There was an error in this gadget

Wednesday, March 4, 2009

layar minda

PERMULAAN BICARA

Assalamualaikum,
Salam ukhwah, salam taa'ruf,salam perjuangan kepada pengembara yang menjeguk blog ini,
saya rasa terpanggil untuk mencipta blog ini kerana..... selama ini segala idea dan pandangan saya hanya terpendam dibenak fikiran . Jadi saya ingin berkongsi bersama sahaja sahabat berkenaan pandangan saya. Di sini juga saya mengharap sahabat dapat memberi komen yang membina atau segala pandangan yang bernas kepada setiap idea yang dinukilkan.

Berkenaan pengenalan blog ini yang mengunakan singkatan layar minda, kerana saya berharap segala pandangan saya dapat dikemukan di sini. Disamping sahabat dapat memberi input berguna. Ini merupakan blog pertama saya, jadi banyak kekurangan yang akan berlaku. Di sini juga merupakan tadika pertama saya dalam bidang penulisan. InsyaAllah banyak yang akan saya perolehi di sini.




AMANAH ILMU

[3.187] Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.

Berdasar ayat di atas memberi makna kepada kita, bahawa setiap makluk yang ditaklif sebagai manusia diamanah menyampaikan apa yang diketahui. Janganlah kita menyembunyikan ilmu yang diketahui. Sebagai seorang hamba yang baru hendak mengenali erti kehidupan insyaAllah penulis cuba menyampaikan ilmu yang ada pada penulis. Penulis meminjam kata-kata yang dinukilkan oleh Abu Saif di dalam blognya:

"Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan... kembara insan mencari Tuhan"

Dalam makna yang cuba disampaikan oleh ustaz Hasrizal, jika nak kaitkan dengan penulis tidak tercapai akal. Bagi penulis jika tidak mampu membuat semua tapi jangan meninggalkan semua. Apa yang diharapkan mardhatillah. Moga Allah menunjukan jalan yang benar. terima kasih kerana mengabiskan nukilan yang tidak seberapa. salam ukhwah






0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Blog ini menukilkan pendapat tuan blog.. disamping beberapa artikel dirasa menarik.. diharapkan blog ini mampu memberi kebaikan kepada pengunjung

About This Blog

BLOG PENKONGSIAN ILMU DISAMPING INGAT MENGINGATI

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP