Monday, November 16, 2009

..bacalah..dan fikirkan..



Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai :Saya akan cuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama... kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan
menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan..

Pemuda : ...(terdiam...)

Read more...

Wednesday, November 11, 2009

PIKAT MEMIKAT YANG MENYESATKAN


Exam sudah selesai

Exam baru saje selesai, dengan ada exam ini ilmu yang sebelum ini kabur dah semakin jelas, namun bila abis exam ilmu semakin hilang. Seolah-olah semua ilmu dilontar diatas kertas dan kemudian hilang, dengan kata lain semata-mata kerana exam, (Nauzzubillaiminzalik). Untuk mengelak perkara ini berlaku saya ingin berkongsi kepada pengunjung blog ini, berkenaan apa yang saya belajar dalam subjek kajian ajaran sesat iaitu metod yang digunakan untuk memikat mangsa. Ia digunakan dalam ajaran sesat Batiniah. Jom kita lihat bagaimana untuk kita mengelak terpikat denga memahami cara mereka:

8 cara memikat

·Tilik dan Perhati
Penyebar perlu pandai membaca dan memahami hati dan pendirian orang yang ingin dipikatnya. Penyebar mestilah pandai memilih perkara-perkara daripada syariat yang boleh dikatakan ada batinnya. Beliau juga mestilah pandai seribu macam takwilah batin menurut kesesuaian jiwa mangsanya.

·Beramah Mesra
Penyebar akan cuba mendampingi dan beramah mesra dengan orang yang cuba di pengaruhinya. Umpamanya penyebar akan meminta untuk bermalam di rumah mangsa dan mengadakan majlis ilmu dan diselitkan juga cercaannya terhadap ulama.

Keraguan
Penyebar akan memberikan soalan-soalan yang sukar dijawab oleh mangsa. Ia bertujuan untuk menimbulkan keraguan di dalam hati mangsanya. Seperti kenapa kita kena solat subuh dua dan magrib tiga rakaat, sedangkan solat lain empat rakaat?

· Gantung
Penyebar akan membiarkan orang yang nampaknya berminat untuk mengetahui jawapan-jawapan itu beberapa lama bagi menampakkan ketinggian ilmu itu yang tidak boleh disebarkan sebarangan. Sebaliknya, ia hanya diketahui oleh nabi, wali dan orang-orang tertentu sahaja.

· Ikat
Apabila seseorang itu menampakkan kesungguhan yang amat sangat untuk mengetahui jawapan tersebut, maka dia diminta untuk berjanji tidak membocorkan rahsia itu. Maka dengan janji dan angkat sumpah oleh mangsa, maka ia dikatakan telah mendapat keistimewaan yang hanya pada golongan yang khusus sahaja.Dan majlis angkat sumpah akan diadakan yang kebiasaannya dilakukan pada waktu malam, menggunakan kain putih, kemenyan, minum air tertentu dan pengeras

· Penipuan
Setelah angkat sumpah, ajaran itu tidak diberikan lagi bagi mennjukkan kemuliaan ilmu itu. Maka mangsa perlu bersabar kerana taraf mereka yang masih baru dan rendah. Lama kelamaan mangsa akan diberikan jawapan setelah berjanji untuk merahsiakan pa yang dibukakan kepadanya.

· Kesamaran
Penyebar akan mengatakan perkara-perkara yang samara dan kabur yang mungkin pada zahirnya benar tetapi tidak pada hakikatnya. Cth: “Kenal diri kenal Allah” atau “Nak beribadat kepada Tuhan perlu kenal TUhan dulu”.

· Cabut/Cerai dan Rungkai/Seleweng
Peringkat ini, setelah segala rahsia didedahkan maka taklif syarak perlu dibuang dan dirungkaikan. Dengan itu, seorang yang menadi mangsanya, akan meninggalkan kewajipan suruhan syarak, melakukan larangan syarak dan akhirnya menyeleweng dari ajaran yang benar

KEsimpulan

Di atas merupakan cara mereka memikat mangsa, yang pada awal mereka mesra kemudian meragukan kita seterusnya menjerat kita. Dalam suasana sekarang pelbagai ajaran sesat mula tumbuh dengan cepat dan sukar untuk kita mengenal pasti. Dengan memahami cara mereka , InsyaAllah akan membantu kita.

Namun ada beberapa cara diatas yang kita boleh terapkan dalam usaha dakwah kita, iaitu pada mulanya tilik dan perhati, sebagai seorang daei kita kena memahami sasaran dakwah kita, dan seterusnya baru kita mengatur langkah. Saya teringat kata-kata yang pernah disampaikan oleh seorang penceramah, cara mula-mula untuk kita pikat orang ialah kita senyum kepada sasaran dakwah kita, jika mereka membalas, ini merupakan peluang besar untuk kita mendekatinya dan memulakan bicara. Seterunya metod kedua, perlulah kita bermesra dengan kata lain kita mengambil berat kepada mad’u tapi jangan sampai kita melakukan sebagaimana langkah kedua iaitu mencerca ulamak (kalau ada sedikit kewangan belanjalah mereka walaupun dengan air suam). InsyaAllah dengan cara tersebut, merupakan langkah awal untuk kita mendekati mad’u.

Moga dengan artikel ini bermanfaat untuk kita mengelak daripada pemikata yangmemikat kita supaya tersesat.. dan ia juga mampu kita untuk memikat mad’u kita untuk mendekati Allah..

WaAllahualam


Read more...

Tuesday, November 10, 2009

khilafiyyah: apa sikap kita


Terdapat perkara yang tidak disepakati kesesatan dan keshahihanannya disebabkan tiada bukti jelas dari nas atau nas-nas yang berkaitan. Perkara khilafiah yang banyak pertentangan.

Dalam keadaan ini, pihak yang berlainan pendapat dianggap sama-sama benar "sawab" bagi pihak dirinya sendiri tetapi tidak boleh menjadi ukuran kepada pihak lain. sehingga mereka mendakwa hanya pihaknya benar dan pihak lain salah dan sesat.

Masing wajib beriltizam dengan pendapatnya.

Bagi manhaj Islam, sesipa yang menerima perkara yang disepakati secara ijmak akan keshahihan dan menafikan yang disepakati secara ijmak akan kesesatan, maka ia termasuk dalam Ahli Sunnah wal Jamaah,

Perkara yang yang tidak disepakati secara ijamak akan kesesatan atau keshahiannya dapat dirumuskan apa yang dinamakan bid'ah.

Bukan dimaksudkan bid;ah dhalolah, iaitu mencipta atau mereka-reka sesuatu dalam agama, yang tidak diizinkan oleh Allah, sama ada dalam bidang aqidah atau ibadah, yang tidak diamalkan oleh nabi atau yang tidak ada pada zaman nabi seperti menambah bilangan solat.

Bid'ah yang dimaksukan ialah bid'ah yang berkaitan dengan adat kebiasaan yang telah menjadi amalan hidup dalam sesuatu masyarakat yang berbeza dan berlainan dengan adat kebiasaan yang ada pada zaman Rasulullah s.a.w.

Secara rumusnya, apa yang kita lakukan perlunya dialog, perbincangan, muzakarah dan penyelidikan. jika dpat diselesaikan iaitu sama-sama mengakui yang ijtihad sebelah pihak salah, maka itu yang sebaiknya, Jika tidak kerana masing-masing mempunyai hujjah dan bukti konkrit, maka masing-masing wajid beriltizam dengan pendapatnya. Masing-masing perlu menghormati pandangan dari pihak lain tanpa menghukum salah, sesat dan bid'ah.

Namun dalam pengalaman sejarah, ada pihaka yang membataskan hanya pihaknya benar dalam soal khilafiah, sementara pihak lain adalah sesat dan bid'ah. seolah-olah ukuran sesat dan bid'ah itu bukannya "manhaj Ilmiah Islam" yang disepakati secara ijma' oleh ulama sepanjang zaman. sebenarnya sikap ini tiada sokongan daripada nas al-Kitab dan al-Sunnah. sebaliknya lebih didokongi oleh rasa fanatik kepuakan dan rasa keegoan diri atau keangkuhan ilmu.

Adanya unsur ini dalam kalangan Ahli-sunnah Wal-jama'ah adalah pertanda yang jelas kepada pepecahan umat Islam yang telah pun berpecah.

Kesan negetif dari unsur ini tidak semakin berkembang dan membahayakan, jika hanya berlaku dikalangan orang awam. sebaliknya, jika unsur ini juga berlaku dan dicetuskan sendiri oleh pihak-pihak yang lebih berilmu dan dianggap pemimpin oleh golongan terbabit.

Semua pihak wajidnya menyedari mereka sealirannya kepada roh dan jiwa yang terkandung dalam nama ali Sunnah wal Jamaah itu sendiri dan juga kepada matlamat dari manhajnya.

WaAllahualam



Read more...

Saturday, November 7, 2009

MARAH…JANGAN ENGKAU MARAH


Nabi S.A.W dalam satu hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa seorang laki-laki telah datang kepada Nabi S.A.W lalu berkata: "Berwasiatlah kepadaku Ya Rasulullah". Lalu beliau bersabda: " Jangan engkau marah". Nabi mengulanginya sebanyak tiga kali.

Setiap manusia ada mempunyai sifat marah. Binatang pun begitu. Seekor kucing yang jinak dan manja misalnya akan menjadi marah apabila kita menyakitinya dengan menarik ekornya beberapa kali misalnya. Sifat sabar sebenarnya adalah sebagai penghalang dari sifat marah. Walau bagaimanapun kesabaran ada had dan batasnya. Apabila sudah hilang sabar maka timbullah kemarahan.

Menurut Imam Al-Ghazali, Sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik kehati. Maka terpulang kepada seseorang samaada dia mempunyai sifat seorang yang cepat marah atau marah yang keterlaluan (marah tak bertempat) yang disebut sebagai ifrath atau marah yang I'tidal iaitu marah yang pertengahan (dia mampu mengawal marahnya atau marah yang bertempat) ataupun Tafrith iaitu orang yang tak tahu marah. Marah yang sederhana adalah marah yang terpuji manakala tidak tahu marah adalah terkeji dan marah yang keterlaluaan adalah termasuk dalam marah yang terkeji yang dilarang oleh nabi sebagaimana hadis yang di atas.

Marah yang keterlaluan amat dilarang oleh Islam kerana mendatangkan kesan dan implikasi yang tidak baik. Samaada dari orang yang marah tetapi juga orang yang kena marah. Kerana marah ada rumah tangga yang runtuh, kerana marah anak-anak didera, kerana marah pembunuhan berlaku, kerana marah anak-anak lari dari rumah, kerana marah ada majikan yang ditetak oleh pembantu rumah atau sebaliknya,kerana marah ada orang yang berpiket atau tunjuk perasaan, kerana marah orang saman menyaman, kerana marah ada orang yang kena tukar tempat kerja dan banyak lagi.

Menurut Imam Al-Ghazali, sifat marah adalah disebabkan oleh 10 punca atau sebab:

1. Rasa bangga diri ( sombong)
2. Takjub kepada peribadi sendiri
3. Suka bergurau senda yang berlebih-lebihan dan melampaui batas
4. Suka bercakap perkara yang sia-sia
5. Suka membuat fitnah
6. Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
7. Khianat
8. Tamak kepada harta dan pangkat
9. Tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi
10. Dengki dan irihati

Apabila sesaorang itu marah maka pergerakkan fizikalnya akan turut berubah. Api kemarahan yang semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata menjadi tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina dan merendah-rendahkan orang yang dimarah, muka dan matanya menjadi merah, badannya menjadi terketar-ketar, tangan dan kakinya menjadi ringan untuk memukul dan menghentam, akalnya pada waktu itu tidak digunakan secara yang betul, semua tindakannya benar-benar mengikut nafsu kemarahannya, yang penting, puas, menang dan berjaya mengalahkan orang yang dimarah. Bagi orang yang waras tentu kita tidak sanggup untuk melihat keadaan kita sewaktu marah jika ia dirakam dan ditayang semula untuk menontonnya. Bagi orang yang kena marah mungkin akan berdiam diri, kadang kala melawan dengan kata-kata atau kekuatan.

Marah bukan berlaku pada orang yang awam sahaja, tetapi juga orang yang mempunyai kedudukan. Tapi yang paling menggelikan hati apabila orang ugama yang berstatus Ustaz, ustazah, tuan Guru, Ulamak, Dr marah dan melenting. Persoalan akhlak, maruah diri dan undang-undang tidak lagi menjadi penilaian. Yang penting aku betul orang lain salah. Apatah lagi muka terpampang di dada akhbar dan dikaca tv, seluruh rakyat melihat dengan terang dan jelas. Kadangkala orang awam boleh menilai bahawa orang yang berkenaan itu ada sifat mazmumah seperti ego, tidak menerima kebenaran, berbangga dengan kedudukan, jawatan, sijil, ijazah, ilmu yang dimiliki sedangkan semua ilmu itu menjadi amanah Allah. Inilah marah yang dikeji.

Marah yang dipuji adalah marah yang pertengahan. Iaitu marah yang bertempat. Sebagai contohnya seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Nabi telah mengajar kepada kita dalam hadisnya: „ Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur 7 tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur". Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengistiharkan berperang. Begitu juga dalam mencegah kemungkaran. Perlu ada marah.

Contoh yang paling hebat yang berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali K.W berada dalam satu peperangan dimana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya, tiba-tiba musuhnya itu meludah mukanya. Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya. Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya kepada Saidina Ali mengapa tidak jadi untuk membunuhnya. Maka Saidina Ali menjawab: " Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah tetapi kerana marah kepada kamu kerana kamu meludahku". Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah.
Wallaua'lam. Sama-sama kita renungkan.


Daripada:
Bahagian Dakwah
Jabatan Agama Islam Selangor

Read more...

Monday, November 2, 2009

Becana-apa tindakan




Pagi-pagiku



Seperti biasa antara kerja yang yang dibuat aiawal pagi, melihat surat khbar online, dan berita pagi ini, memaparkan berita berkenaan laluan di Kilometer 12, Jalan Persekutuan antara Selayang - Templer ke ditutup untuk semua kenderaan akibat kejadian tanah runtuh jam 2.45 pagi tadi.


Sejak akhir-akhir fenomena seperti ini, kerap berlaku bukan sahaja diluar Negara, malahan Negara kita juga, perkara ini sering berlaku terutama apabila tibanya musim hujan. Secara georgrafinya Negara dikatakan diluar lingkaran api Pasifik, iaitu kawasan yang dikatakan 90% gempa bumi berlaku disini, namun Negara kita tidak terlepas daripada terkena tempias.


Dalam suasana peperiksaan (kejap lagi ada paper) , terasa ingin berkongsi info berkenaan tin dakan yang patut kita lakukan apabila menghadapi bencana.



Sembang-sembang tengahari


Baru-baru ini semasa makan tengahari bersama abang dan beberapa lagi ahli keluarga lain. Mula sembang-sembang ini, apabila anak saudara yang berkerja sebagai operator kecemasan, mencerita pengalaman dalam menghadapi pelbagai hal-hal kecemasan.


Sembang-sembang samapailah kepada bab membincangkan tindakan yang perlu diambil apabila menghadapi bencana, perbincangan ini berkenaan tindakan semasa berada didalam bangunan.


“Bangunan dinegara kita, bukan seperti dinegara-negara yang selalu dilanda gempa bumi terutamanya di Jepun. Banguanannya mampu menampung gegaran, jadi bila ada gempa bumi tempias dinegara kita banguan mudah runtuh”. Kata abang memulakan pandangannya


“Bila gegar bumi berlaku, tindakan yang perlu diambil ialah capai handset dan sebotol air mineral dan berlindung dibawa meja atau kerusi yang kukuh”. Tambahnya lagi


“Aik kenapa perlu ambil botol air mineral, buat ape botol air mineral tue”. Saya tertanya didalam hati.


Selepas di terangkan baru saya faham. Rupanya tindakan memegang botol air, adalah untuk digunakan jikalau tertimbus, ini bagi menampung jangka hayat seseorang, hayat mampu bertanhan dengan lebih lama jika ada air.


Handset yang ada boleh menghubungi orang lain dengan hantar mesej, (dikatakan perkara ini pernah berlaku diIndonesia, permuda diselamatkan melalui mesej yang disampaikan kepada ayahnya yang berada dinegara lain)


Kemudian berlindung dibawa Meja atau kerusi yang kukuh bagi mengelak kita dihempak oleh runtuhan bangunan, siling dan sebagainya..


Katanya lagi. “ini merupakan langkah-langkah yang boleh diambil jika perkara ini berlaku keatas kita”


Ini merupakan langkah-langkah yang boleh kita ambil apabila berlaku perkara tersebut, namun apa yang penting kita mesti tenang, kalau keadaan tidak tenang segala tindakan tidak menjadi. Disini saya copy and paste daripada blog lain apa tindakan yang perlu kita ambila apabila berlaku perkara seumapama denganya:


1. Persediaan Sebelum Bencana


1.1. Periksa pendawaian elektirik dan paip gas memasak yg mungkin ada potensi memberi risiko kebakaran semasa gempa bumi.
1.2. Tahu lokasi suis atau injap dan bagaimana menutup bekalan elektrik, gas dan air.
1.3. Simpan lampu suluh dan radio berkuasa bateri di tepi katil anda atau ditempat yg dikhaskan.
1.4. Simpan satu atau lebih alat pemadam api di lokasi yg mudah diambil.
1.5. Simpan bekalan asas pertolongan cemas dan tahu prosedur pertolongan cemas.
1.6. Tempatkan objek mudah pecah, besar, berat dan kaca pada rak bahagian bawah. Paku rak secara selamat pada dinding.
1.7. Letakkan katil jauh dari tingkap bercermin dan objek berat yg mungkin jatuh.
1.8. Beritahu keluarga tindakan yg perlu diambil semasa bencana dan lokasi berkumpul.
1.9. Alihkan halangan dan kosongkan laluan keluar, pintu, koridor dan tangga kecemasan.

2. Tindakan Semasa Bencana


2.1. Sekiranya Berada Dalam Bangunan
2.1.1. Bertenang.
2.1.2. Teruskan berada dlm bangunan hingga diarahkan keluar atau gegaran sudah berhenti.
2.1.3. Jgn tergesa2 keluar krn tangga mungkin terputus atau pecah.
2.1.4. Berlindung di bwh meja atau bangku yg teguh dgn cara duck-cover-hold.
2.1.5. Berada di sudut atau di tepi dinding atau tiang besar yg teguh.
2.1.6. Jgn nyalakan lilin, mancis atau lain2 punca api krn mungkin ada kebocoran gas.
2.1.7. Semasa diarahkan keluar, patuhi prosedur pengungsian bangunan spt semasa kebakaran.


2.2. Sekiranya Berada Di Luar Bangunan
2.2.1. Berada di kawasan terbuka.
2.2.2. Jauhkan dari bangunan tinggi, lereng bukit, tiang dan kabel elektri, pokok dan sebagainya.


2.3. Sekiranya Berada Dlm Kenderaan
2.3.1. Hentikan kenderaan di tempat atau kawasan yg selamat.
2.3.2. Jgn berhenti di bawah jambatan, jejantas, rentangan kabel, fly over,tepi bangunan tinggi, tiang eletrik, tiang lampu dan sebagainya.
2.3.3. Berada dlm kenderaan hingga gegaran berhenti.


3. Tindakan Selepas Gempa Bumi Atau Gegaran


3.1. Periksa kerosakan atau kecederaan.
3.2. Periksa kebakaran dan bahaya api. Jika ada, padamkan api dgn segera selagi mampu.
3.3. Jika berbau gas, buka tingkap dan tutup injap utama. Jgn nyalakan mancis atau hidupkan suis eletrik. Gunakan lampu suluh.
3.4. Tutup bekalan elektrik jika ada kerosakan pada pendawaian elektrik.
3.5. Jgn sentuh sebarang objek atau cecair yg bersentuhan dgn pendawaian elektrik yg terputus.
3.6. Jgn guna telefon termasuk telefon bimbit kecuali utk meminta bantuan kecemasan dari Polis, Bomba atau Ambulan.
3.7. Guna radio berkuasa bateri utk mendptkn maklumat dan perkembangan semasa.
3.8. Jgn masuk ke kawasan yg mengalami kerosakan kecuali bantuan anda diperlukan.


4. Langkah Menyelamatkan Diri Semasa Tsunami


4.1. Sentiasa peka dgn amaran alam semula jadi spt kejadian gempa bumi, kekuatan dan pusat gempanya.
4.2. Sentiasa mendengar amaran tsunami melalui radio atau media lain.
4.3. Simpan kit kecemasan, bekalan makanan, air, pakaian utk setiap ahli keluarga dan keperluan asas bayi jika berkenaan.
4.4. Jika berada berhampiran pantai, sentiasa peka dgn keadaan pantai. Jika air surut secara mendadak dan luar daripada biasa, ini memberi amaran bahawa tsunami akan melanda.
4.5. Bergerak segera ke tanah tinggi dan jgn berpatah balik walaupun ombak pertama telah surut. Ini krn pada kebiasaannya ia akan disusuli dgn ombak kedua yg lebih besar dan kuat. Jgn bawa bersama barang2 lain kecuali perkara di 4.3 di atas.
4.6. Berada di tanah tinggi sehingga pihak berkuasa membenarkan anda pulang. Ini mungkin akan melibatkan beberapa hari.
4.7. Jauhkan dari jalan2 besar yg terbuka krn jalan mudah ditempuhi oleh laluan arus tsunami. Rancang laluan alternatif.
4.8. Jika dihanyutkan arus, capai sebrg objek yg timbul utk mengapungkan diri. Anda mungkin akan cedera tetapi ia mungkin boleh selamatkan nyawa anda.
4.9. Jika berada di laut, jgn balik ke pelabuhan semasa amaran tsunami dikeluarkan. Bergerak ke tengah laut sejauh yg boleh krn air laut lebih tenang di kawasan laut yg lebih dlm.



SUMBER:

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP