Saturday, October 17, 2009

Salam Imtihan, motivasi dan doa


Salam sahabat yang akan menghadapi peperiksaan. InsyaAllah kita dalam fasa-fasa terakhir untuk kita untuk kita mempersiapkan diri kita didalam medan peperiksaan. Persiapan yang sebaiknya perlu kita lakukan. Sama-samalah kita guna masa yang berbaki ini dengan sebaiknya. Di sini ingin saya memohon maaf jika ada khilaf antara kita, cuba renung beberapa ayatNya dan kalam ulama:



…Kemudian apabila kamu Telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.

(al-Imran 159)




"Sebahagian tanda kejayaan pada (segala) kesudahan (ketaatan kepada Allah) ialah kembali kepada Allah pada semua permulaan (di dalam menjalani sesuatu amal).


(Kalam Hikmah,

al-Imam Ibnu Athaillah al-Iskandari)



"Barangsiapa yang kenyangnya dengan sebab makanan, ia akan sentiasa lapar. Barangsiapa yang kayanya dengan sebab harta, ia senantiasa fakir. Barangsiapa tujuannya selain Allah, pada mencapai keperluannya, ia senantiasa diharamkan (dari maksudnya), barangsiapa yang mengharapkan pertolongan selain Allah pada pekerjaan yang dihadapinya, maka ia senantiasa akan hina-dina."


(Kata-Kata Ahli Tasawuf,
al-Nahajjury)



"Barangsiapa yang cemerlang permulaannya, maka cemerlang (pula) pada penghabisan."

(Kalam Hikmah,
al-Imam Ibnu Athaillah al-Iskandari)



"Barangsiapa cemerlang pada permulaan sesuatu yang ia kerjakan, yakni segala waktunya tidak terbuang, tetapi dipenuhinya dengan ibadat dan taat, serta semua perhatiannya diarahkan untuk itu, maka hasil daripadanya ia akan mendapat kecemerlangan pula pada penghabisannya. Ia akan mendapat limpahan Nur, ilmu ladunni (ilmu secara langsung) dari Allah SWT. Segala sesuatu yang menghambat antara dia dengan Allah akan hilang sehingga timbullah hubungan yang suci, yang penuh dengan rasa cinta dan asyik antara dia sebagai hamba Allah dengan Allah SWT. Tetapi apabila ia melaksanakan amal ibadatnya dengan tidak serius, di mana seluruh perhatiannya tidak tertumpah pada apa yang dikerjakannya, maka tujuan terakhir seperti tersebut tidak akan diperolehinya bahkan pula jauh dari apa yang dicita-citakannya. Walaupun berhasil, maka hasilnya tidak akan sempurna. Dengan kata lain, tidak mendapat "keuntungan", tetapi untungnya hanya sekadar balik modal."


(Syarah Ibnu 'Ibaad,
Syeikhul Islam Abdullah Syarqawy)



Hidup penuh masalah...indahnya hidup adalah bagaimana cara kita menghadapai dan mengatasi masalah tersebut



"Tidaklah disebut (sebagai) alim orang yang mengetahui kebenaran dan kejelekan. Tetapi orang alim sejati ialah mengetahui kebaikan dan mengikutinya, serta mengetahui kejelekan dan menjauhinya:


“Jangan direnungkan letihnya usaha tetapi renunglah manisnya kerjayaan”


Sesungguhnya kerjayaan itu bukanlah sebuah destinasi, Bahkan ia adalah sebuah perjalanan. Tempuhilah setiap hari dengan belajar dan member kerana itulah kerjaya hidup seorang hamba”



DOA-DOA UNTUK PEPERIKSAAN


Ya Allah sinarlah hati kami dengan pentunjukMu..sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya magtahariMu selama-lamaNya… dengan rahmatMu wahai Allah yang maha menyayangi.



Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:


(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"



Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)




Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan



(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali


Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)




Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.


(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')


Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh


AMIN YARABBA A'LAMIN

Read more...

Thursday, October 15, 2009

Keras hati yang dilembutkan oleh Air (zikir)


Melihat diri sejak akhir-akhir ini semakin celaru dan merasa semacam kosong hati ini. walaupun sentiasa berdampingi dengan ilmu agama (disebabkan belajar bidang agama) . Namun seolah-olah mempelajari ilmu agama tidak memberi kesan kenikmatan mempelajari ilmu agama. Entahlah dimana silapnya? bila melihat diri ini yang semakin hari semakin jauh dengan amal kepada Allah. Semakin terasa ilmu yang dipelajari tiada mafaatnya. Teringat ata-kata seorang ulama yang setiap bait kata-katanya sungguh memukau:

"Aku melihat menyibukkan diri dengan fiqah dan mendengar hadis tidak cukup untuk merawat hati melainkan ilmu itu digabungkan dengan perkara-perkara yang melembutkan hati dan membaca sejarah orang soleh.

adapun mengetahui perkara halal dan haram bukanlah satu peranan yang besar di dalam melembutkan hati. sesungguhnya yang melembutkan hati ialah dengan menyebut cerita-cerita yang menyentuh hat idan cerita-cerita orang soleh kerana mereka orang yang memahami maksud daripada hadis-hadis yang dinukilkan. Mereka keluar daripada zahir cerita kepada aspek rohani dan sentimen cerita-cerita tersebut.

Tidaklah aku ceritakan perkara ini melainkan untuk merawat dan mengubat kerana aku melihat pelajar-pelajar yang belajar hadis, minat mereka hanya kepada mendapat sanad hadis yang tinggi dan minat fuqaha ialah untuk memperhebatkan perdebatan mereka"-Ibn Jauzi

Balik daripada sembahyang jumaat sebentar tadi masih tengia-ngia ayat yang dibaca oleh khatib sebentar tadi:

Firman Allah yang bermaksud: "Ingatnya, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram." – (Surah al-Ra'ad, ayat 28)

Mungkin sebab hati ini jadi celaru kerana kurangnya berzikir. Dek kerana terlampau berhati-hati untuk tidak menjerumuskan diri dalam bid’ah (kesipan diri mengaplaikan makna bid’ah tue sendiri). Melupakan galakkan yang banyak didalam quran supayam sentiasa berzikir kepada allah. Selain ayat al-Quran diatas banyak lagi ayat yang menggalakn kita berzkir antaranya:

Orang yang memperbanyakkan zikir, dosanya akan diampuni sekali gus mendapat ganjaran pahala besar seperti firman yang bermaksud: "Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Aku sudah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar." – (Surah al-Ahzab, ayat 35)

Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang." (Surah al-Ahzab, ayat 41-42)

Sesungguhnya seseorang yang lalai daripada mengingati Allah bermakna dirinya dihinggapi penyakit sombong, lupa asal kejadian diri sebagai makhluk lemah yang diciptakan semata-mata supaya mengabdikan diri kepada-Nya dan mewarisi sifat orang munafik.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan, apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riak (dengan solat) di hadapan manusia. Dan, tidaklah mereka menyebut Allah, kecuali sedikit sekali." (Surah an-Nisa, ayat 142)

Malahan ulama sendir menyatakan bagi mukmin sejati, zikir dan hati adalah satu nyawa, tidak boleh dipisahkan.

Ia ditegaskan Ibn Taimiyah: "Zikir bagi hati adalah umpama air bagi ikan, bagaimana keadaan ikan apabila berpisah daripada air?"

Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata: "Tidak dimungkiri bahawa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan apabila ia berzikir, hatinya akan bersih."

Sesungguhnya dengan selalu ingat kepada Allah, akhlak diri menjadi indah dan menarik, sekali gus menjadi cermin bagusnya nilai ajaran Islam dan hebatnya orang mukmin pada mata orang bukan Islam seperti pernah ditunjukkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Jangan jadikan sibuk dengan urusan kehidupan di dunia sebagai alasan lupa kepada Allah. Sungguh Allah melarang keras seseorang memiliki sifat lalai seperti ditegaskan firman yang bermaksud: "Janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai." – (Surah al-A'raf, ayat 205)

Moga-moga artikel ini menjadi peringatan kepada diri sendiri dan shabat-sahabat sekalian. Marilah kita jadikan zikir merupakan ucapan dan kata-kata yang menjadi rutin dan kewajipan kita setiap hari>

-Peringatan diri yang lupa-

waAllahualam



Read more...

Sunday, October 11, 2009

ADAKAH ORANG ISLAM MENYEMBAH KAABAH?


20questns_abt_islam.jpgSoalan:
Memandangkan Islam mengharamkan penyembahan berhala, mengapa orang Islam menyembah dan tunduk kepada Kaanah semasa solat?

Jawapan:
Kaabah adalah kiblat iaitu arah yang dihadap apabila orang Islam menunaikan solat. Penting untuk dinyatakan, sungguhpun orang Islam menghadap Kaabah semasa solat, mereka tidak menyembah Kaabah. Orang Islam menyembah dan tunduk hanya kepada Allah (S.W.T.).

Surah Baqarah menyebut:
“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan mukamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya.”
[Al-Baqarah 2:144]

1.Islam menganjurkan perpaduan.

Contohnya jika orang Islam ingin menunaikan solat, berkemungkinan ada orang yang ingin menghadap utara, ada yang ingin menghadap selatan. Untuk menyatukan umat Islam dalam penyembahan kepada Tuhan Yang Satu, di mana sahaja mereka berada, umat Islam disyaratkan menghadap hanya satu arah, iaitu Kaabah. Jika ada umt Islam yang tinggal di sebelah barat Kaabah, mereka menghadap ke timur. Begitu juga, jika mereka tinggal di sebelah timur Kaabah, mereka menghadap ke barat.

2. Kaabah terletak di Tengah Peta Dunia.

Orang Islam merupakan orang pertama melukis peta dunia. Mereka melukis peta dengan bahagian selatan menghala ke atas dan utara menghala ke bawah. Kaabah terletak di tengah-tengah. Kemudian, ahli kartografi barat pula melukisnya terbalik, utara menghala ke atas dan selatan pula menghala ke bawah. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, Kaabah terletak di tengah-tengah peta dunia.

3. Tawaf mengelilingi Kaabah menandakan satu Tuhan.

Apabila orang Muslim pergi ke Masjidil Haram di Mekah, mereka mengerjakan tawaf ataupun membuat pusingan mengelilingi Kaabah. Perbuatan ini melambangkan kepercayaan dan penyembahan Tuhan Yang Satu, iaitu, sebagaimana setiap bulatan mempunyai satu pusat, maka, hanya Allah (S.W.T.) sahaja yang layak disembah.

4. Hadis Umar (r.a.)

Berkenaan batu hitam, Hajarul-Aswad, terdapat hadis yang dikaitkan dengan sahabat terbilang Nabi Muhammad (S.A.W.), Umar (R.A.).

Menurut Sahih Bukhari, Jilid 2, Kitab Haji, bab 56, H.No. 675, Umar (r.a) berkata,”Aku tahu engkau adalah batu dan tidak mendatangkan sebarang manfaat ataupun kemudaratan. Jika tidak kerana aku melihat Nabi (S.A.W.) menyentuh (dan mencium) kamu, nescaya aku tidak akan menyentuh (dan mencium) kamu.”

5. Ada orang berdiri di atas Kaabah dan melaungkan azan.

Semasa zaman nabi, ada orang yang berdiri di atas Kaabah dan melaungkan azan, ataupun panggilan untuk solat. Mungkin kita boleh bertanya orang yang mendakwa bahawa umat Islam menyembah Kaabah: siapakah penyembah berhala yang berdiri di atas berhala yang disembahnya?

Petikan daripada buku: 20 Persoalan Paling Lazim Tentang Islam (Tulisan Dr. Zakir Naik)(Terbitan Saba Islamic Media 2006)

Read more...

Monday, October 5, 2009

BENCANA IKTIBAR KEPADA KITA


DUNIA SUDAH TUA

Bila membaca surat khabar online yang memuatkan berita tentang kematian 30 kanak-kanak yang mengaji al-Quran dimasjid, sayu hati mengetahuinya. Ia merupakan rentetan gempa bumi berkekuatan 7.6 Skala Ritcher menggegarkan Sumatera Barat pada rabu lalu. Setakat ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan 1,100 terkorban dan angka itu mungkin mencecah 5,000 orang tetapi Indonesia merekodkan sebanyak 650 maut dan 672 hilang.

Gempa bumi ini turut sama dirasai oleh rakyat Malaysia bila mana 100 buah rumah telah rosak di persisir pantai Kelantan dan Terengganu dan seorang remaja perempuan maut ditimpa pokok di Pantai Kemanyang, Bachok dan empat parah di Pangkalan Chepa.

Pada minggu lepas juga di negeri Pahang, sebanyak 5 buah kampung telah mengalami hujan air batu yang menyebabkan kerosakan harta benda. Saiz hujan tersebut ada mencecah sebesar penumbuk mengikut apa yang telah dilaporkan oleh pihak akhbar tempatan. Kemudian di kepulauan Samoa dan Tonga, sekurang-kurangnya 113 orang terkorban akibat tsunami berpunca daripada gempa bumi kuat di Lautan Pasifik.

Dalam suasana dunia masih dilanda wabak H1N1, setakat ini dinegara kita sahaja, korban akibat H1N1 mencecah 77 orang. Malahan wabak ini terus menular dan merebak diseluruh kawasan didunia. Manakala dinegara-negara lain ribut, banjir dan taufan sering melanda dinegara-negara tersebut. Sebagai contoh kerajaan Taiwan terpaksa bertindak memindahkan lebih 6,000 penduduknya awal hari kelmarin sebagai persiapan menghadapi Taufan Parma yang semakin menghampiri negara pulau ini. Negara itu juga yang baru-baru ini diancam dengan aufan Morakot pada Ogos lalu.

BENCANA AKIBAT PERBUATAN MANUSIA

Di atas merupakan beberapa rentetan bencana yang saya masukan. Setiap tahun kita sering melihat dan mendengar pelbagai bencana yang menimpa dunia. Bala bencana ini bertepatan dengan firma Allah:

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala ni'mat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut dengan bala bencana yang membinasakan, maka mereka pun berputus asa dari mendapat sebarang pertolongan. ( al-An’aam ayat 44)

Hadis rasulullah yang diriwayatkan at-Tarmizi daripada Ali bin Abi Thalib r.a .sabda Rasulullah s.a.w:

Apabila umatku melakukan lima belas perkara, maka nyatalah kepada mereka bala bencana. Lalu para sahabat bertanyanya: Apakah dia wahai Rasulullah?


Sabda Rasulullah s.a.w:

  • Apabila harta negeri menjadi milik yang berpusing di kalangan orang-orang yang tertentu,
  • apabila amanah dianggap peluang untuk mendapat harta,
  • apabila zakat dianggap cukai,
  • apabila lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya,
  • apabila ia memuliakan kawannya dan berkasar terhadap bapanya,
  • apabila hingar bingar di dalam masjid,
  • orang yang menjadi ketua di kalangan kaum ialah orang yang paling jahat dan hina,
  • dimuliakan seseorang kerana takutkan kejahatannya,
  • diminum arak,
  • dipakai sutera oleh kaum lelaki,
  • diambil penyanyi-penyanyi wanita dan alat-alat muzik untuk dipuja,
  • orang-orang yang akhir di kalangan umat ini mengutuk orang yang terdahulu,

Manakala hadis yang diriwayatkan ibnu Majah daripada ibnu Omar mafhumnya, nabi menyatakan lima perkara yang disegerakan bala iaitu terzahirnya zina, mengurangkan timbangan, tidak berzakat, mungkin janji dengan Allah dan rasul juga pemimpin tidak melaksanakan hukum Allah. Perkara yang disebut oleh rasulullah s.a.w telah terzahir pada masa sekarang dan ini merupakan akibat perbuatan kita selama ini. Pelbagai ancaman dan peringatan yang telah nabi ingatan kepada kita, malahan kisah umat-umat terdahulu sepatutnya kita mengambil ikthibar tetapi kita masih lalai.

BENCANA TIDAK KENAL SESIAPA

Sedar atau tidak bencana tidak pernah memilih sesiapa, orang kafir, orang yang membuat maksiat, kanak-kanak atau orang beriman sekalipun, semuanya tidak terlepas daripada bala daripada Allah. Oleh itu, menjadi kewajipan kepada kita untuk melaksanakan dakwah dan menegakkan amar makruf serta mencegah mungkar. Ironinya, ada sesetengah yang diseru atau mad’u berkata:

jangan jaga tepi kain oranglah”

“kubur masing-masing la.. masing-masing tanggung”

‘agamakan hak indi vidu, kenapa perlu campur tangan” (pengaruh secular

Itulah antara yang dilontarkan mereka, mereka mengagap mereka tidak perlu ditegur, bagi mereka agama hak individu, racun pemikiran yang dibawa oleh kafir menjadi hujah mereka. Maka mereka menafikan hak-hak untuk berdakwah. Namun yang sebenarnya, agama milik umat islam seluruhnya, umat islam wajid berdakwah walaupun sesama muslim. Antara sebabnya BENCANA TIDAK MENGENALI SESIAPA’

waAllahualam

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP