There was an error in this gadget

Monday, October 5, 2009

BENCANA IKTIBAR KEPADA KITA


DUNIA SUDAH TUA

Bila membaca surat khabar online yang memuatkan berita tentang kematian 30 kanak-kanak yang mengaji al-Quran dimasjid, sayu hati mengetahuinya. Ia merupakan rentetan gempa bumi berkekuatan 7.6 Skala Ritcher menggegarkan Sumatera Barat pada rabu lalu. Setakat ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan 1,100 terkorban dan angka itu mungkin mencecah 5,000 orang tetapi Indonesia merekodkan sebanyak 650 maut dan 672 hilang.

Gempa bumi ini turut sama dirasai oleh rakyat Malaysia bila mana 100 buah rumah telah rosak di persisir pantai Kelantan dan Terengganu dan seorang remaja perempuan maut ditimpa pokok di Pantai Kemanyang, Bachok dan empat parah di Pangkalan Chepa.

Pada minggu lepas juga di negeri Pahang, sebanyak 5 buah kampung telah mengalami hujan air batu yang menyebabkan kerosakan harta benda. Saiz hujan tersebut ada mencecah sebesar penumbuk mengikut apa yang telah dilaporkan oleh pihak akhbar tempatan. Kemudian di kepulauan Samoa dan Tonga, sekurang-kurangnya 113 orang terkorban akibat tsunami berpunca daripada gempa bumi kuat di Lautan Pasifik.

Dalam suasana dunia masih dilanda wabak H1N1, setakat ini dinegara kita sahaja, korban akibat H1N1 mencecah 77 orang. Malahan wabak ini terus menular dan merebak diseluruh kawasan didunia. Manakala dinegara-negara lain ribut, banjir dan taufan sering melanda dinegara-negara tersebut. Sebagai contoh kerajaan Taiwan terpaksa bertindak memindahkan lebih 6,000 penduduknya awal hari kelmarin sebagai persiapan menghadapi Taufan Parma yang semakin menghampiri negara pulau ini. Negara itu juga yang baru-baru ini diancam dengan aufan Morakot pada Ogos lalu.

BENCANA AKIBAT PERBUATAN MANUSIA

Di atas merupakan beberapa rentetan bencana yang saya masukan. Setiap tahun kita sering melihat dan mendengar pelbagai bencana yang menimpa dunia. Bala bencana ini bertepatan dengan firma Allah:

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala ni'mat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut dengan bala bencana yang membinasakan, maka mereka pun berputus asa dari mendapat sebarang pertolongan. ( al-An’aam ayat 44)

Hadis rasulullah yang diriwayatkan at-Tarmizi daripada Ali bin Abi Thalib r.a .sabda Rasulullah s.a.w:

Apabila umatku melakukan lima belas perkara, maka nyatalah kepada mereka bala bencana. Lalu para sahabat bertanyanya: Apakah dia wahai Rasulullah?


Sabda Rasulullah s.a.w:

  • Apabila harta negeri menjadi milik yang berpusing di kalangan orang-orang yang tertentu,
  • apabila amanah dianggap peluang untuk mendapat harta,
  • apabila zakat dianggap cukai,
  • apabila lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya,
  • apabila ia memuliakan kawannya dan berkasar terhadap bapanya,
  • apabila hingar bingar di dalam masjid,
  • orang yang menjadi ketua di kalangan kaum ialah orang yang paling jahat dan hina,
  • dimuliakan seseorang kerana takutkan kejahatannya,
  • diminum arak,
  • dipakai sutera oleh kaum lelaki,
  • diambil penyanyi-penyanyi wanita dan alat-alat muzik untuk dipuja,
  • orang-orang yang akhir di kalangan umat ini mengutuk orang yang terdahulu,

Manakala hadis yang diriwayatkan ibnu Majah daripada ibnu Omar mafhumnya, nabi menyatakan lima perkara yang disegerakan bala iaitu terzahirnya zina, mengurangkan timbangan, tidak berzakat, mungkin janji dengan Allah dan rasul juga pemimpin tidak melaksanakan hukum Allah. Perkara yang disebut oleh rasulullah s.a.w telah terzahir pada masa sekarang dan ini merupakan akibat perbuatan kita selama ini. Pelbagai ancaman dan peringatan yang telah nabi ingatan kepada kita, malahan kisah umat-umat terdahulu sepatutnya kita mengambil ikthibar tetapi kita masih lalai.

BENCANA TIDAK KENAL SESIAPA

Sedar atau tidak bencana tidak pernah memilih sesiapa, orang kafir, orang yang membuat maksiat, kanak-kanak atau orang beriman sekalipun, semuanya tidak terlepas daripada bala daripada Allah. Oleh itu, menjadi kewajipan kepada kita untuk melaksanakan dakwah dan menegakkan amar makruf serta mencegah mungkar. Ironinya, ada sesetengah yang diseru atau mad’u berkata:

jangan jaga tepi kain oranglah”

“kubur masing-masing la.. masing-masing tanggung”

‘agamakan hak indi vidu, kenapa perlu campur tangan” (pengaruh secular

Itulah antara yang dilontarkan mereka, mereka mengagap mereka tidak perlu ditegur, bagi mereka agama hak individu, racun pemikiran yang dibawa oleh kafir menjadi hujah mereka. Maka mereka menafikan hak-hak untuk berdakwah. Namun yang sebenarnya, agama milik umat islam seluruhnya, umat islam wajid berdakwah walaupun sesama muslim. Antara sebabnya BENCANA TIDAK MENGENALI SESIAPA’

waAllahualam

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP