Tanda-tanda kecil kiamat
Daripada hakikat-hakikat yang telah diputuskan dalam agama kita sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang tiada keraguan lagi padanya. Adapaun ilmu tentang waktu berlakunya adalah di dalam ilmu Allah SWT. Sebagaimana Firman Allah SWT:
¨bÎ) ©!$# ¼çny‰YÏã ãNù=Ïæ Ïptã$¡¡9$# ÇÌÍÈ [1]
Maksudnya:
Sesungguhnya di sisi Allah SWT pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat.
Dan ditanya Rasulullah saw tentang waktu berlakunya kiamat maka baginda bersabda:
Maksudnya:
“Tidakkah yang bertanya itu lebih tahu daripada yang kena tanya itu?” ( Riwayat Bukhari dan Muslim)
1. Terbelahnya bulan pada zaman Rasulullah saw ( Tanda yang telah muncul dan tidak akan kembali lagi )
Firman Allah SWT:
ÏMt/uŽtIø%$# èptã$¡¡9$# ¨,t±S$#ur ãyJs)ø9$# ÇÊÈ [1]
Maksudnya:
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.
2. Kewafatan Nabi Muhammad saw ( Telah muncul dan tidak akan kembali )
Daripada Auf bin Malik telah berkata: Aku telah mendatangi Rasulullah saw dalam peperangan Tabuk dan baginda saw berada di dalam khemah yang dibuat daripada kulit yang disamak, lalu baginda bersabda: Bilanglah 6 perkara sebelum berlakunya kiamat: kewafatanku, kemudian pembukaan ( pembebasan Bait al-Maqdis ), Kemudian kematian yang akan menimpa kamu sepertimana yang menimpa kambing( mati dengan mudah diserang penyakit ), harta yang melimpah ruah sehinggakan seorang lelaki diberikan seratus dinar maka dia masih marah dan tidak menyukai, Kemudian akan berlaku fitnah yang tidak akan kekal satu rumah pun daripada rumah-rumah arab kecuali akan dia masuki( semua rumah akan dimasuki ), kemudian akan berlaku perjanjian di antara kamu dan Bani Asfar (Rom) dan mereka akan datang dibawah 80 puluh bendera, satu bendera seramai 12000 tentera.( Riwayat Bukhari)
· Dan Bait al-Maqdis telah dibuka pada zaman khalifah Umar al-Khatab.
3. Muncul golongan yang mendakwa sebagai Nabi
Tidak berlakunya kiamat sehingga diutuskan dajjal yang mendusta hampir 30 orang, semuanya mendakwa bahawa mereka adalah Rasulullah. ( Riwayat Muslim )
4. Mensia-siakan amanah dengan menyandarkan pekerjaan kepada yang bukan ahlinya.
“Apabila disandarkan amanah maka tunggulah akan datang hari kiamat. Dia berkata: Bagaimana disandarkannya wahai Rasul saw? Baginda bersabda: Apabila disandarkan pekerjaan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan kiamat”. ( Riwayat Bukhari )
5. Munculnya perempuan yang tidak menutup aurat
“Daripada Abu Hurairah telah berkata: telah bersabda Rasul saw : Ada 2 golongan daripada ahli neraka yang aku tidak sempat lihat. Kaum yang bersama mereka itu cemati seperti ekor lembu, mereka memukul manusia dengan menggunakan cemati tersebut,dan perempuan yang memakai pakaian tetapi berbogel dan mengajak manusia meniru gaya mereka dan perempuan yang bergaya ketika berjalan, kepala-kepala mereka seperti bonggol unta, golongan-golongan ini mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan bau syurga sedangkan bau syurga ini boleh dihidu dari jarak yang jauh.( Riwayat Muslim )
( Tidak menutup aurat ) iaitu Mereka yang memakai baju yang tidak menutup aurat keseluruhan tubuh badannya, atau nipis yang boleh menampakkan dibawahnya, atau sempit yang boleh melambangkan bentuk tubuh badannya.”
6.Munculnya alat-alat muzik dan menghalalkannya
“Daripada Abi Malik al-Asy’ari telah berkata: Aku mendengar Rasul saw bersabda: Akan berlaku pada umatku satu kaum yang menghalalkan sutera, berlaku zina, arak, dan alat-alat muzik”. ( Riwayat Bukhari )
Telah berlaku pada zaman ini gambaran yang hidup dan boleh lihat benar apa yang diceritakan oleh Rasul saw, bukan sahaja mereka menghalalkan mainan muzik itu bahkan mengagungkan kedudukannya sehingga jadilah penyanyi/artis dikalangan manusia menjadi idola dan tinggi kedudukannya lebih tinggi daripada pendakwah dan orang yang soleh, maka layaklah zaman sekarang ini digelar sebagai zaman nyanyian.
6. Tanah Arab kembali menjadi padang-padang ternakan dan juga sungai-sungai( dulu padang pasir)
Daripada Abi Hurairah Sesungguhnya Rasul saw telah bersabda: Tidak berlaku kiamat sehingga kembali tanah Arab menjadi padang-padang ternakan dan sungai-sungai. ( Riwayat Muslim )
· Ulama’ geologi sudah mengetahui bahawa perkara ini akan dilakukan.
7. Ketinggian orang yang melakukan kerosakan di atas muka bumi dan mereka menguasai pentadbiran-pentadbiran negara
Rasul saw telah bersabda: Sesungguhnya akan datang kepada manusia zaman yang berlakunya tipu daya, membenarkan orang yang mendusta, mendustakan orang yang bercakap benar, diberi amanah kepada orang yang khianat,mengkhianati orang yang beramanah, dan bercakap pada ketika itu ruwaidhah. Apa yang dimaksudkan dengan ruwidhah? Baginda bersabda: orang yang bodoh tetapi bercakap pada orang ramai. (Riwayat Ahmad)
· Sebahagian daripada tanda-tanda kecil kiamat yang berlaku sekarang ini yang dikhabarkan oleh Nabi saw kepada kita berlaku dengan sebenar-benarnya tetapi semua kegelapan janganlah mendorong kita berputus asa bahkan semoga setiap kali timbulnya tanda-tanda kiamat yang lebih besar maka ia akan menambahkan lagi keimanan dan keyakinan kita kepada Allah SWT.
[1] Al-Quran, al-Qamar 54:1
[1] Al-Quran Luqman 31:34
0 comments:
Post a Comment