Thursday, November 25, 2010
Tuesday, October 19, 2010
Catatan Ustaz Ridhuan Mohd Nor : Pengalaman Menentang Hedonisme di Kampus
![]() |
@ustaz ridhuan mohd nor |
Wednesday, September 8, 2010
Taqabbalullah Minna Waminka
Muhasabah Ramadhan
Sunday, August 29, 2010
Tiga amalan Nabi 10 malam terakhir

DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu."
Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.
Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:
Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.
Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi'in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.
Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan Tabi'in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.
Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”
Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.
Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”
Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.
Baginda tidak akan melalui ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.
Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.
Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud:”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”
Memperbanyak doa.
Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.
Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.
Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”
Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.”
Wednesday, June 23, 2010
Militan di Kampus, satu tanggapan
Heboh sekarang, aktiviti kumpulan militan mula memasuki kampus samada isu ini benar atau tidak? ini dilihat membahayakan dan perlu diambil peduli. Di kala Negara sentiasa timbul isu baru, timbul pulak isu kumpulan militan. Sudah tentu ia ini melibatkan keselamatan Negara dan kementerian dalam negeri yang memainkan peranan yang penting dalam isu ini. Pertamanya penulis mengucapkan syabas kepada pihak terlibat khususnya risikan Negara yang Berjaya mendedahkan dan mengambil langkah membendung perkara ini. Sekurang-kurangnya dapat menggambarkan bahawa keselamatan Negara terjamin keran kita mempunyai sistem keselamatan yang terbaik. Walaupun sebelum ini sedikit tercalar dengan isu-isu yang melibatkan keselamatan Negara seperti risikan Israel dalam APCO, hilangnya enjin jet, kapal selam dan sebagainya.
Sebalik pujian ini, akal nakal penulis terus melayarkan mindanya, dengan berfikir perkara yang dilihat hanya sisi negatif. Di benak penulis timbul beberapa perkara yang sesetengahnya telah dilontar oleh individu tertentu. Mungkin di sini lontaran pandangan sebagai bacaan sahaja tidaklah sampai tahap mempercayai, penulis beberapa kemungkinan yang ada:
1. Cuba mengalih beberapa isu
2. Kenapa begitu mudah dikaitkan Islam dengan keganasan
Sekarang siapa yang sepatutnya digelar pengganas, mereka yang menuduh orang pengganas ini, tangan-tangan merekalah yang penuh berlumur darah-darah orang yang tidak berdosa, mereka yang juara dalam menuduh orang lahir pengganas inilah yang membunuh rakyat Iraq, Afganistan, Palestine dan banyak lagi Negara dengan bukti yang tidak pernah wujud, bukahkah sepatutnya mereka ini, digelar pengganas? bukan hanya mengelar pihak Islam militant sahaja. Pendapat ini, bukannya bermakna bersetuju keganasan yang dilakukan oleh Umat Islam yang tidak berlandaskan syara’, hanya emosi semata. Namun tulisan disini hanya mengajak kita berfikir, kenapa kita mudah terikut trend yang dibina oleh kufar. Sehingga kita yang merugikan perkembangan Islam, lupakan kita dengan ayat :
Al Baqarah 120 : "Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".
Teringat pula, penulis kepada penasihat komunikasi dan strategik Negara kita, siapakah mereka?, adakah mereka terlibat dengan semua ini. Adakah isu ini menyebabkan tangkapan kembali ke dalam ISA? Sama-sama kita renungkan.
3. Membentuk perspektif negatif kepada persatuan Islam di kampus
Jika benar tanggapan ini, maka perlulah mereka menangani perkembangan persatuan Islam, dengan cara mewujudkan tanggapan negatif kepada persatuan Islam. Bila tanggapan negatif dapat dimanipulasikan, secara tidak langsung mahasiswa akan berhati-hati dengan persatuan Islam. Tambahan mahasiswa yang baru hendak mengenali dunia kampus, pastinya mendapat nasihat dari ibu bapa supaya berhati-hati dengan persatuan Islam, dengan nasihat jangan mengandaikan pengajian dengan penglibatan dengan persatuan Islam. Perlukah dipersalahkan ibubapa tersebut? agak sukar untuk mempersalahkan mereka, kerana mereka didedahkan oleh media dengan begitu. Dengan cara ini, persatuan Islam secara tidak langsung sukar untuk mendapat sokongan malahan persatuan Islam juga sukar untuk mengadakan aktiviti yang membolehkan mahasiswa terjun kepada masyarakat kerana tanggapan negatif tersebut mula menerjah ke minda mereka. Kebimbangan yang besar, sudah tertentu dakwah di kampus pasti mengucup, dan aktivis dakwah semakin kurang.
4. Adakah ini cara membendung kebangkitan mahasiswa?
Kebangkitan ini semakin menyesakkan dada dan survival politik sesetengah pihak. Mahasiswa mula semakin berani memaparkan ketidakadilan yang berlaku, mereka juga mula membuka mata masyarakat untuk menuntut keadilan. Perkara ini, yang menjadi ke bimbingan sesetengah pihak, yang sebelum ini, kebanyakan mahasiswa dengan mudah untuk dibela dan diternak. Kebimbangan ini juga, memerlukan mereka membendung gerakan mahasiswa yang terlibat. Antara caranya ialah dengan memaparkan imej negatif kepada mereka, dengan cara ini perkembangan gerakan mahasiswa ini semakin tidak mendapat sokongan dan secara tidak langsung akan memudahkan gerakan mahasiswa semakin pudar dan mengucup.
Hati benar berkata