Wednesday, June 23, 2010

Militan di Kampus, satu tanggapan


Heboh sekarang, aktiviti kumpulan militan mula memasuki kampus samada isu ini benar atau tidak? ini dilihat membahayakan dan perlu diambil peduli. Di kala Negara sentiasa timbul isu baru, timbul pulak isu kumpulan militan. Sudah tentu ia ini melibatkan keselamatan Negara dan kementerian dalam negeri yang memainkan peranan yang penting dalam isu ini. Pertamanya penulis mengucapkan syabas kepada pihak terlibat khususnya risikan Negara yang Berjaya mendedahkan dan mengambil langkah membendung perkara ini. Sekurang-kurangnya dapat menggambarkan bahawa keselamatan Negara terjamin keran kita mempunyai sistem keselamatan yang terbaik. Walaupun sebelum ini sedikit tercalar dengan isu-isu yang melibatkan keselamatan Negara seperti risikan Israel dalam APCO, hilangnya enjin jet, kapal selam dan sebagainya.



Sebalik pujian ini, akal nakal penulis terus melayarkan mindanya, dengan berfikir perkara yang dilihat hanya sisi negatif. Di benak penulis timbul beberapa perkara yang sesetengahnya telah dilontar oleh individu tertentu. Mungkin di sini lontaran pandangan sebagai bacaan sahaja tidaklah sampai tahap mempercayai, penulis beberapa kemungkinan yang ada:



1. Cuba mengalih beberapa isu



Mutakhir ini Negara sering dikejutkan beberapa peristiwa besar. Kebanyakan isu yang timbul, mengakibatkan timbulnya persoalan ketelusan, kecekapan dan keberkesanan pemerintah. Dari isu APCO, kapal selam, enjin jet, pembunuhan Altaltuya, bangunan runtuh, pembelian yang tidak masuk akal dan isu-isu lain. Dilihat, hampir semua menjuruskan mempersoalkan pengurusan dan pentadbiran Negara. Ini tidak langsung membawa kebimbangan kepada pihak yang terlibat, sudah pastinya isu-isu tersebut akan memberi impak yang negatif kepada undian yang akan diperoleh nanti, tambahan lagi ura-ura pilihanraya ke-13 sudah tidak lama lagi. Apabila ini ditimbulkan akan memberi peluang mereka untuk membentuk landskap politik yang memihak kepada mereka. Walaupun terdapat laporan yang dikeluarkan oleh Merdeka Center, berdasar kajian mereka sokongan pimpinan tertinggi pihak tersebut meningkat, tambahan pilihanraya di Hulu Selangor baru-baru ini memberi suntikan positif. Namun pilihanraya di Sibu menafikan kembali tanggapan tersebut, ini memerlukan persediaan yang rapi dan satu isu yang boleh mengalih tumpuan rakyat.



2. Kenapa begitu mudah dikaitkan Islam dengan keganasan



Sejak akhir-akhir ini, penulis melihat trend di mana pengganas atau keganasan dikaitkan dengan Islam, teoririsme dikaitan dengan Islam. Anti-Islam atau Islam dikaitkan dengan keganasan yang digunapakai oleh Amerika apabila ia cuba mengaitkan runtuhan WTC pada 11 September 2001. Kondisi anti Islam ini dilihat semakin mendapat tempat di dada akbar dan media massa tidak kira di negara non-muslim atau di negara Islam. isu ini seolah-olah menjadi sinonim dengan Islam, apabila disebut pengganas pastinya dikaitkan dengan Islam. Kenapa menjadi begitu, malahan Negara umat Islam sendiri terikut-ikut dengan trend ini yang melahirkan Islamphobia di kalangan masyarakat. Sebenarnya, jika dilihat isu ini, boleh dikatakan tiap-tiap hari pastinya ada pembunuhan terhadap umat Islam. Bukan sahaja Isu Palestine sahaja, tetapi terdapat juga dinegara lain, yang mempunyai umat Islam. Seolah-olah kita lupa kepada Chehnya, Kashmir, Sudan, Xinjiang dan banyal lagi tempat yang mempunyai umat Islam malahan jiran sebelah rumah kita sahaja, iaitu selatan Thailand yang isu tidak selesai-selesai.



Sekarang siapa yang sepatutnya digelar pengganas, mereka yang menuduh orang pengganas ini, tangan-tangan merekalah yang penuh berlumur darah-darah orang yang tidak berdosa, mereka yang juara dalam menuduh orang lahir pengganas inilah yang membunuh rakyat Iraq, Afganistan, Palestine dan banyak lagi Negara dengan bukti yang tidak pernah wujud, bukahkah sepatutnya mereka ini, digelar pengganas? bukan hanya mengelar pihak Islam militant sahaja. Pendapat ini, bukannya bermakna bersetuju keganasan yang dilakukan oleh Umat Islam yang tidak berlandaskan syara’, hanya emosi semata. Namun tulisan disini hanya mengajak kita berfikir, kenapa kita mudah terikut trend yang dibina oleh kufar. Sehingga kita yang merugikan perkembangan Islam, lupakan kita dengan ayat :



Al Baqarah 120 : "Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".



Teringat pula, penulis kepada penasihat komunikasi dan strategik Negara kita, siapakah mereka?, adakah mereka terlibat dengan semua ini. Adakah isu ini menyebabkan tangkapan kembali ke dalam ISA? Sama-sama kita renungkan.



3. Membentuk perspektif negatif kepada persatuan Islam di kampus



Akal nakal penulis terus berfikiran negatif, kenapa isu-isu pengganas ini ditimbulkan?. Benar-benarkah terdapat Jemaah Islamiah di Kampus.? Jika benar kumpulan ini wujud, dan kumpulan ini mengajak ke arah keganasan dan melakukan sesuatu di luar batasan syarak memang sepatutnya dibendung. Namun di sini akal nakal penulisan, tidak menolak kemungkinan ini cara untuk membendung persatuan Islam di Kampus terus berkembang dan diterima mahasiswa. Kenapa ada kemungkinan ini, jika dilihat kecenderungan pihak pentadbiran lebih ke arah membenarkan aktiviti yang bersifat hedonisme dan pembentuk mahasiswa yang tahu angguk sahaja tidak pandai menggeleng. Tetapi sebaliknya persatuan Islam ini yang selalunya dilihat menentang lahirnya budaya. Inisecara tidak langsung, persatuan Islam, dilihat meganggu perancangan mereka, dan mutakhir ini juga persatuan Islam dilihat penggerak utama bagi melahirkan kebangkitan Mahasiswa.



Jika benar tanggapan ini, maka perlulah mereka menangani perkembangan persatuan Islam, dengan cara mewujudkan tanggapan negatif kepada persatuan Islam. Bila tanggapan negatif dapat dimanipulasikan, secara tidak langsung mahasiswa akan berhati-hati dengan persatuan Islam. Tambahan mahasiswa yang baru hendak mengenali dunia kampus, pastinya mendapat nasihat dari ibu bapa supaya berhati-hati dengan persatuan Islam, dengan nasihat jangan mengandaikan pengajian dengan penglibatan dengan persatuan Islam. Perlukah dipersalahkan ibubapa tersebut? agak sukar untuk mempersalahkan mereka, kerana mereka didedahkan oleh media dengan begitu. Dengan cara ini, persatuan Islam secara tidak langsung sukar untuk mendapat sokongan malahan persatuan Islam juga sukar untuk mengadakan aktiviti yang membolehkan mahasiswa terjun kepada masyarakat kerana tanggapan negatif tersebut mula menerjah ke minda mereka. Kebimbangan yang besar, sudah tertentu dakwah di kampus pasti mengucup, dan aktivis dakwah semakin kurang.



4. Adakah ini cara membendung kebangkitan mahasiswa?



Sebagaimana tanggapan penulis di atas, gerakan mahasiswa di kampus ke banyak dipelopori oleh persatuan Islam, namun tidaklah sampai penulis menafikan gerakan yang berwadahkan Islam sebagai perjuangan juga pencetus kebangkitan mahasiswa. Akhir-akhir ini, semakin menampakkan bibit-bibit kebangkitan mahasiswa era 80-an dan awal 90-an. Dengan pelbagai isu, yang mahasiswa cuba juarai, malahan mahasiswa dilihat semakin berani melontarkan idealisme mereka bukan sekadar dibir-bibir mulut tetapi bergerak seiringi dengan melangkahnya kaki dan menhayunnya tangan. Mereka semakin berani mewujudkan mahasiswa yang intelektual yang mampu untuk berfikir panjang dan boleh untuk menangani sesuatu isu itu berdasarkan kepada ilmu dan pengalaman yang diperoleh semasa di universiti.



Kebangkitan ini semakin menyesakkan dada dan survival politik sesetengah pihak. Mahasiswa mula semakin berani memaparkan ketidakadilan yang berlaku, mereka juga mula membuka mata masyarakat untuk menuntut keadilan. Perkara ini, yang menjadi ke bimbingan sesetengah pihak, yang sebelum ini, kebanyakan mahasiswa dengan mudah untuk dibela dan diternak. Kebimbangan ini juga, memerlukan mereka membendung gerakan mahasiswa yang terlibat. Antara caranya ialah dengan memaparkan imej negatif kepada mereka, dengan cara ini perkembangan gerakan mahasiswa ini semakin tidak mendapat sokongan dan secara tidak langsung akan memudahkan gerakan mahasiswa semakin pudar dan mengucup.



Hati benar berkata


Jika dilihat pendapat di atas hanya sisi negatif yang dilontarkan oleh penulis, seolah-olahnya busuk sungguh niat mereka yang mendedahkan Jemaah Islamiah di kampus ini. Namun di sini penulis tidaklah menghukum sebegitu rupa, hanya penulis melontarkan kebimbangan yang tercetus oleh akal nakal penulis, apa yang diharapkan lontaran pendapat di atas yang mempunyai sisi negatif itu tidak benar. Mengharapkan biarlah perkara tersebut hanya tanggapan sahaja, biarlah pihak yang mendedahkan itu merupakan orang yang benar, biarlah dipihak mereka sekelumit pun tidak ada sisi negatif yang disebut di atas. Biarlah apa yang didedahkan mereka tidak memberi impak yang negatif kepada Negara dan Islam utamanya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP