There was an error in this gadget

Thursday, March 19, 2009

kenapa babi di Haram dalam Islam


Pengharaman memakan daging khinzir memang diketahui umum. Fakta berikut menerangkan pelbagai aspek larangan ini:


1. Al-Quran mengharamkan daging khinzir.

Al-Quran melarang memakan daging khinzir di dalam tidak kurang daripada 4 surah berlainan. Larangan tersebut terkandung di dalam 2:173, 5:3, 6:145 dan 16:115.

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, daging haiwan yang disembeli atas nama selain Allah…”

[Al-Maaidah 5:3]

Ayat suci Al-Quran di atas sudah memadai untuk meyakinkan seorang Islam tentang pengharaman daging khinzir.



2. Memakan daging khinzir menyebabkan pelbagai penyakit.

Orang bukan Islam yang lain dan ateis akan hanya bersetuju jika mereka dapat diyakinkan melalui sebab, logik dan sains. Memakan daging khinzir boleh menyebabkan tidak kurang daripada tujuh puluh jenis penyakit yang pelbagai.Seseorang itu boleh mendapat pelbagai helminthes seperti cacing bulat, cacing peniti, cacing kerawit dan lain-lain lagi. Antara yang berbahaya adalah Taenia Solium, iaitu menurut istilah umum, cacing pita. Ia tersimpan di dalam usus dan sangat panjang. Ovumnya, iaitu telur memasuki aliran darah dan mampu mencapai hampir ke semua organ tubuh. Jika ia memasuki otak boleh mengakibatkan hilang ingatan. Jika memasuki jantung boleh menyebabkan serangan jantung. Jika memasuki mata akan menyebabkan buta. Jika memasuki hati akan mengakibatkan kerosakan hati. Ia boleh merosakkan hampir kesemua organ tubuh.

Satu lagi helminthes adalah Trichura Tichurasis. Tanggapan salah paling umum mengenai daging khinzir ialah jika ianya dimasak dengan betul, ovum-ovum tersebut akan mati. Dalam satu projek penyelidikan yang dijalankan di Amerika, didapati daripada dua puluh empat orang yang menghidap Trichura Tichurasis, dua puluh dua telah memasak daging khinzir tersebut dengan betul. Ini menunjukkan bahawa ovum yang terkandung di dalam daging khinzir tidak mati pada suhu masakan yang normal.



3. Khinzir mempunyai bahan pembina lemak.

Daging khinzir mempunyai sangat sedikit bahan membina otot dan mengandungi lemak berlebihan. Lemak ini tersimpan pada saluran dan boleh mengakibatkan hipertensi (tekanan darah yang terlalu tinggi) dan serangan jantung. Tidak menghairankan bahawa lebih 50% rakyat Amerika menghidap hipertensi.



4. Khinzir adalah antara haiwan paling kotor di bumi.

Khinzir hidup dan membiak pada serasah, najis dan kotoran. Ia merupakan pebangkai yang terbaik ciptaan Allah AWT yang saya tahu. DI perkampungan India, mereka tidak mempunyai tandas moden dan penduduk kampung membuang najis di tempat terbuka. Selalunya najis tersebut dimakan oleh khinzir. Mungkin ada yang akan berhujah bahawa di negara-negara maju seperti Australia, khinzir diternak di tempat yang bersih, khinzir itu ditempatkan bersama di dalam kandang. Tidak kira bagaimana anda mencuba menjaga kebersihan khinzir, menurut tabii, mereka merupakan haiwan yang kotor. Mereka makan dan menikmati najis mereka sendiri serta najis khinzir lain.



5. Khinzir adalah haiwan paling menjijikkan.

Khinzir merupakan haiwan menjijikkan di muka bumi ini. Khinzir satu-satunya haiwan yang merelakan kawan-kawannya mengadakan seks bersama pasangannya. Di Amerika, kebanyakkan orang memakan daging khinzir. Sering kali selepas majlis tari menari, mereka akan bertukar-tukar isteri dan berkata, “Anda tidur bersama isteri saya dan saya tidur bersama isteri anda.” Mungkinkah budaya memakan daging khinzir menggalakkan budaya khinzir. Rakyat India misalnya menganggap Amerika sebagai sebuah negara yang paling maju dan canggih. Apa sahaja yang mereka lakukan akan menjadi ikutan beberapa tahun kemudian. Menurut rencana di dalam majalah Island, amalan bertukar-tukar isteri telah mula menjadi kebiasaan di kawasan mewah Bombay.

Petikan daripada buku: 20 Persoalan Paling Lazim Tentang Islam (Tulisan Dr. Zakir Naik)(Terbitan Saba Islamic Media 2006)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP