There was an error in this gadget

Sunday, March 15, 2009

Empat Bahagian Solat



Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi'in dan tabi' attabi'in serta seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah swt. Kepada semua penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama Islam, salam ceria dan sejahtera diucapkan.



Menurut Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, solat terbahagi kepada empat bahagian iaitu:

1. Solat Fardhu Ain
2. Solat Fardhu Kifayah
3. Solat Sunat
4. Solat Makruh


1. Solat Fardhu Ain

i. Solat orang yang hadir, yang mukim pada satu tempat, kawasan ataupun kediaman
ii. Solat orang yang musafir
iii. Solat Jamak bagi musafir dan hari hujan
iv. Solat Jumaat
v. Solat di dalam keadaan ketakutan atau waspada seperti di dalam peperangan yang belum mengikuti (turut) di dalam peperangan itu
vi. Solat di dalam keadaan sangat takut atau waspada yang sudah terjadi dan turut serta di dalam peperangan itu dan di dalam keadaan yang tidak aman
vii. Solat Qadha (ganti) solat fardhu yang ditinggalkan
viii. Solat orang sakit
ix. Solat I'adah dua kali kerana rosak solat yang pertama
x. Solat orang ma'zur iaitu yang diuzurkan (iaitu solat mereka yang ketiadaan air dan tanah)


2. Solat Fardhu Kifayah

i. Solat Jenazah
ii. Solat berjemaah


3. Solat Sunat

i. Solat Sunat kedua-dua hari raya (Aidil Adha dan Aildi Fitri)
ii. Solat Sunat gerhana bulan dan matahari
iii. Solat Sunat mohon hujan
iv. Solat Sunat Rawatib
v. Solat Sunat Witir
vi. Solat Sunat Dhuha
vii. Solat Sunat Taubat
viii. Solat Sunat Tahajjud
ix. Solat Sunat Istikharah
x. Solat Sunat Tarawih
xi. Solat Sunat Tahiyatul Masjid
xii. Solat Sunat Tasbih
xiii. Solat Sunat Zawal
xiv. Solat Qadha solat sunat
xv. Solat Sunat balik dari bermusafir
xvi. Solat Sunat Wudhu
xvii. Solat Sunat Azan
xviii. Solat Sunat Muthlaf
xix. Solat Sunat Hajat
xx. Solat Sunat Tawaf
xxi. Solat Sunat tatkala hendak keluar rumah dan kembali
xxii. Dan lain-lain lagi


4. Solat Makruh

i. Solat di dalam keadaan hendak membuang air besar atau kecil atau buang angin
ii. Solat di dalam keadaan yang sangat lapar (yang bukan di dalam Ramadhan dan puasa sunat atau ganti)
iii. Solat di dalam keadaan yang sangat dahaga (yang bukan di dalam Ramadhan dan puasa sunat atau ganti)
iv. Solat di dalam keadaan yang sangat ingin memakan makanan jika sudah hadir makanan di hadapannnnya atau hampir hadir (dihidangkan)
v. Solat di dalam keadaan yang sangat mengantuk
vi. Solat tidak di dalam shaf
vii. Solat walhal jemaah sudah berdiri
viii. Solat pada waktu karahiyah, boleh menjadi haram jika tidak mempunyai sebab. Perkara ini juga disebut dengan Waktu Tahrim1 (diringkaskan daripada kitab Bughyatul Thullab, halaman 108 sehingga 111, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani)

Waktu Tahrim1 (waktu yang diharamkan solat)

Dipetik dari Kitab "Mun-Yatul Mushalli" Sheik Daud Al-Fathani, halaman 30 sehingga 32

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP