Sunday, December 27, 2009

BELAJAR DARI PEROMPAK


Sewaktu pulang dari Jarjan menuju kampung asalnya di Thusia, segerombolan perompak padang pasir telah menyerang rombongan yang disertai oleh beliau. Mereka merampas semua harta yang ada pada rombongan itu. Antara yang di rampas ialah catatan ilmu yang dipelajari oleh beliau dari gurunya di Jarjan, Imam Abu Nasir Al Ismaili.

Beliau menemui ketua perompak itu dan meminta agar catatannya itu dipulangkan kerana beliau sangat menyayangi dan menghargainya
.

“Kalian boleh ambil semua barang-barangku tapi jangan mengambil barang ini”. Beliau merayu.

Perompak itu menduga bahawa pasti itu barang-barang yang berharga. Secepat kilat merebut dan merampasnya. Mereka tidak melihat apa-apa kecuali lembaran kerats-kertas hitam.

“Apa ini? Untuk apa engkau menyimpangnya?” Tanya perompak itu.

“Itulah barang-barang yang tiada akan berguna bagi kalian tapi berguna bagiku,”
jawab beliau.

Perompak itu bertanya lagi. Apa gunanya?”

“Ini adalah hasil pelajaranku selama beberapa tahun. Jika kalian merampasnya dariku, maka ilmuku akan akan habis dan usahaku yang ber
tahun-tahun itu akan sia-sia.” Katanya lagi.

“Hanya yang ada didalam lembaran-lembaran inikah ilmumu?” Tanya salah seorang perompak.

“Ya,” Jawabnya.

“Ilmu yang disimpan di dalam bungkusan dan dapat dicuri sebenarnya bukan ilmu. Fikirkankanlah nasib dirimu baik-baik.” Kata perompak itu.

Namun begitu, ketua perompak itu akhirnya memulangkan juga catatan tersebut kepada beliau. Selepas peristiwa itu, beliau menghafal seluruh isi catatannya itu dan apabila menghadiri majlis-majlis ilmu, beliau lebih mengutamakan pemahaman yang sungguh-sunguh dari sekadar mencatat. Beliau benar-benar terkesan dengan sindiran ketua perompak itu. Beliau yang di maksudkan di atas ialah Imam Al-Ghazali
Tahniah sahabat-sahabat

Semasa minggu usulluddin yang lalu, sahabat dari jabatan usulluddin telah mengadakan persembahan pentomen. Dan wakil pelajar tahun tiga telah menyajikan pentomen berkenaan dengan Iman al-Ghazali. Walaupun saya tidak dapat menghadiri semasa hari pesembahan tersebut, namun banyak komen menyatakan persembahan tersebut Berjaya. Saya telah mengikuti beberapa siri latihan persembahan tersebut, antara yang agak menarik bagi saya adalah kisah diatas. Rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapakan tahniah kepada sahabat-sahabat sekalian. Sahabat-sahabat mempunyai bakat untuk berdakwah mengunakan saluran drama dan filem, mungkin metod dakwah seperti ini memberi kesan yang baik kepada masyarakat.

Pengajaran kisah di atas Belajar dari perompak

Belajar dari perompak, seolah-olah ayat tersebut agak keterlaluan. Bagaimana mungkin kita boleh belajar daripada seorang perompak, apa yang kita tahu perompak merupaka seorang yang amat jahat dan sudah tentu mereka hanya mengarah kepada kejahatan. Sikap prejudis-menghukum sebelum mengadili sering terjadi. Hanya kerana ia membuat kehatan, maka lansung kata-katanya tiada kita pertimbangkan.

Dalam konteks kita sekarang, hanya kerana mereka berbeza pandangan dan juga hanya kerana seseorang daripada parti lawan, maka cakapnya tentu tidak benar! Malah lebih parah lagi bila keputusan, pertimbangan, penilaian dan pengkajian terhadap sesuatu tidak lagi bersandarkan kepada nilai agama, displin ilmu atau sikap professional dalam sesuatu bidang, tetapi lebih dipengaruhi sentimen yang nafsu menjadi ukuran. Jika beginilah sikap Imam al-Ghazali, sudah tentu kita tidak mengenali ketokohan beliau. Benarlah kata hukama’, “Jangan engkau melihat kepada siapa yang berkata tetapi lihatlah kepada apa yang diperkatakan.”

Ilmu fi kutub ?

Kesan peristiwa di atas, imam al-Ghazali telah mengubah ciri pembelanjarannya dari membuat catatan kepada hafalan dimana beliau telah menghafal buku-buku catatan keseluruhannya. Tindakan dan perubahan yang dilakukannya ini telah telah menjadikan beliau sebagai seorang pakar di dalam pelbagai bidang ilmu yang diikutim sehingga para penkaji telah menyifatkan beliau sebagai ensiklopedia ilmu juga hujjtulIslam.


Reality sekarang, kebanyakan para penuntut ilmu hanya meletakan ilmu fi kutub laisa fi sudur (ilmu di kitab bukan didalam dada). Jika ditanya tentang apa yang telah dipelajari kebanyakan perlu mencari kitab-kitab atau helaian catatan baru jawapan itu terjawab. Inilah yang berlaku kepada diri saya dan yang sealiran dengannya. Namun disini bukan semata-mata ilmu itu pada hafalan, jika dalam matematik dan sains kita hanya menghafal teori dan formula, tetapi berbeza dengan rukun Islam bukan perlu mengafal semata tetapi perlu juga adanya tindakan. Oleh itu, orang yang Islam yang mengaji agama sebagai bidang atau tidak, perlulah menekan aspek “substance” dan berorientasi penghayatan dan amalan. Supaya kita menepati matlamat utama kita iaitu Allah s.w.t.

Bersempena 10 Muharram dan tinggal beberapa hari lagi, 2009 akan meninggalkan kita, perlulah kita melakukan satu penghijrahan terutama dalam kita menuntut ilmu. Moga perubahan kita lakukan akan melahirkan kita manusia yang hebat kerana surga hanya menerima manusia yang hebat.


waAllahualam..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP