There was an error in this gadget

Thursday, October 15, 2009

Keras hati yang dilembutkan oleh Air (zikir)


Melihat diri sejak akhir-akhir ini semakin celaru dan merasa semacam kosong hati ini. walaupun sentiasa berdampingi dengan ilmu agama (disebabkan belajar bidang agama) . Namun seolah-olah mempelajari ilmu agama tidak memberi kesan kenikmatan mempelajari ilmu agama. Entahlah dimana silapnya? bila melihat diri ini yang semakin hari semakin jauh dengan amal kepada Allah. Semakin terasa ilmu yang dipelajari tiada mafaatnya. Teringat ata-kata seorang ulama yang setiap bait kata-katanya sungguh memukau:

"Aku melihat menyibukkan diri dengan fiqah dan mendengar hadis tidak cukup untuk merawat hati melainkan ilmu itu digabungkan dengan perkara-perkara yang melembutkan hati dan membaca sejarah orang soleh.

adapun mengetahui perkara halal dan haram bukanlah satu peranan yang besar di dalam melembutkan hati. sesungguhnya yang melembutkan hati ialah dengan menyebut cerita-cerita yang menyentuh hat idan cerita-cerita orang soleh kerana mereka orang yang memahami maksud daripada hadis-hadis yang dinukilkan. Mereka keluar daripada zahir cerita kepada aspek rohani dan sentimen cerita-cerita tersebut.

Tidaklah aku ceritakan perkara ini melainkan untuk merawat dan mengubat kerana aku melihat pelajar-pelajar yang belajar hadis, minat mereka hanya kepada mendapat sanad hadis yang tinggi dan minat fuqaha ialah untuk memperhebatkan perdebatan mereka"-Ibn Jauzi

Balik daripada sembahyang jumaat sebentar tadi masih tengia-ngia ayat yang dibaca oleh khatib sebentar tadi:

Firman Allah yang bermaksud: "Ingatnya, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram." – (Surah al-Ra'ad, ayat 28)

Mungkin sebab hati ini jadi celaru kerana kurangnya berzikir. Dek kerana terlampau berhati-hati untuk tidak menjerumuskan diri dalam bid’ah (kesipan diri mengaplaikan makna bid’ah tue sendiri). Melupakan galakkan yang banyak didalam quran supayam sentiasa berzikir kepada allah. Selain ayat al-Quran diatas banyak lagi ayat yang menggalakn kita berzkir antaranya:

Orang yang memperbanyakkan zikir, dosanya akan diampuni sekali gus mendapat ganjaran pahala besar seperti firman yang bermaksud: "Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Aku sudah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar." – (Surah al-Ahzab, ayat 35)

Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang." (Surah al-Ahzab, ayat 41-42)

Sesungguhnya seseorang yang lalai daripada mengingati Allah bermakna dirinya dihinggapi penyakit sombong, lupa asal kejadian diri sebagai makhluk lemah yang diciptakan semata-mata supaya mengabdikan diri kepada-Nya dan mewarisi sifat orang munafik.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan, apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riak (dengan solat) di hadapan manusia. Dan, tidaklah mereka menyebut Allah, kecuali sedikit sekali." (Surah an-Nisa, ayat 142)

Malahan ulama sendir menyatakan bagi mukmin sejati, zikir dan hati adalah satu nyawa, tidak boleh dipisahkan.

Ia ditegaskan Ibn Taimiyah: "Zikir bagi hati adalah umpama air bagi ikan, bagaimana keadaan ikan apabila berpisah daripada air?"

Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata: "Tidak dimungkiri bahawa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan apabila ia berzikir, hatinya akan bersih."

Sesungguhnya dengan selalu ingat kepada Allah, akhlak diri menjadi indah dan menarik, sekali gus menjadi cermin bagusnya nilai ajaran Islam dan hebatnya orang mukmin pada mata orang bukan Islam seperti pernah ditunjukkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Jangan jadikan sibuk dengan urusan kehidupan di dunia sebagai alasan lupa kepada Allah. Sungguh Allah melarang keras seseorang memiliki sifat lalai seperti ditegaskan firman yang bermaksud: "Janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai." – (Surah al-A'raf, ayat 205)

Moga-moga artikel ini menjadi peringatan kepada diri sendiri dan shabat-sahabat sekalian. Marilah kita jadikan zikir merupakan ucapan dan kata-kata yang menjadi rutin dan kewajipan kita setiap hari>

-Peringatan diri yang lupa-

waAllahualam



0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP