatkan remaja yang suka hiburan dengan program agama. Agak malangnya kumpulan nasyid yang dijemput kumpulan yang sering membawa lagu-lagu lama yang tidak sesuai dengan golongan remaja tersebut.
2. Jika kita lihat, sesetengah remaja sudah menjadi fobia dengan istilah program-program agama seperti ceramah, tazkirah dan lain-lain. Apa yang dibayangkan oleh remaja jika disebut program tersebut ialah bosan, mengikut gaya lama dan ketinggalan zaman.
3. Mungkin kita lihat didikan yang mereka terima tidak mesra dengan program agama. Contoh yang lebih mudah, ibubapa membenarkan anak-anak mengikutnya ketempat seperti pasar malam dan kompleks membeli-belah. Tapi bila kanak-kanak ingin mengikut ibu-bapanya ketempat ibadat agak sukar untuk ibu-bapa membenarkan. Apa yang ditangapi oleh ibubapa bahawa ibu-bapa anak-anak akan mengangu orang untuk beribdat. Malahan ada sesetengah masjid tidak mesra kana-kanak, mungkina da segelintir pengawai masjid yang sering memarahi kana-kanak yang sering datang ke Masjid, malahan memadang serong terhadap kana-kanak. Memang tidak dinafikan kanak-kanak sering membuat bising jika mereka pergi ke Masjid, namun ingatlah kita itulah tabiat kanak-kanak. Jika kita mengagap kanak-kanak akan mengangu ibadah,ingat kita dengan didikan rasullah s.aw. terhadap cucunya. Bagaimana saidina husin dan hasan memajat tengkok nabi semasa nabi sujud, nabi membiarkan tidak memarahi, itu yang sikap nabi tunjuk terhadap kita namun apa yang kita lakukan terhadap kanak-kanak?
Kesimpulan
Pihak Masajid dan orang yang berkuasa dalam bidang agama harap meneliti kembali program yang dilaksanakan. Kembalikanlah institusi masjid sebagai institusi yang dapat membentuka masyarakat untuk menjadi khairun umah yang dapat menjadi kahalifah dimuka bumi dan menjadi teladan kepada penganut agama lain.

.jpg)

