Monday, October 26, 2009

Satu Pandangan - Bajet 2010


“Biasalah rakyat mesti nak tengok apa yang dapat, kakitangan kerajaan semestinya bonus”

“Rakyatnya nie nak subsidi.. bersyukurlah apa yang kerajaan bagi”

“Biarlah kerajaan nak cadang ape-ape janji kita hidup senang”

Ini antara respon yang saya perolehi daripada sahabat-sahabat apabila saya meminta pendapat berkenaan bajet 2010 sebelum ia dibentangkan.

Bajet 2010

Bajet 2010 telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada hari Jumaat, 23 Oktober 2009 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan. Rumusan daripada bajet tersebut ialah Melaksanakan tiga strategi iaitu memacu Negara kearah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistic dan mapan dan mengutamakan kebajikan rakyat. ,

Kerajaan mencadangkan sejumlah 191.5 bilion ringgit diperuntukkan bagi Bajet 2010. Ini merupakan pengurangan 11.2 peratus, berbandingperuntukan disemak sebanyak 215.7 bilion ringgit bagi tahun 2009.Sebagai seorang mahasiwa pastinya kandungan yang menyentuh golongan pelajar diambil perhatian.

Berikut antara intipati kandungan bajet 1Malaysia, Kemakmuran Bersama yang menyentuh tentang golongan pelajar, IPTA

Menjaga kebajikan pelajar

Sebagai galakan, Kerajaan berhasrat memberi ganjaran kepada pelajar cemerlang dalam pendidikan. Untuk ini, Kerajaan akan :


Menjaga kebajikan pelajar

Sebagai galakan, Kerajaan berhasrat memberi ganjaran kepada pelajar cemerlang dalam pendidikan. Untuk ini, Kerajaan akan :

  • menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik atau creme de la creme berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia;
  • menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010


Kerajaan prihatin terhadap kebajikan golongan pelajar terutamanya mereka yang datang daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah.

  • untuk itu kita akan memberi diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar. Kad diskaun pelajar 1Malaysia percuma boleh diperoleh dari KTMB. Diskaun tambang ini bermula 1 Januari 2010; dan
  • menawarkan pakej netbook, termasuk perkhidmatan broadband percuma, kepada pelajar universiti dengan bayaran 50 ringgit sebulan untuk tempoh dua tahun. Pakej ini adalah jauh lebih murah daripada harga semasa di pasaran dengan prioroti diberikan kepada pelajar tahun pertama dan dari keluarga berpendapatan rendah. Sebagai permulaan, pakej ini akan ditawar oleh Telekom Malaysia kepada 100 ribu pelajar di semua universiti tempatan bermula 1 Januari 2010.


Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi Awam


Dalam usaha Kerajaan memperkasakan IPTA supaya lebih berdaya saing dan dapat meningkatkan ranking mereka berbanding universiti lain di dunia;

  • maka Kerajaan akan menimbangkan untuk memberi lebih autonomi dalam pengurusan kewangan, sumber manusia, pentadbiran, kemasukan pelajar dan penjanaan pendapatan. Dengan autonomi yang bertambah ini, IPTA, misalnya akan dibenarkan untuk menjana hasil pendapatan melalui penubuhan anak syarikat.
  • bagi mencapai objektif ini, Kerajaan sedia mempertimbangkan kelonggaran peraturan dan syarat yang menyekat IPTA menjana pendapatannya sendiri. Langkah ini akan mengurangkan kebergantungan kewangan IPTA kepada Kerajaan. Walau bagaimanapun, Kerajaan akan memastikan bahawa usaha menjana pendapatan sendiri tidak akan menjejaskan fungsi teras IPTA sebagai gedung ilmu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti demi pembangunan ekonomi negara.

Ulasan dan pandangan

Pelbagai reaksi dan pandangan terhadap bajet yang telah dibentangkan, bagi kepimpinan kerajaan kebanyakn mengagap ini bajet antara yang terbaik. Manakala pembangkang kebanyak memandang agak sinis, sehingga menyatakan ini bajet panadol, gologan akademik lebih menaruh harapan dan bersikap kritis, dan orang awam lebih bersikap tunggu dan lihat.

Diatas Cuma sekadar tanggapan awal saya terhadap pandangan golongan tertentu. Apa yang saya Nampak beberapa perkara yang jelas dikritik antaranya;

· kepada siapa sasaran bajet ini, bajet ini Nampak rich-bias, sebagai contoh soal ptptn, dan susidi kepada nelayan dan adakah bajet ini menepati dengan manisfesto BN semsa PRu yang lalu.

· Pendapat yang menyatakan kerajaan cuba mengawalkan lapangan ekonomi lebih kepada kemampuan sedangkan dunia menunju kepada ekonomi liberal.

· Persoalan masalah integriti dan kesungguhan kerajaan mengatasi masalah rasuah yang berleluasan. Walaupun kerajaan merecana pelbagai strategi yang baik namun soal pelaksanaan agak lemah, dan matlamat kebanyak tidak tercapai.

Saya tidaklah ingin member komentar berkaitan masalah-masalah besar diatas, kerana saya bukan ahlinya, tapi saya ingin mengkongsi pandangan sahaja. Dalam soal bajet kepada pelajar, saya bersyukur kerana kerajaan telah mengembali sebahagian hak pelajar sediri,

Cuma pendapat saya, PTPTN yang merupakan sumber utama kewangan kebanyakan pelajar perlulah dikaji semula dan diberi penjelasan. Isu yang ingin saya lontarkan iaitu faedah yang dikenakan keatas pelajar adakah ia riba atau tidak, selepas ia dikurangkan kepada 1% (dikatakan untuk penjanjian baru bukan penjanjian pelajar lama) adakah ia masih terdapat unsure riba disitu, kalau tidak perlulah dijelaskan kerana tiada penjelas daripada pihak kerajaan. Kalau ada, perlulah diberi penerangan kepada semua pelajar.

Selain itu, keseluruhan bajet, Nampak usaha kerajaan dalam meningkatkan ekonomi Negara, namun usaha ini hanya jadi retorik jika pelaksaannya tidak telus, masalah rasuah dalam agensi kerajaan seolah-olah sudah menjadi darah daging. Pesepsi masyarakat sendiri membenarkan penyataan ini, kesannya banyak pengaliran wang rakyat dibazirkan juga ada sesetengah pihak mengambil kesempatan.

Projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti melepaskan batuk ditangga sahaja, pelbagal isu timbul dari runtuhnya bangunan sekolah yang baru siap, stadium dan banyak lagi, ini mengambarkan seolah-olah terdapat unsur rasuah rasuah yang jelas merugikan.

Jika kita bersembang dengan para kontaraktor tidak kira kelas apa pun, rasuah ini menjadi kewajipan. Malahan ada cakap-cakap yang menyatakan ia mendapat projek kerajaan yang bernilai beberapa juta, namun dialibabakan kepada bukan bumiputra hanya 1/3. Kalau macam ini, mana tidaknya bangunan yang sepatutnya kukuh menjadi rapuh.

Dengan keadaan ini juga sesetengah bangsa memeliki tanah dengan mudah kerana pandai merasuah sedangkan bangsa lain amat takut dengan hukum agama. Jika kerajaan tidak serius untuk menangani masalah ini, tunggulah saat kehancuran Negara dan kemunduran bangsa. Dan perjuangan yang bermotifkan bangsa hanya tinggal slogan dan keris sahaja.

Cadangan


Untuk mengatasi masalah ini, bagi pendapat saya eloklah kita kembali kepada rukun Negara yang pertama iaitu percaya kepada tuhan. Matlamat utama kita adalah percayaan kepada tuhan, secara umumnya dapat kita tafsirkan sebagai matlamat kita mesti menepati apa yang yang digaris oleh agama.


Disebabkan Islam menjadi agama rasmi Negara dan Negara ini pernah diistiharkan sebagai Negara Islam semestinya syariat ditepati dan pengurusan Negara mesti mengikut garis panduan Islam. Dan akhirnya matlamat kita untuk mendapat keredhaan Allah,

kerajaan perlu menerapkan matlamat ini didalam semua sector, bukan bukan bermaksud dengan penerapan ini, orang bukan Islam wajid beragama Islam. Orang bukan Islam masih dengan agamanya cuma penerapan nilai Islam yang perlu diikuti, ini tidak bercanggah dengan nilai yang dituntut oleh lain-lain agama.


Dengan penerapan nilai-nilai agama, akan menyedarkan masyarakat seluruhnya bahawa segala amalan kita akan dibalas, jika tidak didunia, kepastian ada disana, dengan nilai ini InsyaAllah dapat mengurangkan masalah ini.


waAllahualam

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP