Friday, April 23, 2010

BERIMAN DENGAN PERKARA GHAIB DAN KEPERLUANNYA


Takrif Ghaib:



a) Bahasa: Apa yang ghaib daripada manusia dan apa yang tidak boleh dicapai oleh pancaindera. Dikatakan hilang atau terlindung sesuatu apabila terlindung.



b) Istilah: Apa yang ada dalam ilmu Allah dan tiada seorang pun yang dapat melihatnya kecuali yang Tuhan redha daripada pesuruhNya (para rasulNya)



Mafhum iman dengan perkara ghaib:


Maksudnya: Beriman secara pasti/yakin dengan setiap apa yang diceritakan Allah dan Rasul tanpa syak.



Apa yang terkandung dalam iman kepada perkara ghaib:



· Beriman dengan rukun iman yang enam seperti hari kebangkitan, syurga, neraka, hisab, mizan, sirat, roh, malaikat, jin, syaitan dan lain-lain.



Keperluan beriman dengan perkara ghaib:



Merupakan khususi kepada kemanusiaan yang membezakan kita yang berakal dengan orang yang tidak berakal dan untuk menguji keimanan kepada Allah.



1. Supaya ia memperluaskan hudud manusia, supaya kita boleh mencapai perkara ghaib (dosa atau pahala).


2. Supaya membebaskan pemikiran manusia daripada sibuk terhadap perkara yang hanya boleh dicapai oleh akal.


3. Menjuruskan semua usaha pemikiran untuk mengkaji sunnatullah atau berfikir tentang alam dan apa yang berada di luar alam supaya kita boleh ambil manfaat daripadanya.



Akal dan Ghaib:



· Semua usaha untuk mengetahui hakikat ghaib dengan menggunakan akal adalah suatu yang sia-sia dan merugikan kerana kuasa akal tidak diciptakan untuk berfikir tentang masalah tersebut. Justeru itu, hanya beriman adanya perkara ghaib tersebut sahaja. Mustahil akal manusia yang sempurna mengetahui tentang perkara tersebut dan wajib ke atasnya menerima sahaja apa yang disampaikan oleh Allah dan Rasul.


· Peranan akal hanya jelas untuk memahami apa yang disampaikan oleh Allah. Dan tiada baginya yang pasti menghukum sesuatu sama ada betul atau tidak melainkan setelah disampaikan oleh Rasul daripada Allah. Kalau tiada asas dari ilmu, maka tidak boleh.



Kesan beriman dengan perkara ghaib pada jiwa mukmin dan tindak balasnya(sikapnya)



§ Terdapat banyak kesan positif dalam kehidupan kita apabila beriman dengan perkara ghaib antaranya ialah:



1. Memberi makna positif dalam kehidupan dan keperluan untuk hidup di kalangan manusia dalam keadaan aman dan sejahtera.



2. Membangkitkan atau mengembangkan perasaan bahawa manusia satu sahaja agamanya, rasulnya dan Tuhannya.



3. Dapat menjauhkan daripada sikap taassub yang menentang agama-agama lain.



4. Mengikat manusia dengan kesudahan dan ganjaran yang menunggunya dan mengetahui tujuan daripada kewujudannya sendiri (beriman dengan hari akhirat).



5. Merasa bahawa kehidupan yang sebenar adalah di akhirat dan kehidupan di dunia ialah satu kawasan/titik dan ia hanyalah satu laluan untuk sampai ke akhirat.



6. Dapat membangkitkan rasa ketaqwaan pada jiwa bahawa kita diperhatikan oleh Allah.



7. Dapat mendidik keperibadian seimbang yang mampu membentuk jiwa dan masyarakat kita.



8. Beriman dengan perkara ghaib sebagai penjaga supaya tidak terjatuh dalam perkara syirik, khurafat, sihir dan dajal.



9. Dapat memberi kesan kepada kehidupan dengan kesan yang amat besar, dan boleh diwarisi dalam jiwa sama ada akan terima atau tolak, dari kegelapan kepada cahaya dan istiqamah serta lain-lain lagi.



10. Menyelamatkan hati daripada penyakitnya seperti kedekut, khianat, kehidupan kucar-kacir dan tipu.


11. Merupakan sebesar-besar faktor untuk merasakan wara’, taqwa dan sebaik-baik tarbiah.



Kesimpulan:



· Sesungguhnya, manusia berdiri di hadapan penutup ilmu yang menutup, yang tidak boleh menembusi dengan ilmunya dan tidak boleh menyingkap kepada apa yang Allah singkapkan.




Sumber ; nota kajian rohaniyyat samiyyat diterj oleh sahabat

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP