There was an error in this gadget

Sunday, June 7, 2009

latihan Amali



Bermulanya lai

Pada 11 mei yang lalu saya dan sahabat saya memulakan latihan amali industry di Pejabat agama Ialam daerah Bera. Dimana ia merupakan terletak tidak jauh dari rumah lebih kurang 20 minit perjalana. Pada mula pelbagai perasan yang menyelubungi bercampur baur ada rasa takut, teruja dan sebagainya. Maklumlah pertama kali menyelami reality pekerjaan yang berkaitan bidang agama. Hati selalu memainkan persoalan adakah diri ini kena bagi ceramah, khutabah paling tidak tazkirah… mampu ke nak menghadapi semua tue… Pagi-pagi lagi bertolak dan tunggu sahabat tadi kad perhentian bas kerayong. Nak pergi awal surat dari universiti kat dia. Jadi kena pergi dengan dia, dia pulang menghadapi masalah disebabkan taxi yang dinaiki menghadapi masalah. Pada pukul 9 barulah saya melaporkan diri disana.

Memang pada mulanya agak sukar untuk menyesuaikan keadaan. Kerana terpaksa duduk diperjabat dari pukul 8 hinggal 5. Agak membosankan… namun disebabkan memperolehi penyelia yang sentiasa memahami kami (terdapat tiga lagi pelajar yang membuat praktikal disitu) Alhamdulillah dapat menyesuaikan diri disitu. Banyak maklumat dan ilmu yang diperolehi di Pejabat Agama Islam Daerah Bera.

Pelajar dalam negeri vs pelajar luar Negara

Berbalik kepada latihan industri , tujuannya untuk membantu pelajar untuk menambah ilmu pengatahuan, pengalaman dan pendedahan yang sesuai untuk kerjaya masing-masing. Dengan ada latiahan seperti ini, ia memberi satu kelebihan kepada graduan untuk menghadapi dunai perkerjaan pada suatu hari nanti. Tidaklah graduan tersebut seperti rusa masuk kampong dan perlu mengambil masa yang panjang untuk menyuesuaikan diri.

Ada pendapat menyatakan inilah kelebihan yang dimiliki oleh pelajar dama negeri kerana mereka diberi pendedahan suasana kerja jika dibandingkandengan pelajar luar Negara. Dikatakan pelajar yang sudah biasa dengan suasana pekerjaan lebih mudah menyesuaikan dengan dunia pekerja tersebut. walaupun pelajar didalam Negara mempunyai peluang tersebut, namun mereka ini kurang daripada segi bekalan ilmu pengetahuan jika berbanding dengan pelajar luar Negara.

Bagi saya pendapat ini mungkin benar mungkin salah, memang benar ada sebahagian seperti yang diperkatakan. Mereka hanya memiliki satu saja dari kedua-duanya, dan mereka ini agak sukar untuk menghadapi cabaran hidup yang mengdatang. Walaubagaimanapun ada yang realitinya mampu memiliki kedua-duanya. Kita lihat ada banyak graduan luar Negara yang mampu menyesuaikan diri dengan pekerjaan malah lebih menonjol daripada graduan luar Negara. Begitu juga, ada graduan dalam Negara lebih menonjol ilmunya daripada pelajar dalam Negara.

khatimah

Segala-galanya atas usaha kita untuk mengatasi kelemahan yang kita ada. Kita mesti merebut peluang yang ada didepan mata, juga cuba mencari peluang yang. Marilah sama-sama kita berubah membentuk diri yang cemerlang dan menjadikan sebagi penyumbang kepada agama. Ingatlah firma Allah yang mafhumnya Allah tidak mengibah sesuatu kaum jika mereka tidak megubah diri sendiri.

waAllahualam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP